mek da ©™









Swiss - BelHotel Kuantan, the best staycation in Kuantan!

Dear diary,

Apo??? Kak Mek nak recommend nih haa kat you all gais salah satu staycation terbaik di Kuantan, Pahang iaitu Swiss-BelHotel yang terletak di Kuantan Waterfront Resort City, Tanjung Lumpur. Lokasi adalah berdekatan dengan Restoran Ana Ikan Bakar yang famous amos tu hehe.

Hotel ni baru je beroperasi tau...  kalo tak silap bertaraf 4 bintang. Highly recommend Swiss Belhotel ni sebab harga bilik yang ditawarkan pun agak berpatutan. Yang penting korang boleh dapat view yang cantik kira okay lah kan! Haha :P

Kak mek macam biasalah book last minute via agoda. 2 hari sebelum nak check in kelam kabut cari hotel. Hajat di hati nak book bilik studio seaview sebab sebelum ni dah penah berangan nak stay sini.. tapi apakan daya dah fully booked. Jadi Kak mek dapat book bilik studio city view plus 2 free baucer breakfast dengan harga RM224.  Include tax dah tu. 






Check in jam 3 ye. Check out 12pm

Kami sampai sini kira-kira jam 4 lebih, al maklum jalan agak sesak. Jem kat Terengganu!

Sib baik parking sini sangat Ok.. senang. Walaupun tengah ramai pengunjung masa tu parking tetap mencukupi. 

Tetiba.. eh tetiba, nampak Q panjang masa nak check in. Beratur la ye, jangan lupa amalkan Sop.. jarak kena jaga... maklum lah masih lagi dalam PKP. Sabo je la ye :)



Ok yang ni gambo google. Bilik seaview. Kak mek asalnya berangan nak bilik yang ni laaa.. sob sob. Tak de rezeki. Korang lenkali book awal-awal tauuu... hehe


Bestnyaaaaa...........


Taraaa... nih la bilik yang Kak Mek book. Bilik studio city view. Eh korang jangan tak tahu, 2 katil single tu besar juga tau. Satu katil boleh la tido 2 orang. Ok la untuk kami berempat ni hahahhaaaa!!


Semua kelihatan agak baru... may be sebab hotel baru hikhik. Bilik bersih. I likeee



Wahhh... bilik air kooo, jangan seksi2 sangat time mandi tau hahahhahahaha

Oh don't worry gaiss, jangan lupakan turunkan blind curtain hihi


Shampoo, ubat gigi, sabun, losyen semua ada k.. don't wory hoho


model bilik hikhik


keep calm, drink coffee first :P



Korang yang dtg atas urusan keje pun ok sebab ada meja untuk korang duduk-duduk buat keje korang tu sambil mengadap view yang cantik


Rest jap, tak dapat ngadap sea view be like hahahhahhaha


Suasana malam dari tingkat.......... eh Kak Mek lupa tetiba stay tingkat bpe. 11 ke 13 oi haha


(gambar google)

.................dan yang pasti swimming pool dia yang cantik tertarik ni di tingkat 5. Alahhh yang viral tu lahhh... boleh jadi port OOTD hokeh :P

Tak sabar nak berOOTido di swimming pool ke? ok cerita ni bersambung. Next entry for cerita budak-budak mandi kolam. Check it outtttt.........................

Till then,
@mek_cda



Swiss-Belhotel Kuantan


Address1, Jalan Tanjung Lumpur, Perkampungan Tanjung Lumpur, 26060 Kuantan, Pahang

 

Labels:
0 Responses
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...