mek da ©™

Dear diary.. 11 Januari 2015 tarikh keramat.. cewahh keramat tu...hahaha... haikal mula menjejakkan kaki ke sekolah kebangsaan mohd khir johari johor bahru. Wahhh dah darjah 1 anak mama ye... alhamdulillah, walaupun muka agak kelat pada hari pertama.. haikal tetap bersemangat untuk ke sekolah. Muka macam risau pun ade hihihi.. maklum la sekolah baru.. sekolah pun lagi besar dari tadika.. cikgu pun lagi ramai.. budak2 lagi la ramai.. semuanya persekitaran baru. Haikal bersekolah pada seisi petang.. kol 12 dah kena siap2 sbb12.30 dah nak kena ada kat sekolah. Pada hari pertama mek sengaja nak tengok pandai tak dia membeli di kantin.... sudahnya beratur dekat setengah jam...makanan kat depan dah abis.. huk alosss... duit kat tangan pun ilang seringgit xtau mana pegi.. anak oh anak.. x berapa mahir lagi nak membeli di kantin..xpe at least belajar.. so sampai hari ni mek still bekalkan dia dengan nugget/roti/ayam goreng/sosej.  Kdg2 dia ade beli air sendiri tapi nak kena pantau jgk.. emmm.. xpe la baru permulaan kan..  ke toilet pun dia dah tahu pergi sendiri... dia bgtau, cikgu tak kasi pergi ramai2 hehe.. Alhamdulillah jgk setakat ni dia tak buat hal untuk kesekolah... balik je umah terus tunjukkan homework yang diberi.. harap2 berterusan lah... Insya Allah.. semoga tuhan terangkan hati anak ini untuk mempelajari ilmu yang diberi.. aamin... semoga berjaya dalam hidup sayangku.. :)

Labels: ,
Reactions: 
0 Responses