mek da ©™

Dear diary,

Aktiviti sepanjang PKP di kampung, bagi budak-budak ni biasa la main-main memanjang. Ada saja aktiviti yang dibuat. Main masak-masak lah, kejar-kejar keling rumah tok bah.. main kebun-kebun, main buai, emm kan dah kata tak boleh kuar rumah tapi still nak pijak tanah. Nak jugak diorang buat outdoor activities sebab rimas sangat berkurung agaknya haha. Dah satu hal mak dia ni jadi singa asyik menjerit memanggil diorang supaya masuk dalam rumah. Stay at home katanyaaaa...


Masa nih la mak ko training supaya reti pakai kain pelikat dan kain sarung batik hahaha. 


Segala gambar di simpan untuk kenangan


Dalam keadaan ni terpaksa juga  amik angin kat luar rumah. Amik nafas sikit. Tak gi jauh, depan umah je ok hehe.


Nasib duduk umah kampung ada pokok-pokok dapatlah lepak-lepak dengan family sambil hirup kopi dan makan pisang goreng kuikui.


Jaga-jaga polis sentiasa meronda dan ada satu kali dah kena sound dengan pembesar suara supaya masuk ke dalam rumah. hahahahaa... nak amik angin sangat kannn.. haaa amekkkk


Memandangkan budak-budak ni merengek nak kolam mandi since masa tu tak dapat nak kuar mencari, maka tok bah dengan penuh kreatif cipta satu kolam mandi bajet versi corona untuk budak-budak geng sepupu sepapat ni mandi manda hahahhahahahaa


kejap je tok bah bikin ni... pagi-pagi dah busy ketuk2 paku dan kayu terpakai bagai... tengok-tengok dah siap. 


Bangun2 je terus menjerit keriangan sebab nampak kolam ciptaan tok bah hahhahaaa


berendam la korang pagi petang siang malam


ok la dari tak de, time ni tak terpikir pulak nak order dari shoppee haha


alaaa...setakat korang nak berendam kannn...pastu laparrr kahkah


happy je masing-masing


Yang si zara ni pulak pencinta haiwan. Dapat jadi doktor haiwan pun jadilah aaminn !!

Tengok lah tu, tak takut dengan kambing. Pegang-pegang nasib tak cium je kalo tak wangi semerbak je baunya hahhahha...

Nih kalo hujan turun, kambing tok bah yang sedang berjemur kat tepi sungai pun dia dah boleh uruskan cayalah dik kikiki


Iskkk... sumpah mak tak pernah pegang ayam nakk


Arnab pun ko test test hehe


Tak yah citer kat umah tok ma bersusun kucing. Lupa nak amik gambar kesemuanya hehe. Rindu 'Celok', 'Kacikocomel', 'Lala'... nama-nama ni kitorang yang bagi hahahhaaaa... 


Dah puas main kat luar umah, apa saja aktiviti dalam rumah diorang bantai... make up bagai.


Test 'kerusi malas' mok su beli kat shopee


Bila dah kena kurung..........




Tengok kartun pun jarang-jarang sebab rasanya ada lagi aktiviti yang menarik bagi diorang haha


Sesekali barulah siapkan homework yang cikgu kasi melalui E-Learning. Bila Menteri umum UPSR 2020 dibatalkan, terus si abang senyum memanjang. Mak cuba takutkan dia supaya tak rasa lega sangat sebab mungkin ada penilaian lain bagi menggantikan UPSR tu.



Kadang-kadang mak belek buku acah-acah rajin membaca padahal mak main henpon memanjang hahhahhahah... layan youtube. Eh bukan drama korea ok. Mak layan channel makan-makan masak-masak jekk kahkah.



'Work from home' kata boss mak tapi tunggu-tunggu keje tak de pun hahhahhahaa

Last but not least, bapak ko sibuk berkebun PKP haha. Tanam sawi pun jadi la  :p

Ok bersambung..............

Till then,
@mek_cda

Labels: ,
Reactions: 
0 Responses
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...