mek da ©™

Dear diary... sambungan daripada cerita banjir itu ari. Ye.. mek jadi blk kg pada 24 disember yang lalu biarpun pada masa tu bah kuning tengah melanda.....mek tekad untuk balik jugak.. melalui saat getir... x pernah merasai banjir yang sebegini teruk.. Ya Allah.. begitu payah dugaan ini tapi alhamdulillah selamat sampai ke kg walaupun masa nak bertolak tu pemandu bas ada bagitahu sekiranya tidak jadi mengikuti trip malam itu.. kitorang still masih sempat batalkan.. tp nekad.. nak balik jugak.. sepanjang perjalanan alhamdulillah lancar.. tak sangkut kat mana2 kawasan banjir. Bila dah sampai kota bharu... Ya Tuhan masa tu paras air semakin tinggi. Orang ramai dah mula berpindah. Rumah family mek yang sebelum ini tak pernah air banjir masuk sampai ke bahagian dapur tapi kali ini mmg betul2 tak dijangka. Paras air mmg luar biasa... tak sangka balik kampung kali ni terperangkap.dalam banjir... 8 malam jugak kat kampung...2x tukar tarikh tiket ke JB..
Sepanjang banjir ni.. banyak mengajar erti kesusahan...mungkin dah lama rasa selesa.. sekali sekala Tuhan nak uji... ini lah pengalaman pertama buat haikal dan zara. Hari pertama dan kedua banjir ok lagi.. nak makan abiskan stok2 lauk dari fridge.. lps tu mmg catu makan la.. nk kuar pun susah... kitorang tak berpindah.. mujurlah selamat semuanya.. dengan adik mek berada dalam pantang.. huu.. dugaan... yg paling menyedihkan bila tak cukup air putih... terpaksa catu untuk buat susu si kecik zara ni.. haiihh... baru terasa bergunanya air pada waktu ni... selama seminggu hidup dalam ketiadaan elektrik... lilin pun susah nak dapat....yaAllah ini semua ujian dan bingkisan rindu dariMu.. tapi kami still happy sebab secara tak langsung kami dapat berkumpul beramai-ramai walaupun dalam keadaan macam ni. Mungkin kawasan tempat tinggal family mek masih beruntung jika dibandingkan dengan Kuala Krai.. manek urai menangis... yaAllah.. :( apapun... semua adik beradik balik sekaligus meringankan sikit beban ma dan abah.. sepanjang seminggu itu juga tak online... henpon takde bateri... line problem.. tak tahu cerita dunia luar.. bila tibanya new year 2015 barulah dapat sinar baru.. air dah surut.. elektrik dan air dah ada.. mcm mimpi pun ade.. hihihi.. kenangan banjir 2014.. abadi dalam ingatan..

Labels:
0 Responses
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...