mek da ©™

Dear diary, 

Eh eh kite stop jap eh citer pasal JJCM. Kite ke dapur mek da lagi. haha
Kueh Teow Tomyam Udang Galah Versi Mek Da.
Perghh.. bunyi cam ganas tak? hihi poyo jek. Tomyam jek kot
Moh ler tgk resepinya...


BAHAN-BAHAN :-

    15 ekor udang galah (sebaik-baiknya udang yang sederhana besar) 
    1 ulas bawang besar (dipotong enam) 
    5 ulas bawang putih (yang telah diketuk) 
    1 inci lengkuas (yang telah diketuk) 
    2 batang serai (diketuk juga) 
    1/2 batang lobak merah dan bunga kobis. (terpulang kepada apa jenis lain yang ingin anda tambah) 
    1 biji tomato (dibelah empat)
    4 @ 5 helai daun limau purut. 
    1 sudu besar perencah tomyam atau lebih. 
    1 sudu besar sos ikan.
    2 biji limau nipis - ambil jusnya sahaja.
    3 sudu susu cair. 
    cili padi 
    garam 
    daun ketumbar
    Air secukupnya untuk membuat sup.





    CARA-CARA:-

    Masukkan bawang besar, daun limau purut, cili padi, bawang putih, serai dan lengkuas ke dalam periuk berisi air. Kemudian masukkan udang galah, tomato dan semua sayur-sayuran yang terdapat dalam bahan di atas. Akhir sekali masukkan pes tomyam, sos ikan, jus limau nipis dan garam mengikut citarasa anda. Kacau semua bahan tersebut hingga serata semuanya.  Akhir sekali barulah di masukkan susu cair dan taburkan daun ketumbar di dalamnya.









    Bila dah siap bolehlah dimakan bersama kueh teow yang telah direbus terdahulu! yumssss


    Till then....................mekda



    Labels: ,
    0 Responses