mek da ©™

dear diary, cerita raya ketiga. hmm disebabkan kepenatan di raya kedua.. raya ketiga kami bercadang tidak kemana-mana. nak rehat kat rumah je. kebetulan pulak rombongan mak sedara sepupu sepapat nak datang beraya kat rumah hari tu. tapi malam baru sampai katanya. pagi2 lagi incik suami ajak haikal pegi tesco jalan2 cari lauk. mek tak ikut pun. malas nak angkut si kecil. hehe. bila dgr org nak dtg umah terus pikir nak masak ape. dalam kepala nih dah lama nak cuba masak udang telur masin. biasanya org masak ketam lagi releven ngan masak telur masin kan? emm tapi ade jugak org masak ngan udang kan?? hee...
kebetulan pulak incik suami beli udang ngan siakap kat tesco, jadi makin berkobar-kobarlah mek nak masak udang telur masin hari tuh. hehhehehe...... simple je kan resipi nih. tak jadi2 nak buat. huhu. jadi petang dalam kol 5  start masak. rombongan kazen nak dtg lps maghrib. menu malam tuh sayur campur goreng, siakap 3 rasa, siakap masam manis, daging goreng kunyit, tembikai sbg pencuci mulut, air sirap dan semestinya udang telur masin kehkehehhehe.. udang tuh mek yg buat, sayur pun mek goreng, daging ma yg goreng, tapi........... siakap beli kuah kat kedai hahahhaaaa..ikan goreng sendiri, kuah beli kat kedai. aci tak? nak senangkan keje. huhuuuuuuu...bukan susah sgt pommmm oder jeeee heeeeee.

eh, nak kena kongsi resepi udang tuh kat sini tak??? korang dah pandai buatkan?? hehe. bahan-bahan, butter, cili padi, bawang putih, serbuk kunyit, tepung jagung, daun kari, udang, telur masin yg kaler kuning, susu cair, perasa, garam secukup rasa. heeeeee.....cara-caranya, udang digaul dulu dgn sedikit serbuk kunyit, garam sikit & tepung jagung. tepung jagung sikit je. jgn bg nampak byk tepung. gaul rata pastu goreng sekejap. tumis butter dgn bwg putih, cili padi & daun kari. bila dh bau semerbak masukkan telur masin. gaul rata. masukkan susu cair. masukkan udang., serbuk perasa bagai. heeeeee.. ok dh siap. so jadi lah seperti gambo di atas.
zara sedia menunggu mama tgh masak. heeeeee... :)

malam tuh kami makan ramai2 sambil tgk bola. umah sedara kat sebelah pulak buat bbq. riuh rendah. kalo tak silap masa malaysia vs barcelona. yg bestnya malam tuh kami tidur merata dlm umah. umah ma mek nih kecik jek. bila sedara dh ramai berkumpul so x cukup ruang larrr.. bilik 3 je. anak2 dara tdo kat bilik. yg mak2 org nih tdo kat luar. hampir menutup semua ruang lantai. hahaaaaaaa... yg bestnya adik laki mek tdo kat dapur kihhhkihhhhhh..best tol la. grrrrrrr. ok sekian. esok ade jemputan kawin kat tumpat. jeng jeng jeng :)
Labels: , , ,
Reactions: 
0 Responses