mek da ©™
hari ni umur haikal cukup satu tahun 2 bulan. patutnya mek kena bwk haikal g klinik utk check up arini. tp mek pospon esk la bawak. aci tak? huhu. smlm punya la bangang. huh cian kena bangang sebijik. kete buat hal. pagi-pagi buta enjin tak nak hidup. dah la ready nak kuar g kje. nak kena hantar haikal lagi. motor pun buat hal jgk. ape la malang nasib. muka dh mencuka. last2 encik suami tak gi kje. panggil mekanik tarik kete. repair dlm 2 jam. melayang RM 360 (bkn duit mek).
Labels: 5 comments |
mek da ©™

disaat kelaparan, minum la milo anda jadi sehat dan kuat. hahaha. oh milo fuze ku. alamak ngantuk la pulak. ape daaa...
Labels: 5 comments |
mek da ©™


mek nak ucapkan selamat pengantin baru dan happy birthday kepada kawan sekampung mek iaitu cik misi salyuni yang akan berkahwin dengan abang askar pilihannya hari ini. huh stop dulu, tarik nafas. kehkeh.

cantik pilih tarikh kawin ye long. di harijadi tuh. so mlm nih dapat hadiah istimewa eh? hahahaha. ape pun semoga kekal ke anak cucu la ye. kak da xdpt balik. adoi tulis kat sini mcm la dia dapat baca blog mek nih ye. al maklum tgh sebuk2 bersanding. hihi.

ape pun, mmg kena la. cik misi ngan abang askar. ops, encik askar. kekanda di medan perang, adinda di medan...sambung sendiri le.
Labels: 3 comments |
mek da ©™

mentang2 la haikal dah cukup setahun aritu, lambat plak mek kuarkan entri utk 13 bulan. huhu. dah nak masuk 14 bulan dah pun esok lusa. aci tak. aci le.



tengok la rambut haikal skang. dah panjang plak dah. mcm trojan pun ade. hihi. cepatnya. aritu baru jek gunting kat mamak. nak kena jumpa mamak lagi nih. haikal skang dah tak baby lagi tau. dah nak hampir jadi baby tua. kehkeh. haikal dah besar. sangat nakal. lenguh mulut mek nih melarang dia buat itu ini. semua benda yg bawa sakit dia nak main. permainan? jgn kasi. nati dia rosakkan je. bkn dia nak main pun. yg dia suka, panjat memanjat. adehh...
Labels: 11 comments |
mek da ©™

sup kulat? pelik ke. xde la saje mek sebut kulat sbb kalo cendawan org kelantan sebut 'kulat'. tp kalo sup cendawan tetap sup cendawan. xde kulat2 nya. hihi. kali nih mek try makan mushroom soup segera dari jenama vono lak. pilih yg perisa 'cis' sbb mek suka keju. sdp jgk. mmg sdp.


cicah jek dgn roti kosong. tak pun bakar roti tuh lagi la power. huhuhu. kenyang buat sarapan. alhamdulillah.


sup cendawan dan keju. cepat dimasak sdp dimkn. kehkeh



"mama.......mana haikal punya?"
Labels: 7 comments |
mek da ©™
petikan akhbar:
Calon mohon KPLI kini perlu ada ijazah pengkhususan

mula2 mek nk bg komen. ayooo...nampaknya semakin ketat lah wei. sadis tol. mmg tak akan tercapai jd cikgu nih. mcm mek, pengkhususan dlm bidang pentadbiran perniagaan. so, subjek nih xde kat sekolah rendah kan? jadi........arghhhhh...korang pikir la sendiri. subjek pengurusan perniagaan ade kat sekolah menengah jek. tp tak ditawarkan dlm KPLI. cuma DPLI jek ade tawar subjek bisnes nih. yg mek tau, DPLI dah stopkan pengambilan. korang pikir la sendiri...arghhhhhhhh...

baca petikan akhbar:
Syarat Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI) kini diperketatkan termasuk mewajibkan calon memiliki ijazah dalam subjek yang ingin diajar, kata Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Datuk Asiah Meor Sharuddin.

Beliau berkata syarat itu yang bertujuan menghasilkan tenaga pengajar berkualiti dan guru pakar telah dilaksana sejak pengambilan tahun lepas.

"Kalau dahulu kita tak tekankan pada bidang pengkhususan pelajar semasa mereka di universiti kerana bagi kita memadai sekiranya mereka ada ijazah pertama.

"Tetapi sekarang mereka perlu ada ijazah dalam sesuatu subjek yang ingin diajar.

"Contohnya kalau mereka ingin mengajar subjek Matematik, mereka perlu ada ijazah dalam subjek itu bagi membolehkan mereka diterima mengikuti kursus ini," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Minggu Pengurusan Pelajar Baru KPLI ambilan Januari 2010, di Institut Pendidikan Guru Malaysia, Kampus Ilmu Khas di sini, hari ini.

Mengenai jumlah pengambilan pelajar pada tahun ini, beliau berkata seramai 1,473 orang daripada 60,000 pemohon dipilih untuk mengikuti 17 bidang pengajian di 27 buah kampus institut pendidikan guru yang pendaftarannya bermula semalam.

"Kita mungkin akan membuat dua kali pengambilan iaitu pada Januari dan Julai seperti yang kita buat pada tahun lepas. Namun ia berdasarkan kepada keperluan, sekiranya terdapat pengurangan barulah kita akan buat pengambilan," katanya.

Beliau berkata pemilihan calon juga akan mengambil kira keperluan kawasan asal pemohon berkenaan bagi memastikan pemohon yang layak akan kembali bertugas di negeri masing-masing.

"Contohnya kalau ada keperluan di Sabah dan Sarawak, maka kita beri keutamaan pada calon tempatan kalau mereka penuhi syarat," katanya.

- BERNAMA

* kerja la ape2 pun, janji anak dapat makan. sob sob
mek da ©™
mek telah terbang ke sarawak untuk mencari kek yang bernama 'kek sarawak'. haha. tipu jek. ntah bila mek akan terbang ke sarawak. ekceli, seperti biasa kalo cousin mek akan terbang ke sarawak, mek akan kirim beli kek sarawak. mmg la xsdp mn pun. tapi ye lah org kata, buah tangan. tp beli sendiri bkn org kasi. huhu. mek kirim 2 bijik jek. sape nak mkn byk2. tuh pun mek sorang yg mkn. encik suami? jauh sekali.



nih kek yg mek kirim suh beli tuh...ntah ape2 jek perisa dia amik. mek suka yg corak2 tembikai tuh. ade mek kirim masa nak raya aritu. ops. ter'enter frame' nama tukang jual kek. iklan nih...hehe.


yg nih kureng sikit.


yg nih sedap. lemak2 gitu. tp yg tak tahan masin tuh...masin nape la masin sgt



mek tempek gak la gambo kek sarawak yg masa raya aritu. yg layer cam tembikai tuh sdp je. nama dia kek lapis tembikai. rasa lemak susu gitu. nak yang tuhhh...huhu.
Labels: 19 comments |
mek da ©™

mek ketawa mengekek-ngekek bila tengok aksi haikal tengah teruja dengan bayang-bayangnya sendiri. hahaha. sempat lagi tuh mek tangkap gambo. hai bangun jek dari tito mek ingatkan dia nak g mana. rupanya tertarik dengan benda nih. pastu dia perasan dan ketawa sorang-sorang. tuh yang mek nak gelak sama. haikal...haikal...itu bayang-bayanglah sayang.




mesti haikal tengah pikir nih..ape benda la nih yang mcm dia sendiri nih...hehe
Labels: 23 comments |
mek da ©™


mana satu betul?

1. betul-betul busy
2. buat-buat busy

hehe, asyik berteka-tekok jek ek. bosan tak? jawapan semalam ialah:

mek da yg sebelah kanan sekali. hahaha.
Labels: 5 comments |
mek da ©™

korang mesti jwb, ala kambing pun boleh jwb soklan nih kan? hakhak. xde pe, saje nak tempek gambo ngan adik2 pompuan mek yg tgh kepoyoan. gelak xhingat dunia. gitu la kalo adik beradik ade bersama. xsabar nk balik kampung bulan depan. mengikut tarikh hari ini, lagi sebulan mek nk blk kampung. wah...bunyi mcm dok kat oversea je. kahkah. oh februari, cepatlah tiba.
Labels: 19 comments |
mek da ©™

wahhh...dah dua tiga hari xkuarkan entri. halooo...berhabuk tak? kalo umah konpom berhabuk. hehe. tak tau nak cite ape. ekceli sgt free dua tiga hari lps, tp xde benda yg nk di stori mori ditambah plak dgn tak de mood.

dah lama jgk tak upload gambar anak bujang mek kan? ekceli haikal skang kuat merajuk tau. huhu. pantang ade yg tak kena sikit mula la hentak kaki. bergolek2. aduhhh...naik pening mek dibuatnya. plak tuh skang nih suka tdo lambat. xde la lambat sgt. biasa kol 8.30-9.00 dh tito, tp skang kol 11.00-12.00. sama ngan masa kite tdo. tp pagi lambat la sikit dia bangun. itu tak pe. kalo tak sebuk ngan dia jek. kita nk bersiap pun kelam kabut ngan dia. haha. jgn harap leh belit-belit tudung buat mcm2 gaya kalo dia bangun awl. so, pakai le tudung ekin jek lg senang kan? ape yg mek merepek nih. dari berhabuk sampai la ke tudung ekin. hihi.

godek2 thumbdrive, jumpa lak gambo2 nih. ekceli gambar lama. syg jgk kalo tak khazanahkan kat sini. maklum la online photo album. meh sini nak upload gambo yg dh lapuk nih. zmn muda2 haikal. skang rambut dh tak gitu. skang rambut ala askar trojan. hehe.





nota riben: kepada tukang komen, harap sgt letak nama/link ok. xsuka kalo 'tanpa nama'
Labels: 16 comments |
mek da ©™




nikmatnya kinder bueno white chocolate. hehehe. sebentar, mek sedang berbueno ya.
Labels: 5 comments |
mek da ©™

awas. gambar kat atas menunjukkan makaroni bakar ala mek da okih. hehe. halo halo selamat pagi puan-puan. hari ni kite beralih seketika dari meja ke dapur mek jap eh. hihi. xkan hari-hari dok kat meja jek kot. sekali sekala kena gak buat2 rajin kat dapur ye idak. hahaha.

baiklah. hari ni mek nak share resepi makaroni bakar ala mek plak. tlg jgn ketawa terguling-guling bila tgk rupa makaroni mek yg tak berapa nak cantik tuh. xpe, janji sedap. kahkah. my favourite food.

skang mek nak bgtau ape yg diperlukan untuk membuat makaroni bakar ini ye puan-puan. jgn keliru, ade org lain punya resepi. mek buat gini jek. suka suki mek jeee...


first, pasti la makaroni ok. masa mek buat nih, mek guna 1/4 jek dari sebungkus makaroni pilihan mek, brand 'sand remo'. kalo nk guna lebih sikit, jgn lupa tambah jumlah telor okih. agak2 jek la. suko benor agak2. hihi.


pastu nih ha antara bahan2 nya lagih. mek guna sebijik jek bwg merah sbb mek xsuka bawang byk2. kalo korang suka letak la lebih sikit. ade org guna bwg besar. pastu jgn lupa sediakan daun bawang sekali.

sediakan 5 bijik telor. daging lembu kisar. mek guna separuh daripadanya. lihat gambar. minyak sapi lebih kurang 1/4 tin jek. ade org guna minyak msk je. then serbuk lada hitam ataupun lada sulah pun xpe. pastu sediakan kacang peas dlm tin tuh. jgn dilupa keju nya! i like cheese. sebenarnya elok korang gunakan cheese yg tabur2 tuh. mende dah namanya. jakun plak mek nih. tp disebabkan kat peti ais umah mek ade dah spread cheese tuh, so pakai ajek yg nih. kuang2. jgn lupa, garam dan serbuk perasa secukup rasa okihh.

mari kite tgk mcm mn nk buat lak.


first, makaroni di celur dgn air dan sedikit minyak sapi. sejatkan mcm dlm gambo tuh. daging kisar td pun dibasuh dan disejat. begitu jgk dgn kacang peas dlm tin tuh. guna sikit jek kacang nih. mayang bawang dan daun bawang halus-halus.


pukul telor hingga kembang. masukkan daun bawang, bawang merah yg telah dihiris halus-halus td. pastu masukkan garam dan serbuk perasa secukup rasa.

dlm bekas yg berlainan, masukkan minyak sapi yg telah dicairkan dan disejukkan. pastu masukkan makaroni. gaulkan makaroni yg telah direbus td dgn daging kisar dan kacang peas. then, semua bahan yg telah disatukan digaul sekali.


ambik loyang. sapukan minyak sapi di dlm loyang. tp, jgn lupa panaskan oven dulu. tuang bahan-bahan yg digaul semua td dlm loyang. ratakan. atas sekali letak la keju seberapa byk yg korang suka. lg byk keju lg sodap gitu. huhuhu. pastu mula la membakarnya. kehkeh.


tadaa...dh siap bakar pun. tgk. ade yg tak rata kan? xpe la. better letak telor byk sikit supaya makaroni tuh tenggelam. tak de la jd tak rata mcm tuh.


hiris 2 keping bg kat jiran sebelah umah. alamak lupa plak nk hias ngan sos cili. br la nampak mengiurkan. hehe. poyo.


zoom sikit. hmm...sdp la jgk...cehh...buat la jgn tak buat. cuba tau. nati leh kita share2 kat sini. hikhik.

korang punya resepi mcm mn lak? ade org letak susu segar la. serbuk kari la. lapis ngan mayonis la. mcm2 cara. terpulang pd korang. leh jgk hiris-hiris 'hot dog' letak kat ats tuh. huh...nyum..nyum...

masa buat nih, encik suami tak de kat umah. so, senang sikit nk ambil gambo. kalo tidak ade org mengutuk sakan. fuhhh...
Labels: 14 comments |