mek da ©™


Dear diary,

Pasar Gok Kapur atau mungkin lebih dikenali sebagai Pasar Kg Cino di Kota Bharu, Kelantan. Pasar ini tidaklah se 'femes' Pasar Besar Siti Khadijah tapi Pasar kecil ini mempunyai keunikan tersendiri. Senang citer ada peminatnya tersendiri. Salah seorang daripada peminatnya tu adalah kak mek lah hahhahhha...

 

Entahlah, baru sekarang kot kak mek baru berjinak-jinak ke kancah pasar ini (sila jangan copy ayat ini sbb rasa ayat tak ikut kelulusan DBP) HAHAHA!

Bermula dengan PKP baru ni lah kak mek mula menjejakkan kaki ke Pasar ni. Mungkin sebab agak lama bertapa di kampung so ada lah masa untuk menjelajah pasar-pasar lain di sekitar Kota Bharu. Amboiii kemainn ko jahh :P




Yang paling best dan membuatkan tak sabar nak g pasar ni... pulut bakar nih laaa... serve panas-panas oiiii. Sedap gilersss namateeee. Lambat abis okehhh !


Best betul lagi-lagi pulut inti serunding ikan tuuu.. yummehhhh


Somtam thai ni pun sedap. Cukup rasa! Kat sini kedai biasa-biasa je tapi rasa luar biasa. Persekitaran pasar ni pun nampak agak lama... yang best nya sebab kdg boleh jumpa makanan yg rare, ehh rare sangat ke hahahhaa.. boleh la.





Nih yang paling famous kot kat sini.

Onde-onde warisan, dijual panas-panas. Huhhh cair dimulut. Sedap! Style packing onde-onde tu pun rare. Nampak tak kuikui :P


Lambat abis okehh haha. Itu je lah


Kuih manja pun ada ni oi...


Lain-lain yang kak mek gemar beli lagi-lagi masa ramadan aritu ialah colek buah. Sedap, murah, banyak....huihh

Lauk-pauk jugak banyak dijual time tu apatah lagi kuih-muih. 


Kuih yang paling rare kak mek dapat kat situ kuih bingka nih la. Rare bukan apa, dia serve dengan bekas comel ni hahahaaaaa... beli semata-mata berkenan dengan bekas ni oi. Sebiji RM 4 kalo tak silap. Kalo amik 3 biji dpt la harga RM10.


Kalo tak silap dah 5x kot pegi pasar ni sepanjang tahun ni. Ye lah, sepanjang ada kat kampung baru-baru ni lah. Masa balik raya haji tu pegi tapi tak dapat beli apa-apa sebabnya pegi salah time... pegi pagi pasar kuih-muih dan segala food street belum ada. Yang ada cuma barang-barang basah dan runcit. 

So, korang kalo nak merasa food street kat sini boleh pegi selepas jam 2 Petang. Rupanya petang baru bukak jualan2 makanan best-best tu.

Eh terlupa nak up gambo Air Batu Campur (Abc) dan Pulut Ayam Thai yang beli kat sini aritu. Macam dah xde simpan lak. 

Ok, nak repeat pegi lagi sebab rasa Ayam Goreng Berempah kat gerai pulut ayam tu sedap weh.. tunggu balik kampung nanti. kbai

Till then,
@mek_cda 

Pasar Gok Kapor

AddressJalan Gok Kapor, 15350, Kota Bharu, Kelantan



Labels:
0 Responses
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...