mek da ©™

Dear diary,

Nasi Kukus My Mama... pernah dengar tak?

Restoran ni agak terkenal di sekitar Kuantan, Pahang dan mempunyai banyak cawangan di sana. Terdetik di hati kak mek (cewahh..) nak mencuba nasi kukus ni semasa dalam perjalanan balik ke JB baru ni.. so singgahlah kami ke Restoran Nasi Kukus My Mama cawangan Pekan, Pahang. 


Wowww..agak ramai orang, jenuh jugak beratur.. dia punya style dan konsep macam restoran fast food, oder & byr dulu... then beratur tunggu makanan. Cuma bertemakan masakan tradisional melayu!


gambar: credit to NASI KUKUS MY MAMA


Harga berpatutan, rasa sedap!


Pilihan kak mek, nasi kukus daging kerutuk. Encik suami pilih ayam berempah dan abam haikal pilih ayam merah.


Ini set yang kami amik ... kami oder teh o ice & sirap



Ada special set.... tambahan paceri nenas & telur masin
So far masakannya terasa...... sedap. Lain kali leh repeat!



Meh kita baca sikit sedutan ayat-ayat power dari website NASI KUKUS MY MAMA

Perintis industri makanan Segera di Malaysia. Bercita-cita Untuk memberikan PENGALAMAN makan Yang Terbaik. Nasi Kukus MY Mama Adalah Rantaian terkemuka tradisional Restoran Makanan Melayu. Ditubuhkan di Kuantan, Menawarkan Pelbagai Jenis hidangan, SETIAP HARI dan set hidangan Istimewa Yang dimasak dan disajikan MENGGUNAKAN Resipi asli dan bahan-bahan asal. Nasi Kukus MY Mama telah Berkembang kepada lima cawangan di Sulawesi Selatan, Kuantan dan Mendapat Maklum Balas Positif daripada Pelanggan. Pada dekat Masa Depan, Kami Merancang Untuk melanjutkan lagi 14 cawangan di Kuala Lumpur, Johor Bharu, Kelantan dan Terengganu - menawarkan set hidangan lebih yang lazat Untuk Pelanggan terutamanya kanak-kanak, Makanan Parti dan program francais memandu ditambah DENGAN thru & Perkhidmatan pretensi Dalam TALIAN. cawangan kami pada Yang kedudukannya di:

  • Gambang, Kuantan 
  • Pekan, Kuantan
  • Air Putih, Kuantan
  • Taman Tas, Kuantan
  • Bukit Sekilau, Kuantan
  • Indera Mahkota 



Apa lagi......... jom singgah!

Till then, mekda.





Labels:
Reactions: 
0 Responses