mek da ©™


Dear diary,

Second time here. Tahun lepas dah penah datang sini. First time datang dulu rasa tak puas makan ikan bakar sambal petai kat sini sebab padu sangat. Teringat-ingat. Gitchuuuuu... Yummeh!

Bagi yang bermalam di Swiss-Belhotel sudah tentu wajib makan-makan kat sini kan. Ape tak nya dah sah-sah depan hotel je hikhik. 

Syarat utama dia tahap kesabaran korang kena tinggi la sikit. Full house! Kena Q nak dapatkan meja.. tu belum nak tunggu order sampai. Sabo je la iyo hukhuk.


Pilih-pilih pastu bagitau nak suruh masak menu apo


Coconut shake


Malam tu kami order biasa-biasa je. Kang dah kata Kak Mek demam tak de selera makan. Mmg tak jamah nasi pun. Teguk air jeeeee... sob sobbbb.. sian anak-anak pun macam tak happy je makan sebab mama dia tak de selera sangat. Kak mek tersengguk-sengguk kat meja tahan rasa ngantuk dan penat ayoyooo... 

Order:

Siakap Bakar Sambal.. mintak sambal petai tapi tak dapat sob sob (sib baik tgh kurang selera)
Sotong Telor Masin
Sup Campur
Telor Dadar


Kesudahannya balik bilik hotel sambung makan buah yang dibeli kat R&R. Sib baik laa boleh telan buah. Emmmm :(

Till then,
@mek_cda



 

Labels: 0 comments |
Reactions: 
mek da ©™


Dear diary,

Vlog kenangan kami di Swiss-Belhotel Kuantan. Record life, share happiness. 

Till  we meet again. Will repeat, Insya Allah.




Lokasi: Kuantan Waterfront Resort City, Tanjung Lumpur, Kuantan Pahang

Berada di kawasan food heaven Kuantan antaranya Restoran Ana Ikan Bakar Petai

Bilik Seaview or city view. You decide :P

Harga berpatutan

Infinity Pool with swimming suit

Tepi laut

Private parking

Kids club room

Gymnasium

Breakfast by the sea

Port awesome untuk bergambar

15 minit ke Pantai Teluk Cempedak

5 minit ke bandar Kuantan

Ada aktiviti menunggang kuda dan boat riding


Sweet moment............. 2 - 3 Ogos 2020

Till then,
@mek_cda



 
 

Labels: , , 0 comments |
Reactions: 
mek da ©™




Breakfast by the sea di Swiss-Belhotel Kuantan

Dear diary,

Memandangkan kitorang ada book bilik bersama dengan 2 baucer breakfast, so pagi tu dapatlah kitorang breakfast di cafe hotel. Cafe pun view tepi laut ok. Untuk Haikal, kena la tambah bayaran RM22/person. Sib baik cik adik manis yang jaga kaunter kafe bagi kelonggaran si zara tak payah bayar apa-apa katanya... haha (jimat mak) opsss! Kalo tak silap kanak-kanak umur 4 tahun ke atas dah kena bayar kottt.. alahaaa si zara bukannya makan sangat pommm... selalunya seteguk air, pastu coco crunch. Itulah diaa!


Breakfast by the sea. View tepi laut, korang boleh pilih sama ada nak duduk meja luar view laut atau kat dalam cafe. Kak mek pilih duduk dalam sebab senang nak amik makanan hahahahahahhah



Nih la kerja mek zara


Sudut favourite mak


Selalunya Kak mek akan snap lagi banyak picture makanan tapi memandangkan tengah tak sihat kan...(tak sudah-sudah dgn alasan tak sihat haha) so kak mek tengok-tengok gitu je lah. Makan pun tak berselera sangat. Kalo tak penuh meja haha!!!!


Hanya dengan secawan kopi pun dah ok


Kemain amik nasi kot-kot dah ada selera nak makan, tapi nikmat tu belum ada. Makan kek sikit. Teguk kopi sikit. Macam tu lah bila demam.


Pada kak mek, menu breakfast... sedap, not  bad. Tapi kalo boleh la.. perlu ada penambahan variety menu. Biar pelbagai......... amboiiii kemainnn selera ko eh mek! haha. Nih kan review. opsss :P

Staff yang jaga cafe semua baik-baik. Mesra alam gitchuu. Kak mek suruh top up kuah kari tu laju je staff dia buat keje. Ok bulan depan naik gaji hehehe.

So far so good.


Okay, lepas breakfast kami dah nak check out. Alang-alang dah nak balik tu wajib la posing dulu kehkehhhh.

Kenangan manis di Swiss-Belhotel


Simpan buat kenangan kita ye anak-anak. Encik suami tak suka bergambar. Harap maklum hehe.


 happy me. demam pun wajib ootido


Kesimpulannya, Swiss BelHotel kak mek boleh katakan sebagai persinggahan dalam negeri yang wajib dicuba.


Kena masuk dalam list hotel wajib singgah korang!


Okeee... heading to Johor Bahru.

Till then,
@mek_cda



 

Labels: 0 comments |
Reactions: 
mek da ©™

Gambar atas (sumber: google)

Infinity Pool View Laut Swiss-Belhotel Kuantan

Dear diary,

Wow! The swimming pool of Swiss-Belhotel overlooking the sea. Love sangat kan. Okeh, untuk info kolam mandi hotel ni berada di tingkat 5. For me, view yang sangat cantik. Sesuai la untuk korang yang suka berOOtido.. ehhh ootd hikhik.


Budak paling tak sabar nak terjun kolam ye.


Mak tak berapa sihat time ni kalo tak mak terjun kolam jugak hehe. 

Mandi la puas-puas ye.


Mak hanya mampu posing-posing di tepian infinity pool view laut je hehehe... sib baik abg haikal boleh jadi cameraman mama haha!


Hari tu kolam sangat full dengan budak-budak, mak budak, pak budak... maklumlah cuti sekolah khennn


view dari  tingkat 5



Tapi yang sedihnya mak terlupa nak prepare swimming suit utk Haikal. Sib baik Zara bawa baju mandi dia. So, Haikal tak dapat terjun kolam. Sian abangggg...  boleh rendam-rendam kaki je lah hoho. Ehh tapi boleh je tu kalo bukak baju. Ada staff yang kasi. Tengok pada staff yang jaga. Korang.. swimming pool dia mmg dikawal ketat tau.. kalo tak pakai swimming suit terus x leh mandi. No excuse! Bukan apa, penah la pengalaman kat hotel lain boleh je celah2 kalo tak pakai swimming suit pom hikhik. So, korang jangan lupa prepare siap2 swimming suit untuk anak-anak hokehhh! Demi keselamatan jugak tu khennn :P 

Tuala ada disediakan. Toilet dia bersih gilerr. Ahh lupa plak snap gambo jamban hahahha. Eh betul cantik. Ahh rugi :P




Mak mcm gini lah... kalo boleh semua view nak posing tapi satu ootd pun tak cantik hahahahaha


happy time. lol


Bila ko berOOTD org penuh kat belakang tu hehe


have fun ye dik


Overall, infinity pool view laut ni best. Kalo korang suka tido hotel, suka mandi kolam, suka tengok anak-anak happy, korang wajib try hotel baru ni ok! Satu malam  pun dah cukup.. macam kitorang just transit dari Kelantan nak balik ke Johor Bahru.



Swimming pool bukak pukul 8am hingga 7.45pm. Mandi la sampai kecut. Posing la sampai lebam. Lokasi ni tengah viral katakannn... agitchuuuu haha.

Okeh gaisss.... have fun!

Till then,
@mek_cda

 

Labels: , 0 comments |
Reactions: 
mek da ©™









Swiss - BelHotel Kuantan, the best staycation in Kuantan!

Dear diary,

Apo??? Kak Mek nak recommend nih haa kat you all gais salah satu staycation terbaik di Kuantan, Pahang iaitu Swiss-BelHotel yang terletak di Kuantan Waterfront Resort City, Tanjung Lumpur. Lokasi adalah berdekatan dengan Restoran Ana Ikan Bakar yang famous amos tu hehe.

Hotel ni baru je beroperasi tau...  kalo tak silap bertaraf 4 bintang. Highly recommend Swiss Belhotel ni sebab harga bilik yang ditawarkan pun agak berpatutan. Yang penting korang boleh dapat view yang cantik kira okay lah kan! Haha :P

Kak mek macam biasalah book last minute via agoda. 2 hari sebelum nak check in kelam kabut cari hotel. Hajat di hati nak book bilik studio seaview sebab sebelum ni dah penah berangan nak stay sini.. tapi apakan daya dah fully booked. Jadi Kak mek dapat book bilik studio city view plus 2 free baucer breakfast dengan harga RM233 kot kalo tak silap.  Include tax dah tu. 


Check in jam 3 ye. Check out 12pm

Kami sampai sini kira-kira jam 4 lebih, al maklum jalan agak sesak. Jem kat Terengganu!

Sib baik parking sini sangat Ok.. senang. Walaupun tengah ramai pengunjung masa tu parking tetap mencukupi. 

Tetiba.. eh tetiba, nampak Q panjang masa nak check in. Beratur la ye, jangan lupa amalkan Sop.. jarak kena jaga... maklum lah masih lagi dalam PKP. Sabo je la ye :)



Ok yang ni gambo google. Bilik seaview. Kak mek asalnya berangan nak bilik yang ni laaa.. sob sob. Tak de rezeki. Korang lenkali book awal-awal tauuu... hehe


Bestnyaaaaa...........


Taraaa... nih la bilik yang Kak Mek book. Bilik studio city view. Eh korang jangan tak tahu, 2 katil single tu besar juga tau. Satu katil boleh la tido 2 orang. Ok la untuk kami berempat ni hahahhaaaa!!


Semua kelihatan agak baru... may be sebab hotel baru hikhik. Bilik bersih. I likeee



Wahhh... bilik air kooo, jangan seksi2 sangat time mandi tau hahahhahahaha

Oh don't worry gaiss, jangan lupakan turunkan blind curtain hihi


Shampoo, ubat gigi, sabun, losyen semua ada k.. don't wory hoho


model bilik hikhik


keep calm, drink coffee first :P



Korang yang dtg atas urusan keje pun ok sebab ada meja untuk korang duduk-duduk buat keje korang tu sambil mengadap view yang cantik


Rest jap, tak dapat ngadap sea view be like hahahhahhaha


Suasana malam dari tingkat.......... eh Kak Mek lupa tetiba stay tingkat bpe. 11 ke 13 oi haha


(gambar google)

.................dan yang pasti swimming pool dia yang cantik tertarik ni di tingkat 5. Alahhh yang viral tu lahhh... boleh jadi port OOTD hokeh :P

Tak sabar nak berOOTido di swimming pool ke? ok cerita ni bersambung. Next entry for cerita budak-budak mandi kolam. Check it outtttt.........................

Till then,
@mek_cda



Swiss-Belhotel Kuantan


Address1, Jalan Tanjung Lumpur, Perkampungan Tanjung Lumpur, 26060 Kuantan, Pahang

 

Labels: 0 comments |
Reactions: 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...