Dear diary,
Tempat best untuk bersarapan di Johor Bahru. Warung Pokok Ceri depan Persada Johor. Dah lama la kedai ni... dari kak mek mula menetap di Johor lebih 12 tahun dulu memang dah ada kedai ni. Asalnya dari gerai bawah pokok ceri rasanya.. masakan Pantai Timur.. mananya kak mek tak suka.
Rambang mata weyyyyy.......... semua kak mek nak hahhahha. Pelbagai lauk pauk, laksa, laksam, nasi kerabu, nasi dagang, nasi dengan ulam-ulaman, ikan bakar, ikan percik, keropok lekor, kuih-kuih kelantan meriah. Yang best pulut dakap pisang tu perghhhhhhhh dan pulut bakar yummeh
Penangan gulai, ikan pekasam, ulam-ulaman, budu!
my favourite
Ok doneee........ hikhik
Jom pekena makanan kelantan di tengah-tengah bandar JB