mek da ©™

Dear diary, satu lagi cafe western di JB... area taman suria. Tekak anak bujang teringin nak makan chicken chop makanya kami ke sini untuk mencuba.. wah mencuba giturrr huhuuh...


Tetiba sedih sbb grill chicken chop tak de..sbbnya dah abis..aik laju jgk ekk dah abis br jam 10 mlm kikikiki... so kami oder fried chicken chop je... seketul RM5 je... awal-awal kak mek dah tahu haikal tak akan suka punya lah.. kemain selera anak bujang ni ye!


Makan je ape yg ade di kala itu kahkah.. terkulat-kulat jgk nak abiskan hehhehehe..


Cafe ni bertemakan layan diri... nti oder di kaunter ye, amik makanan pun di kaunter ye.. byr siap2 ye hehehehe...


1 Big Bite Cafe
No 24 JALAN SURIA 18 TAMAN SURIA (99.79 km)
81100 Johor Bahru

Antara review di google:-

Love foods here..
Enjoying the foods..
Full of surprise..
Maintain good quality of foods..
May this cafe will go further..

Friendly staffs who gave great recommendations. Monster crispy chicken was really delicious and price is really affordable

oblong kambing sangat sedap...lembut dan lazat...


Idea dan food presentation yang menarik! Ada potensi untuk pergi lebih jauh dan maju!


Cafe yg bertemakan burger & western. Cuba lah!

.
.
.
.
Till then, mekda.
Labels: 0 comments |
Reactions: 
mek da ©™

Dear diary,

Aktiviti anak beranak di hari sabtu... aerobik la konon2.. uhuk uhukkk. After joging & aerobik tibai nasi lemak dan roti canai walaweiiii muhahhahaha!!!


Taman merdeka agak ramai di hari minggu... nak cari parking pun susah!


ibu dan anak :)


abaikan.. buruk nya nampakkkk


gud luck buat suamiku kikiki


ewahhhh... ewahhhhhh


sempat lagi heheheheh


kami........................ lots of luv

.
.
.
.
.
.
Till then,
mekda :)

Labels: 0 comments |
Reactions: 
mek da ©™

Dear diary,

The Pinggan Cafe Johor Bahru, baru saja dibuka.. eh yeke? bukan tahun lepas ke lagi kekekkeke :P Hujung2 tahun lepas la kot... last week encik suami ajak makan kat sini, so ape lg.. berhuhuhu la. Bab try tempat makan baru ni memang favourite kehkeh.



Cafe ni terletak di Jalan Tampoi. Selalu nampak ramai orang. Full house gitu.......... Plan malam tu memang nak makan chicken chop jadi intai2 menu western. Sebelum pegi sini tak sempat pulak nak study dulu dia punya menu (cittt studyy tu kahkah). Oder grill chicken chop untuk haikal, cheezy crispy chicken chop untuk i and mee bandung for encik suami. 



Lemon panas untuk i. Barli panas for encik suami dan sirap bandung soda untuk haikal. Zara oder ape?


Zara makan mainan jek ahahahah.. orang ajak makan tak bergerak-gerak. Main tak benti... bagus jugak cafe ni sbb ade playroom untuk kanak-kanak uollss. Jarang tau restoran2/cafe gini sediakan playroom untuk budak-budak ni. Memang membantu sangat sebab anak-anak have fun sangat. Cewahhhhhh... padahal mak bapak boleh fokus makan. Kejam sangatt tauuu hahah!!!



Cheezy Crispy Chicken Chop........ sedap!!! cheese nya tak muakkk!! recommended


Mee bandung.. cukup rasa sangat.. kuah nya sedap.. lauk udang, daging, telor & kupang.... recommended jugak ni uolsss


untuk haikal, grill chicken chop........ bagi kak mek sos blackpepper nya sedap ok!


boleh tahan....... yumsss



kusyuk main si mek nih, makan fries je kuikui


Untuk pengetahuan uolss, restoran ni juga ada menyediakan surau. So far, ok lah, kira lulus lah. Makanan cukup rasa, deko cantik, bersih dan harga pun standard la........ 

Meh kita tengok ape review kat fb tentang cafe ni:-

➤love the taste of food ! especially my husband really like the tomyam fried ricee � clean cafe and warming staff . all the best wishes for you and kipidap with the quality taste of food �

Very fast service n a lot of varieties. Cleanliness 4 out of 5

� Service pantas despite of kedai yg selalu ramai customer 
� Kedai bersih, cozy dan selesa
� Ada tempt mainan budak2
�Staff sangatlah friendly dan peramah. Kali kedua datang, staff siap dah perasan kami. Hehe.
�Murah berbanding cafe2 hipster (hipster ke ni? �) Average kami makan bertujuh siap air dan side dish RM20/pax
� Portiooonnnn besar. Walaupun sedap tapi tak larat nak habiskan untuk saya yg perut tak berapa nak expand ni �
� Paling penting haruslah sedap! Wajib try nachos diaorang. Masakan panas � western foods so far yg kami order very satisfied dengan rasanya. 


➤ Baru saje cuba The Pinggan Volcanic Beef Burger. Rase mmg terbaek. Berbaloi dgn harga. Dtg mmg mase peak hour org tgh dinner. Mmg agak ramai org. Biase la tu org tgh ramai order sampai dlm mase 30minit.
Suasana dalaman kedai yg selesa. Gaya interior design yg minimalis.Layanan staff pun baek. Memandangkan kt kawasan rmh kedai yg baru buka, lot parkir mmg agak byk. Lokasi strategik dekat dgn traffic light.
Lepas ni boleh dtg ulang lagi utk cuba menu lain pulak. 


➤ Suasana yang sgt selesa..kebersihan terjaga..makanan sedap..paling penting menu disediakan sangat detail..kalau order sekian menu..ade tulis ape bahan yang ade dalam menu tu contohnya sayur, daging, ikan dan sebagainya..keep it up..semoga maju jaya..in shaa Allah..amin


➤ Alhamdulillah..1st time dtg smlm..sje nk #JJCM..sekali padu la mknn die..mem pon kata sedap..so xsalah pilih tempat la..servis pon ok..kedai pon bersih..toilet wangi..ade tmpt solat..senang la nak solat..lagi² klu lepas buke puasa..hurm..ade ruang mainan bdk²..blah dalam xleh merokok..nk merokok sile keluar..kikiki..admin pon mesra pelanggan..so 5 bintang la bagi..teruskn bg yg terbaik..sy bukan membodek..ini realiti..hehehe..kbai.

alhamdulilah
first time mkn bersama keluarga seramai 20 org
puas hati lahh
makanan nyaa
layanan nya yg tip top
walau kami bnyk ragam still dpt layanan yg terbaikk
hanya ada lah sikit2 service yg bole diperbaikki lagi
apa2 pon yg paling best sebab ada flayground
yg sanggat memudahkan ibu n ayah mkn2
sebab anak2 ada tmpt utk happy2 kan diri .
nak ucap tima ksh bnyk2 pd The Pinggang Cafe Johor Bahru


➤ Bersih
Sedap
Layanan best
Ada surau
Ada playroom
Tandas mcm kt umah..clean sgt
Pasti dtg lagi 


UNPAID but honest review. Bagi kak mek cafe ni recommended. Uolss boleh try k...... kikiki

Nah terimalah cop mohor dari kak mek hahahhahahhaaha!!!

Let's try here ⤋

Till then, mekda.






The Pinggan Cafe Johor Bahru 

Family Restaurant
Address9, Jalan Tampoi, Kampung Sri Kempas 1, 81200 Johor Bahru, Johor
Labels: 0 comments |
Reactions: 
mek da ©™

Dear diary.. eat and eat. Sate favourite, al mizan satay house


chicken kueh teow


mee celup majidee, the best mee celup in JB


Jambu asam yumss


pizza hut with buddy, galleria kotaraya




opsss... the writer :P


eh, cermin mata sape sebelah tu? hahahaha!

Till then, mekda.

Labels: 1 comments |
Reactions: 
mek da ©™

Dear diary, sejak beberapa hari ni, ku anak tirikan blog ni.. sian diaryku hehe. Busy sikit dengan projek tuttttt opsss! Ok tak pe arini kak mek corat coret sikit macam biasa la all about food kahkah. Sajian simple dari dapur mek da.


Gulai ayam amik ko gambar dari dapur terus...



Nasi lomak timun tak de


sardin!! marvelosss


Nasi Ayam thai versi derhaka 


Bubur jagung yumsss



Bubur kacang durian

Bendi berlado


Terung berlado


Sup suhun telur


mee goreng blackpepper

Till then, mekda

Labels: , 1 comments |
Reactions: 
mek da ©™



Dear diary, 

Hyee uolss! Arghh... panas betul la cuaca sekarang ni kan. Rasa nak telan ais je memanjang kahkah. Amboi.. merungut ke? Sejuk tak boleh, panas pun tak boleh. Dah tu ko nak macam mana kak mek? kikiki. Idok ler merungut cuma nak bagitau jekkk.. cuaca di siang hari sekarang ni boleh mencapai ke suhu yang amat tinggi kan uolss! Kalo kat luar mata pun berpinar-pinar dah ni haa... silau! Kalo tak bawa cermin mata hitam memang boleh jadi murung uolss hahaha.. wahhh gituu kata kooo.. 

Sebut pasal 'sunglasses' atau cermin mata hitam ni, tetiba teringat dah lama tak beli spek mata baru. Cewah! Ayat poyo mengalahkan datin-datin :P  Ok ke idok cermin mata kak mek tu? Sunglasses lama tu. Emm ke tak kena dengan muka? Jangan pandang remeh tauuu.. penting tau memilih cermin mata yang sesuai dengan bentuk muka ni. Jangan tersilap memilih Sunglasses, kang tak pasal-pasal muka ko nampak macam ape ntah muhahahha!!

Ye lah, cermin mata hitam ni bukan aje berfungsi untuk melindungi mata dari sinaran terik matahari je, malah ia juga boleh menjadi aksesori untuk bergaya giturrr.. perghhh feeling-feeling remaja gitu! 

                                                                           Sumber: Google

Sehari dua ni kak mek tengah gigih mencari cermin mata baru (untuk dibawa bercuti opssss!!! shttt). Kadang tak de masa la nak cari kat luar... sib baik kat Zalora ada jual uolss! Sekarang ni ada yg 'new arrival'. Cantik! Berkenan gilerrr, emm tapi tak tau sesuai ke tak ngan muka kak mek nih kuikui. Tu yang penting memilih kaca mata yang sesuai dengan bentuk muka. Cer korang tengok sini Best Sunglasses For Women


Cantik-cantik kan? Keliru nak pilih yang mana.

Kak mek macam berkenan dengan yang ni ⇧
...... dan juga yang kat bawah ni ⇩

Cantik! Tak mahal pun ni, cukup dengan bajet kak mek yg tak seberapa ni kahkah :P





Entahlah, macam suka yang 'oversize' hahaha... cam comel je cam cantik je kikiki..........

Kalo korang mempunyai bentuk muka persegi, seeloknya pilih cermin mata berbentuk oval atau mempunyai sudut melengkung. Sebab apa? Cermin mata berbentuk macam ni boleh menyamarkan bentuk rahang dan tulang pipi supaya nampak lebih lebar. Haaa, macam kak mek nih la. Muka petak-petak kahkah!





Kalo korang mempunyai bentuk muka bulat, silalah pilih cermin mata berbingkai lebih lebar dari muka korang sebabnya ia akan menjadikan muka korang lebih tirus dan pipi nampak lebih kurus gitu wakaka! Yang penting kurus :P Seeloknya  jangan pilih cermin mata yang mempunyai bingkai bulat.


Kat Zalora ni macam-macam pattern korang boleh pilih. Rambang mata! 


Uolls yang mempunyai bentuk muka segi tiga, cermin mata berbentuk 'cat eye' atau melebar ke bahagian atas amat match sangat untuk korang sebab bentuk cermin mata sebegini akan menyeimbangkan bentuk muka korang tau! Bentuk kaca mata berbingkai persegi panjang pun ok jugak untuk uolss yang mempunyai bentuk muka sebegini.

Hmm... ramai yang gagal memilih kaca mata yang sesuai dengan bentuk muka. Haha bunyi macam keciwaa sangat la kak mek nih haha... tak yah susah-susah! kenali bentuk muka korang then pilih je kat Zalora nih. Korang klik je kat kategori mana yang korang rasa sesuai dengan bentuk muka korang. Senang!!! Tak yah pening-pening survey kat luar huhu :) 


Yang penting kaca mata korang tu tidak terlampau kecik atau terlalu besar. Pilih sedang-sedang je uolss barulah nampak lebih sempurna... cewahhhh!!

Till then,
Mek Da









Labels: , 2 comments |
Reactions: 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...