mek da ©™

Dear diary,

Seterusnya, resepi Daging Rebus Air Asam ⇩




  • Daging
  • 5 Ulas Bawang Putih
  • Garam

Daging direbus hingga empuk dengan menggunakan air secukupnya bersama bawang putih yg diketuk & garam secukup rasa.

Apabila sudah masak, daging dihiris halus-halus.


Bahan Air Asam:-

  • 2 biji Bawang Merah
  • 1 inci Belacan
  • 1 cawan Air Asam Jawa
  • 2 biji tomato
  • 2 biji cilipadi
  • 1 biji cili merah
  • Garam
  • Gula
  • Sedikit kerisik kelapa
  • Sedikit cuka jika perlu

Bawang merah & belacan dibakar seketika hingga sedikit garing. 
Bawang dipotong dadu/bulat2/kecil ikut suka :P
Tomato dipotong dadu.
Cili dipotong kecil-kecil.
Campur kesemua bahan bersama air asam, garam, gula dan cuka.
Masukkan kerisik & belacan.
Gaul rata.
Siap. Pastikan betul2 masam baru sedap!!!





Daging sedia untuk dicicah dengan air asam!!
Tak de lauk lain pun tak pe.... yg ni dh cukup menyelerakan daaa...kuikui

Till then, mekda
#daridapurmekda


Labels: ,
Reactions: 
0 Responses
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...