mek da ©™

Dear diary, 

Nak share dapur mek da yang bertemakan pinky-pinky.. dapur biasa-biasa, maklum la rumah sewa hihihi. Barang-barang dapur pun yang murah-murah jekkk... kakaka.. all from kedai rm2, eco, kaison & mrDIY. Walaupun beli kat kedai gitu-gitu je.. banyak duit melayang kuikuikui. Sebenarnya bukan deco apa pun sangat, just nak kasi nampak ceria je sikit.. highlight dengan pink colour nih.


Jauh di sudut hati dok pikir bila la boleh dapat rumah sendiri, rumah baru, dapur baru bla bla bla.. impian mek untuk ruang dapur yang baru nanti ialah bertemakan all white...cun nya haihhh


Bersyukurlah dengan apa yang ada.. iye dok? Alhamdulillah :)

Till then, mekda.

Labels: , 0 comments |
mek da ©™

Dear diary, COLEK! Tak mahu citer panjang lebar lagi tentang colek sebab aritu dah membebel pasal colek nih kikiki..........

Colek kerang, colek buah... morih morih di Norhakimi Seafood, Kangkar Tebrau JB.



Kuah colek buah dio sedak sengoti adik kakokkk.. 


Boleh kunjungi Restoran NorHakimi Seafood Di Medan Selera Kangkar Tebrau, JB.





Till then, mekda.

Labels: 1 comments |
mek da ©™
Dear diary, 
Arini nak citer pasal cara-cara nak buat Agar-agar Santan Gula Melaka.
Haa gituu... sedap dimakan di bulan Ramadan kehkeh :p



Bahan-bahan :
  • 1 paket serbuk agar-agar 10 gm atau 11 gm
  • 1 liter air (4 cawan)
  • 1 ketul gula melaka (lebih kurang 250 gm)
  • Sedikit gula pasir sekiranya perlu
  • 200-250 ml santan pekat (1 cawan) 
  • 1 biji telur ayam - masukkan dalam santan dan kocak sikit dengan garfu
  • Secubit garam
  • 2 helai daun pandan - dibasuh dan disimpulkan

Cara-cara:
  1. Masak 1 liter air bersama gula melaka dan simpulan daun pandan hingga gula larut dan tapis. Pastikan jumlah air gula ni menjadi 1 liter ye sebab kadang-kadang jumlah air menjadi kurang ketika proses yang agak lama ketika melarutkan gula Melaka. Kalau kurang, tambah lagi air supaya menjadi 1 liter kembali.
  2. Masak air gula yang telah ditapis bersama serbuk agar-agar hingga larut.
  3. Kecilkan api dan masukkan campuran santan bersama telur dan garam. 
  4. Kacau dan tunggu hingga menggelegak atas api sederhana. PENTING!! Bila menggelegak, biar seketika lebih kurang 1-2 minit atau boleh kuatkan api dapur dan biar adunan mengelegak kuat sambil dikacau-kacau. Kacau ni untuk mengelakkan adunan membuak dan melimpah dari periuk. Pandai-pandailah adjust api dapur tu ye. Nanti akan kelihatan adunan santan jadi berbintil-bintil. Tutup api.
  5. Basahkan loyang atau apa-apa acuan kegemaran dengan air. Kemudian tuang adunan agar-agar santan dan biarkan mengeras. Boleh simpan di dalam peti ais untuk mendapatkan agar-agar yang sejuk dan lagi sedap di makan ketika sejuk sebenarnya kan hihi...


Till then, mekda.

mek da ©™

Dear diary, selamat hari raya! Eh.

kikiki.. ini bukan post menunjuk okeh cuma untuk tatapan peribadi di masa hadapan gitu kehkeh. Ingat dulu-dulu kite kan suka apdet pasal barang raya kat blog cuma sekarang2 ni je suram sikit.. tu la kali ni mcm nak post pulak kohkoh.. handbag dan kasut raya gitu... 

Sebenarnya dah lama mengidam handbag carlo rino seperti corak di atas.. corak signature carlo rino kalo tak silap... bertemakan summer.. 


... dan akhirnya ko milikku kehkeh. Henbeg carlo rino yang ke empatku...eleh baru 4? kuikui

 Boleh jugak cuci mata kat sini 



Beli kat JPO baru-baru ni.. ok la walaupun bukan yang new arrival :P


Nih pulak henbeg kecik comel lote anak dara mek da yang punya kihkih... mak yg geram & excited tgk henbeg comel2 nihhh


hadiah raya merangkap hadiah bufday untuk my mum.. 


selipar raya mek da.. simple jee.. vincci huhu


selipar raya abang kaka a.k.a anak bujang .. harga lebih mahal dari selipar mak wakakaka


selipar raya anak dara si mek.. harga sama ngan selipar mak


hadiah raya merangkap hadiah bufday untuk my abah... 

alahh.. kasut raya laki mek je lupa nak snap gambo...tuan dia dah perap dalam kete kasut raya dia tu hahahah.... lebih kurang mcm ginilah kasut dia... siap google tu hahahahha.. sila bertabah bila anda sedang membaca post ini huhuhu



ok dah boleh raya hihi 

till then, mekda.

Labels: , 0 comments |
mek da ©™

Dear diary, bulan puasa ni mek buat stok Puding sagu gula melaka banyak-banyak dan simpan dalam fridge. Sejuk.. sedap dimakan. Untuk memudahkan, letak dalam TIPUware kecik-kecik.. kalo rasa nak makan je curah susu cair & gula melaka dalam sagu yang dah dimasak dan disejukkan tu..uuu mabelos uollss.

Bahan-bahan:-

1 paket biji sagu  (Lebih kurang 400gm)
4 gelas Air
2 Keping gula melaka
2 Helai Daun Pandan
1 sudu gula pasir
1 Tin Susu cair
Nata De coco sebagai bahan tambahan

Cara Memasak Sagu:-

Didihkan air dan masak biji sagu yang telah dibersihkan dengan air mendidih sehingga warnanya bertukar jernih. Setelah itu, angkat dan cuci hingga hilang kanjinya.

Sejukkan di dalam bekas atau acuan.



Cara Memasak Gula Melaka:-

Didihkan 1 gelas air bersama gula melaka dan letak sedikit gula pasir.  Masak bersama 2 helai daun pandan. Biarkan sehingga gula melaka larut. Jika terlalu pekat boleh tambah lagi air.

Sagu sedia untuk dimakan. Curahkan susu cair bersama gula melaka secukup rasa. Boleh letak nata de coco atau buah koktail jika suka. Simpan sejuk dalam peti ais... mabeloss uolsss.. slruppp..

Till then, mekda.

mek da ©™
Dear diary, arini rajin bebenor mengepost resepi la konon-konon. Lala sambal pecah telur memang menjadi kegemaran mek dulu, kini dan selamanya.. wah gitu! 

Sambal mek tak berapa merah ye.. nampak tak menarik kan.. mek pakai cili kering kelantan so warna dia tak merah sangat.. lagipun tak banyak letak cili kering..yang penting rasa dia sedap ok haha poyo.



Ok mari tengok resepi mana tahu petang ni uolss nak buat kan.. boleh tukar-tukar idea gitu huhu.

BAHAN-BAHAN:

1/2 kg lala

2 biji telur

4 sudu besar cili kering kisar

3 ulas bawang merah (tumbuk)

3 ulas bawang putih (tumbuk)

Sedikit belacan

3 sudu besar air asam jawa




CARA MENYEDIAKAN:

1.Tumis bawang dan belacan hingga naik bau. 

2.Masukkan cili merah kisar. Tumis hingga pecah minyak. 

3.Bubuhkan sedikit gula dan garam. Kemudian masukkan air asam jawa.

4.Masukkan lala. Gaul lagi sehingga lala masak.

5. Akhir sekali pe­cahkan telur, gaul rata. Dah siap!



Till then, mek da.
mek da ©™

Dear diary, hari ni nak share resepi Ayam Percik Kelantan. Bulan-bulan puasa ni pekena ayam percik memang merecik lah ye kuikui. Gambar ayam percik di bawah adalah hasil air tangan encik husband pada hari pertama puasa aritu. Laaaa.. ingat mek yang buat. Pun boleh... kakaka!

BAHAN-BAHAN:
1kg ayam - belah 4

BAHAN PERAPAN:
5 ulas bawang merah - kisar
3 ulas bawang putih - kisar
2.5cm halia - kisar
Sedikit garam

BAHAN KUAH:
500ml santan
10 ulas bawang merah
2.5cm halia
1 batang serai
3 tangkai cili kering
1 keping asam gelugur
Garam dan gula secukupnya

CARA MEMASAK:
1. Kisar bahan perap dan perapkan bersama ayam selama 30 minit.
2. Kemudian, bakar ayam yang telah diperap tadi hingga masak. Ketepikan.
3. Untuk membuat kuah; kisar kesemua bahan untuk kuah kecuali santan & asam keping.
4. Kemudian tumis tanpa minyak di dalam kuali hingga garing dan terbit wangi.
5. Masukkan santan, asam keping dan perasakan dengan garam dan gula secukup rasa. Gaul sebati dan biar kuah mereneh hingga pekat.
6. Angkat kuah dan tuang di atas ayam. Sedia dihidangkan.



*Tetiba teringatkan ayam percik roundabout Pasir Mas.. dap ohhh

 Till then, mekda.