mek da ©™


Dear diary... Dah abis raya woi hehe.. Insya Allah bertemu lagi di tahun hadapan. Kak mek nk share beberapa gambo yang sempat diambil masa beraya di sekitar johor.. sekitar ko.. padahal kawasan jb tu jek hahaha.. 

Balik johor dah tak banyak pergi beraya... walaupun ada undangan open house.. maklum ler encik suami kite bz bebenor jadi tak de orang nak teman dan bawa pegi open house.. sila sedih hahaha sob sob  :P ............ Emmm biasa la orang johor ni kan beraya sampai 30 hari kekekek... semua tempat dah macam ni sekarang termasuk negeriku kelatamm kohkohkoh.



menu rumah bff... mee siam singapore.. yang benornya first time kak mek makan mee siam berkuah!



kuih muih



open house/kerja kawin rumah jiran
first time jugak kak mek makan 'satay padang'
amik koo..semua first time


elok jugak lah pergi open house ni.. blh jumpa makanan yang tak pernah dimakan kahkahkah


marhaban raya rumah member



with lynn




beraya pakai baju tido? kahkah


yang benornya singgah beraya dan tumpang bermalam rumah my cousin di mersing



nih haa my cousin ujie



dah itu jek... tak de idea dah nak karang kohkohkoh

till then, mekda.







Labels: 0 comments |
mek da ©™

Dear diary............ gambar lama, Thai Malay Festival di Kilang Bateri.. hakhak sampai dah terlupa bulan berapa snap picture nehhhhhhh.. 


Yang pasti kerabu megi & tomyam sedap huhu



eh, gambo kerabu megi tak de dalam nihh.. x snap sebab tapau kakaka

Till then, mekda.

Labels: 0 comments |
mek da ©™

Dear diary,

Nasi Kukus My Mama... pernah dengar tak?

Restoran ni agak terkenal di sekitar Kuantan, Pahang dan mempunyai banyak cawangan di sana. Terdetik di hati kak mek (cewahh..) nak mencuba nasi kukus ni semasa dalam perjalanan balik ke JB baru ni.. so singgahlah kami ke Restoran Nasi Kukus My Mama cawangan Pekan, Pahang. 


Wowww..agak ramai orang, jenuh jugak beratur.. dia punya style dan konsep macam restoran fast food, oder & byr dulu... then beratur tunggu makanan. Cuma bertemakan masakan tradisional melayu!


gambar: credit to NASI KUKUS MY MAMA


Harga berpatutan, rasa sedap!


Pilihan kak mek, nasi kukus daging kerutuk. Encik suami pilih ayam berempah dan abam haikal pilih ayam merah.


Ini set yang kami amik ... kami oder teh o ice & sirap



Ada special set.... tambahan paceri nenas & telur masin
So far masakannya terasa...... sedap. Lain kali leh repeat!



Meh kita baca sikit sedutan ayat-ayat power dari website NASI KUKUS MY MAMA

Perintis industri makanan Segera di Malaysia. Bercita-cita Untuk memberikan PENGALAMAN makan Yang Terbaik. Nasi Kukus MY Mama Adalah Rantaian terkemuka tradisional Restoran Makanan Melayu. Ditubuhkan di Kuantan, Menawarkan Pelbagai Jenis hidangan, SETIAP HARI dan set hidangan Istimewa Yang dimasak dan disajikan MENGGUNAKAN Resipi asli dan bahan-bahan asal. Nasi Kukus MY Mama telah Berkembang kepada lima cawangan di Sulawesi Selatan, Kuantan dan Mendapat Maklum Balas Positif daripada Pelanggan. Pada dekat Masa Depan, Kami Merancang Untuk melanjutkan lagi 14 cawangan di Kuala Lumpur, Johor Bharu, Kelantan dan Terengganu - menawarkan set hidangan lebih yang lazat Untuk Pelanggan terutamanya kanak-kanak, Makanan Parti dan program francais memandu ditambah DENGAN thru & Perkhidmatan pretensi Dalam TALIAN. cawangan kami pada Yang kedudukannya di:

  • Gambang, Kuantan 
  • Pekan, Kuantan
  • Air Putih, Kuantan
  • Taman Tas, Kuantan
  • Bukit Sekilau, Kuantan
  • Indera Mahkota 



Apa lagi......... jom singgah!

Till then, mekda.





Labels: 0 comments |
mek da ©™










Dear diary,

Tak nak bebel banyak-banyak... sekadar nak bagitau, kak  mek rindu murtabak cheese.. wakaka!!!





Gambar ni masa lunch dengan opismate.......dah lama kot kehkeh






yummehhhhh




Till then, mekda.

Labels: 0 comments |
mek da ©™


Dear diary, 

Alhamdulillah.. sempat la kak mek masak serba sedikit bila kawan cakap nak datang beraya ke pondok sewa kak mek. Bukan open house ok hihi..... sape nak datang, dtg je... Insya Allah kak mek masak yg simple2 kehkeh. Sib baik en suami byk membantu, maklum la walaupun masak sikit-sikit... penat jugak hahaha! 

Hari tu kami decide masak nasi ayam sebagai menu utama. 4 ekor ayam jugak lah sempat dimasak.. Jenuh jugak duk menggoreng ayam tu sorang-sorang kahkahkah. Memula tu masak dulu 3 ekor, petangnya top up lagi satu ekor. 

Menu tambahan encik suami beli 100 cucuk sate, petangnya top up lagi 50 cucuk. Kak mek rebus nasi impit  mini segera 30 pcs.

Kak mek buat 2 bekas puding triffle........

Ingat nak tambah lagi menu.. nak goreng macaroni... tak jadi sbb tak cukup tangan haha. 

Kuih raya/kerepek....... 

Kek buah

Air anggur

Itu jek menu :)




Puding triffle



Air anggur/kuih raya/kerepek/kek










Nasi ayam.... ada sos blackpepper juga



Alhamdulillah, terima kasih pada sahabat yg sudi datang beraya. 


Alang-alang tu jemput family pengasuh budak ni sekali...... 


Posing dengan bff tu wajib hikhik


Beza tetamu dengan tuan rumah......... tetamu cantik bergaya, tuan rumah sangat selekeh kakaka


Snap gambo dengan kwn kak mek je........ nih baru 2 kwn je nk dtg... kalo dtg lagi ramai... tak muat rasanya hall ni kakakaa.. adat org sekarang, jemput baru dtg.. tak jemput tak datang beraya..ye idok haha..adat la... kak mek pun sama kuikui


Gambo dengan kwn-kwn encik suami tak pulak kak mek snap...dah malam, muka pun dah macam ape...kuikui

Gambo dengan jiran-jiran pun tak tersnap heeeeee






Till then, mekda.

Labels: , , 0 comments |