mek da ©™
sedar tak sedar, hari ni genap setahun pemergian arwah atokku yg senang ku panggil tok cik. mengimbas peristiwa tahun lepas, arwah sakit tenat ketika aku pulang ke kampung bagi persediaan melahirkan haikal. arwah tidak mempunyai apa-apa penyakit kronik, cuma sakit tua. umurnya pada masa tuh lebih kurang 90 tahun.

arwah meninggal tatkala aku meniti hari menunggu saat-saat kelahiran haikal. bagi aku, haikal lah pengganti. seorang pergi, seorang diganti. patutnya tarikh itu dijangka utk aku melahirkan haikal, tetapi tarikh itu tok cik kembali ke rahmatullah. tuhan itu maha adil bukan?

sedih bila mengenangkan arwah tidak sempat melihat haikal wujud di muka bumi ini. hanya sempat melihat aku membawa perot yang memboyot aje. kalau tidak, sudah tentu dia senang bergurau senda dengan haikal kerana dia terlalu menghiburkan!

hari ini aku terlalu merindui arwah kerana mengingati suatu masa dulu aku pernah dijaga oleh arwah. dia lah yang menghantar aku ke sekolah, menjaga makan minum aku. sangat sedih.

semoga tuhan mencucuri rahmat ke atas rohmu.
al-fatihah.
Labels:
Reactions: 
3 Responses
  1. mamalieyna Says:

    Al-fatihah..moga rohnya sntiasa dicucuri rahmat! Aminn..