Dear diary,
Dah nak puasa ni.. jom buat kuih butir nako untuk hidangan berbuka nanti. Salah satu kuih kelantan favourite mek ni. huhuhu
Bahan:- (Untuk hidangan 8 - 10 orang)
Satu plastik tepung Pulut
1/2 cawan tepung beras
Pewarna - merah dan hijau (untuk hijau mek guna air daun pandan)
1.5 liter santan kelapa pekat diambil daripada 2 biji kelapa
4 helai daun pandan (koyak memanjang dan ikat)
Gula secukup rasa
Sedikit garam
Air
Bahan tambahan: Buah nangka - hiris halus
Cara penyediaan:-
Bahagi dua tepung pulut sama rata.
Tambah sedikit tepung beras dalam setiap adunan.
Tabur secubit garam untuk setiap bahagian tepung.
Titiskan pewarna dalam tepung dan curahkan air sedikit demi sedikit sampai tepung boleh diuli lembut.
Uli sekitar 3 minit untuk setiap warna.
Kalau nak pakai 3 warna, bagi 3 lah tepung tu ye. mek pakai 2 warna je :)
adunan hijau
adunan merah pinky pinky
Apabila semua tepung telah siap diuli, didihkan air dalam periuk.
Gentel ulian tepung pulut tadi kecil2 (agak2 bentuk biji nangka) dan terus masukkan ke dalam periuk air yang dah menggelegak tadi. Gunakan api sederhana. Tunggu sampai ia timbul.
Sementara tu isi bekas lain dengan air sebab apabila butiran tadi timbul, kita kena kaub keluar periuk dan terus letak dalam bekas berisi air tadi. Ni supaya butiran yg dah masak tadi tak melekat antara satu sama lain. Selepas itu adunan yang dh timbul tadi boleh lah disejat sekejap kasi hilang air tu ok..
Kemudian boleh lah dimasukkan ke dalam kuah yang telah dididih tadi. Kasi sebati dalam kuah.
Jangan lupa masukkan buah nangka yang telah dihiris. Bau semerbak nih yum yum
Sesuai dijadikan hidangan berbuka puasa.. hehe
#daridapurmekda
Till then, mek da.