mek da ©™

Dear diary,

Menantu yang ohsem ialah yang pandai buat  sambal belacan kakaka............... sila muntah!!
Meh sini kite ke dapur mek da. Belajar buat sambal belacan tomato.
Perghhhhhhhh...ikan bakar cicah sambal ni memang meletop. Mak mertua lalu belakang pun tak sedar k.... kahkahkah :P

  • Resepi sambal belacan tomato mek da:-
  • 10-15 biji cili padi (mek campur jugak lada besar)
  • 2-3 inci belacan dibakar
  • 2-3 biji bawang merah dibakar
  • 1 biji tomato, letak nenas pun sedap weh
  • Garam, gula secukup rasa...tok aji sikit
  • Air asam limau, guna limau kasturi lagi sedap dan harummm baunya



Cara-caranya:-

Bakar belacan & bawang merah
Tumbuk bawang & belacan yang telah dibakar bersama cili padi & lada besar. Nak blender pun boleh. Tapi disebabkan mek ni wanita melayu terakhir..so haruslah tumbuk pakai batu lesung hahahahhahahahahah..sila muntah belacan!
Dah lumat semua...letak air sikit...gula, garam & perahan air asam limau. Ade org tak letak air... letak cuka. Lps tu boleh lah dihiris halus tomato dan digaul-gaulkan dalam sambal...ops... blender/tumbuk sikit bersama cili tadi pun boleh.... lagi aummmm...limau kasturi dihiris halus-halus campur sekali dalam sambal pun mengamcam jugak. Mcm-mcm style lah.... hehe. So boleh cuba. Ok daaaa...








Till then............mekda.

Labels: ,
0 Responses