mek da ©™

Dear diary, ketika catatan ini ditulis... Munah sudah tiada disampingku, cewahhhh!


Kisahnya, anak dara kak mek ni haa, jumpa kat mana ntah kucing kecik comel ni... beria-ria nak jaga. Sebelum ni, papa dia tak kasi bawa balik mana-mana kucing, kali ni sib baik kasi.


Bersungguh-sungguh nak jaga, ajak papa dia pegi beli makanan, survey sangkar .. erkkk sangkar eh? haha...... emmm layankan



siap selimutkan bagai...


kak mek pun dah start sayang kat  munah ni.. munah tu nama gelaran yg kak mek kasi.. haha... ikutkan si anak dara, nak letak nama fifi... haha!


10 hari jaga munah.. 3-4 kali jgk cuci tutttt tutttttt... naik angin jap sekali sekala haha... hari ke 10 munah hilang.... huwaa sedihnyaaaa... 

Tak tau pegi mana, ntah2 dibuang jiran, dilanggar, merayap atau sesat.. macam-macam bermain di fikiran kak mek.

Kak mek redha.

May be kak mek tiada bakat memelihara kucing. May be tiada jodoh antara kita.

Cewahhhhhh hahaha...

Ade jugak cuba cari kawasan sekitar, tak jumpa!

Kali terakhir usap-usap kepala munah, masa kami nk kuar mkn malam.. munah cuba mengekor kami ke kereta tapi kak mek pegang munah, letak dia jauh-jauh takut dia masuk bwh kereta. Lps tu munah terus hilang...... blk mkn mlm munah tak muncul-muncul sampai la ke esok pagi :(

Tetiba rasa pelik, sebelum ni munah tak pandai pun kuar jauh dari kawasan rumah :(

Munah pegi mana??


Munah, pulanglah. Miss u :(

Till then, mekda.


*sebelum ni kak mek tak suka jaga kucing bkn sbb kak mek tak suka kucing.. tapi kak mek takut benda2 mcm ni berlaku... cth bila hilang........kak mek akn sedih wahhh gitu hahhahhahahaa


Labels: ,
Reactions: 
0 Responses
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...