mek da ©™


Dear diary,

Sedar tak sedar, i dah mula jatuh hati dengan restoran makanan arab. Rasa nak pegi lagi dan lagi dan lagi. Poyo tak? hahaha!

Asalnya memang i tak suka sangat makan nasi arab tapi memandangkan craving sebab tengok gambo kat FB, so pegi lah ke satu restoran arab yang famous jugak lah kat JB ni. Restoran Wadi Hana Elarabi yang terletak di Taman Desa Rahmat, Tampoi Johor.

Kitaorang order nasi maklobah lamb dan maklobah chicken. Alhamdulillah sedap berbaloi.  Nasi Mandy macam dah biasa sangat kan.. so kita try maklobah pulak.

Harga maklobah lamb RM 23.50/set

Harga maklobah chicken RM 19.00/set

Dua set ni kami minta gabungkan dalam satu talam.



Duduk bersila agitchuuu



Mek zara punya... fruit salad wadihah harga RM 12.50
Nih macam biasa je buah-buahan fresh potong dihidangkan dengan aiskrim dan cookies.




Nih pula arabic tea with daun pudina (hot)

Sejak minum ni i dah ketagih minum air teh dgn daun pudina wehhh... buat sendiri kat umah. Yelahhh dulu haramm i nak minum macam ni.. rasa daun pudina kan macam ubat gigi hahhahhaaa
Siap i suruh laki i tanam daun pudina uolss.. jakun la pulak


Taraaaa... dessert ni lah i craving sangat nak try. Tgk kat FB macam meletopp sangat. Nama dia kunafah. Mula-mula tu i pun tak tahu rasa kunafah ni macam mana. Google2 org cakap ada rasa cheese gitu.

Terorder dua set pulak. Satu set RM 8.50....... i ingat harga seketul RM 8.50 itu yang terorder 2 set haha. Tak pelah boleh la makan sorang seketul 4 beranak kannnn!

Kunafah merupakan manisan arab yang kini viral di Malaysia. Rasa krunchy campur kenyal cheese. Tak manis sangat. Sedap! Simpan dlm fridge makan sejuk-sejuk lagi syeeedappp...

Mengikut kajian ceh ceh ceh hahahaha... kunafa (ka-na-fa) bermaksud 'rahmat' merupakan manisan keju yang disira bersama sirap dan semolina. Entah i pun tak pasti apa itu semolina hehe. Sila google.

Kunafa dibakar dalam oven untuk dapatkan tekstur rangup di luar, cheesy di dalam. Apabila mahu makan diorang akan curah air gula pekat kat atas kunafa ni. Nampak menarik  bukan?



Yang paling tak tahan sampai i teringat-ingat nak repeat, nih dia....... pizza chicken (regular) Tak tau nak cerita macam mana... sedap betul pizza sentuhan arabian style ni. Jauh benar dengan pizza yg glamour tuuu.. opsss. Kalo nak makan pizza better i order dekat restoran arab lah hehe. Harga pun mampu milik ehekk.

Pizza krunchy tapi tak kering, loaded dengan topping, sedapppp namateee!

Harga untuk regular size RM15 sebiji tapi puas makan. Yg besar RM17 kalo tak silap. Tak de la beza sangat kan. 



Aduduu... sedapnya


yummehhh






Overall, i puas hati dengan makanan kat sini. Insya Allah boleh datang lagi. Total makan malam tu RM98.50 alhamdulillah.................

Till then,
@mek_cda

Restaurant Wadi Hana Elarabi

Middle Eastern restaurant
  •  Dine-in·
  •  Takeaway·
  •  Delivery
Address1-1a, Jalan Pembangunan, Taman Desa Rahmat, 81200 Johor Bahru, Johor
Hours

Labels:
0 Responses
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...