Dear diary,
Port makan baru dan best di Kota Bharu. Aroikah Thai Street Food yang terletak di Panji, Kota Bharu, Kelantan. Balik kampung bulan lepas Alhamdulillah Kak Mek berkesempatan keluar makan-makan bersama BFF. Kami sepakat ke sini walaupun my bff dan banyak kali berkunjung ke kedai ni... katanya nak repeat lagi. Sedap la tuu yee...
Dengan konsep Thai Street Food, Aroikah Street menjanjikan pelbagai menu jalanan yang berasal dari negara jiran iaitu Thailand. Dah tak payah pegi Hatyai uolsss... ececehhh! Paling tak leh tahan kat sini signature air aroikah ni.. aduhhh padu gilerr weehhhh.. kawww sangattt.. creamy yg amat rasa susunyaaa! Korang wajib cuba :P
Sumpah sedap semua menu kat sini.
Taraaaa... ini yang kami order. Nampak banyak ke sikit je? Ni pun dah sengkak perut weiiii...
Ni namanya laksa siam, pedas tapi sedap yg amat... terasa kuahnya. Kuah ikan/kuah rebung
namanya Nanchos Ayam... suka sebab masam manis pedas tu cukup rasa, tambah pulak bila makan krup krapnya tuu adududuu... yummehhh
Dessert thai ni uolss, pisang kapit kalo xsilap namanya. Pisang tu dibakar dan dimakan bersama sos yg sangat creamy... karamel ke susu agichuuuu
Yaaasss.. korang juga wajib cuba ni. Nasi air special. Nasi air ni bubur nasi la uolsss. Special gitchuuu
Taraaaa.... nih yang kak mek craving sangattt.. ABC aroikah. Abc aroikah basic nya ada 3 topping. Korang boleh pilih nak topping apa. Kak mek pilih topping sira pisang, kacang merah dan ubi keledek. Kalo korang nak tambah lagi topping pun boleh. Caj RM 0.50 sen untuk setiap jenis topping tambahan. Antara topping yang ada, nata de coco, ubi keladi, sira labu, buah bidara, buah kabung dan jagung.
Terdapat pelbagai rasa juga untuk air aroikah. Antaranya Banana Milk Choc, green tea, fresh milk caramel, kopi, teh dan bandung caramel. Korang boleh pilih sama ada nak letak cincau atau boba. Pop2 atau kom2 pun boleh letak. Ehhh apa tuu? haha
Kami cuba ni, daging Lady T menangis. Lady T tu nama tokey kedai ni hokkeh
Banyak lagi la pilihan menu. Ada miangpla siakap, miangpla talapia, kuay chap (mee celup) kalo xsilap. Ada juga nasi khomok, kerabu sotong/mangga dan banyak lagi la menu thai. Tomyam tu wajib ada!
Masa kami sampai ni kedai baru je bukak pintu haha so belum full house lagi.
Amboii........ haha
Tapau air aroikah untuk 2 anakanda terchentaaa
nyamannnn...
Sampai berjumpa lagi geng. Sweet moment here!
TQ sebab rekemen makanan sedap-sedap di sini.
Food loverrrr................
MUST TRY WHEN U IN KOTA BHARU!
Till then, @mek_cda
AROIKAH Thai Street Food Pt 1387 kampung pauh panji Lorong cikgu raja hassan 16150
Waktu beroperasi Aroikah Street Sabtu hingga khamis
1pm-11pm Jumaat ...
Sedak belaka semuanya :)