mek da ©™

Dear diary,
Kiter ke dapur mek da lagi. Arini nak share resepi Daging Kicap Blackpepper. Salah satu menu kegemaran anak-anak mek da. Hikhik. Senang dibuat, sedap dimakan. Wahhh...wahhh..wahhh...

Resepi Daging Kicap Blackpepper

Bahan-bahan:-

500gm daging dipotong nipis
5 ulas bawang putih ditumbuk halus
2 ulas bawang besar ditumbuk halus
2cm halia ditumbuk halus
Bawang besar dipotong kasar
Lada besar dihiris 
3 sudu besar kicap manis
1 sudu besar lada hitam ditumbuk lumat
3 sudu besar sos tiram
2 sudu sos tomato
Garam & gula
Minyak masak


Cara-caranya:-

Rebus daging hingga empuk.
Bila dah empuk...masukkan sedikit minyak, goreng daging kasi garing sikit. Tumis sekali ngan bahan yang ditumbuk tadi. Bila dah naik bau, masukkan kicap, sos tiram & sos tomato. Masukkan sedikit air jika inginkan kuah yg lebih. Masukkan lada besar yg telah dihiris bersama-sama dengan bawang besar. 
Akhir sekali masukkan lada hitam yang telah ditumbuk tadi. Jgn lupa gula & garam sebagai perasa. Adakalanya tak perlu dah letak gula & garam ni... sbb kicap manis & sos tiram tu dah kasi rasa daaa.. heee
Ok siap!



Till then..............................mekda.
Labels: ,
0 Responses