mek da ©™


Dear diary,

Jangan tanya kenapa kak mek pagi-pagi lagi frust!  Bayangkan 1 jam waze mencari kedai Roti Canai Kayu Arang! wahhhlaweiiii... stress. Tanya org kat kedai, tanya org kat stesen minyak... pun tak jumpa.. dahsyattt tol hahahah..ape daaaaaa. Terkubur jugak harapan nak ke kedai tu.. sob sob ;(

Jadi kami amik keputusan terus ke Medan Samudera sbb lps tu nak mencari ole-ole di situ. Kami bersarapan di Medan samudera saje... kat situ byk jugak gerai mkn. mcm2 la ada cuma kena cari yg kena dgn tekak je. Macam biasa abah, encik suami dan haikal harus pekena nasi, kak mek, zara dan my maa je oder roti canai. Tak dpt mkn roti canai kayu arang, roti samudera pun jadi laa hahahha!

Eh! sedap jugak... roti dia tak muakk.. garing, lembut........ 


nampak je gini... sdp ni weh kikiki... tgh lapar semua sedakkkk :p




Ok dah kekenyangan, ayuh kite pusing-pusing cari ole-ole. Untuk pengetahuan (kak mek pun baru tahu) hahaha... medan samudera ni ialah pusat cenderahati negeri melaka. Kat sini mcm-mcm aderrr... pasti korang rambang mata hakhak!


Untuk budak-budak harus la beli baju kan.. baju I AM ni cantik! pelbagai size, pelbagai corak dan warna....  tp kami pilih warna hitam utk baju yg harga RM15 & RM25


Kejap je brother tu cetak nama... dah pun siap!


tak sampai setengah jam pommm... eh ade kedai yg letak rege RM14 sekali cetak nama... korang kena pandai pilih hikhik.. kak mek dah terbeli yg RM15

Singgit pun kira weyyyy :)


Lepas tu jln lagi cari barang yg nak dibeli


dlm kepala ni nk beli cencaluk, belacan, fridge magnet & keychain je


cencalukkk.. korang mkn tak? 



Perencah asam podahhh


pelbagai jenis belacan


alaaaa...rugi tak beli terompah niiiii... duk teringat ni weyyyy


ok yg ni gambar google sbb xsempat snap gambo dpn bangunan hahahhahaahaa


meriahnya!!! beg cantik-cantik



Tunggu entry seterusnya kalo nak thu kak mek beli ape kikiki........ 


MEDAN SAMUDERA
Jalan Merdeka
Bandar Hilir 
75000 Melaka


Niat nak ke Pasar Besar Melaka pun tak kesampaian sebab semua dah beli kat sini huhu..ok next!

Till then,
Mekda
Don't mess with melaka

Labels: , , , 0 comments |
Reactions: 
mek da ©™

Dear diary,

Kalo ikut list jjcm, lps naik river cruise nak g mkn kat Muara Sg Duyung or Ikan Bakar Parameswara. Ahhhhhhhh terpaksa kuburkan hasrat itu, muka masing-masing dah penat dan kelaparan, jadi kite makan kat area River Cruise ni jekkk uhuk uhukkk bertabah la kak mek! sob sob 



Ma, abah, encik suami & haikal makan nasi. Kak mek sorang bedal char koay teow. Dah nama pegi kedai Char Koay Teow, harus la oder koay teow kan kahkahkah...

Ya Ampun!! sedap rupanya wehhhh!!! ingat biasa-biasa je sbb mcm tak fofular jek kikiki.. ape nya tak popular.. ade je org share kat fb dpt beribu K like giturrr cewahhh hahhahahah nak jugakkk! 

Kak mek oder char koay teow biasa saje..ade udang & kerang... sedap! kena dgn tekak. Gambar kat atas tu ha ⇭

Kalo gambar bawah ni ⇓ char koay teow special udang galah uolss.. tak tau bpe rege... ni gambo yg viral hehe... kredit to IG: @shajar27


kuah dia sedap, mmg terasa!

haha yg ni add on. kedai sebelah nama cekodoq... tetiba kak mek g masuk kedai sebelah minta hantarkan cekodok ke meja kami hihi.. panas2 sdp makan... tp pencicah/sambal dia tu tak kena dgn tekak kak mek hehe


Dear Muara Sg Duyung & Ikan Bakar Parameswara, moga ada jodoh kite nanti di lain kali kuikui................. kempunan kak mek. tak kan nak waze lagi... dah lewat daa nak mencari huhu!
Balik hotel jek terus pikir nk tido.... jonker walk ke ape walk ke dah ke laut china selatan hoho... kat bawah hotel ade uptown, tak larat daaa nk jalan wehhhh...zzzzzzz!

Char Koay Teow Sungai Melaka
River Cruise,
Taman Rempah
Melaka.


Till then,
Mekda
Don't mess with Melaka


Labels: , , , 0 comments |
Reactions: 
mek da ©™



Dear diary, 

Hello Melaka River Cruise!
Visiting Melaka is incomplete without cruising Sungai Melaka... haaa giturrr? kahkahkah. Satu pengalaman yang menarik dan sangat fun. Jangan nak poyo sangat k.. macam la ko tak pernah naik bot pegi selatan thai kikikiki... alaa itu lain, ni best tau :P

Selepas selesai solat maghrib di Masjid Selat Melaka, kami amik keputusan untuk terus ke River Cruise. Pegi awal-awal nanti kan ramai org lak hikhik. Sampai je di kaunter, alhamdulillah langsung tak payah beratur...terus je beli tiket.

Total tiket kami aritu adalah sebanyak RM 74.20 (4 Dewasa, 2 kanak-kanak)

Dewasa (12 tahun ke atas) = RM 15.90
Kanak-kanak (2-12 tahun) = RM 5.30
Bawah 2 tahun = free
Warga Emas = RM 7.50
OKU Kanak-kanak = RM 5.30
OKU Dewasa = RM 7.50
Student IPTA/IPTS = RM 7.50

* Nih harga untuk weekend dan cuti umum sahaja okey!  Hari biasa murah sikit :)




Yayyy dah dpt  tiket!



Sementara menunggu turn nak naik cruise, kite posing-posing dulu...




tak sampai 10 minit... turn kami dah tiba..


... dan kami mula menyusuri sungai melaka feeling-feeling pelancong asing hahahah!


dengan angin sepoi-sepoi bahasa... adoi rasa nak tertido pulak kihkih


happy me bila tgk ma abah seronok... tercapai hasrat nak bawa ma abah jalan melaka


sepanjang sungai melaka, mcm-mcm pemandangan kami lihat..... 


... dan lebih kurang 8 jambatan kami jumpa haha byk betul ... eh betul ke 8? kalo salah abaikan k... huhu


muka seposen me


jambatan ke berapa dah tak tahu........ org2 dlm boat semua happy jek kak mek tgk...kahkahkah teruja lettewww


hard rock cafe........ dpt lalu pun jd la. Hasrat nak bergambo dpn ni tak kesampaian kehkeh



kak mek ingatkan kejap je, rupanya dekat 45 minit jugak menyusuri sungai melaka dengan menaiki boat cruise ni hehe... 





haikal dah ngantuk ke tu? heheeh


dah setengah jam mula la nak wefie...


kaki pun dh bersilang atas kerusi haha


sib baik tak tido jekkk


heheheh.........


Antara kawasan yg kami susuri sepanjang melalui sungai melaka ni ialah:-

  • Jambatan Hang Jebat
  • Jonker Walk
  • Kampung Hulu Mosque
  • Kampung Morten
  • Red Building
  • The Shore (Swiss Garden Hotel)
  • Jambatan Pasar
  • Jambatan Kg Jawa
  • Hard Rock Cafe
  • Mural Street Art
  • Hang Tuah Mall

  

...................... dan lebih 30 lg tempat :)

Iolsss sgt teruja dengan keindahan malam di kota melaka!!


Di Melaka River Cruise ini juga terletaknya Taman tema Pirate Park. Kat sini uolss boleh menaiki pirate ship, ferris wheel, haunted castle & rock climbing. 



Ferris wheel katanya diilhamkan dari London Eye & singapore flyers. Cantikkan kan!



Di belakang sana bangunan the shore...... tak kesampaian lagi nak naik shore tower padahal dah 2 kali pusing kat parking the shore hehe




Pirate ship gambar di siang hari


sumber: google


Ok yg ni gambar kak mek google. Melaka street art :)
Tak dpt nak bergambo kat sini... kalo dari atas cruise kite boleh nampak wall art yg cantik-cantik ni... kalo malam lagi la xleh nak snap sgt dari jauh kan hehe...


if naik cruise di siang hari... lagi jelas nampak lukisan-lukisan di dinding ni... kreatif kan diorang!


ini paling cantik!!! tlg bawa saya ke sini pelissssss


kalo jalan kaki di sepanjang tepi sungai melaka boleh la posing2 kot hehe


Bangunan lama yg unik........... terdapat juga cafe-cafe klasik di tepian sungai melaka! cantik sgt deko-dekonyaaa... 

Ok lah dh penat kak mek memuji keindahan malam di Melaka kikiki..perut pun dah lapar.. jom pegi dinner lakkk ahaksss... bai


MELAKA RIVER CRUISE
Jalan Tun Sri Lanang
Pengkalan Rama Pantai
75100 Melaka


Till then,
Mekda
Don't mess with melaka




Labels: , , 0 comments |
Reactions: 
mek da ©™

Dear diary,

Masjid Selat Melaka juga terdapat dlm wishlist kak mek... if dtg melaka kak mek nak jejak masjid ni. Tengok dlm gambar cantik gilerrr view masjid ni. Akhirnya sampai jua masjid ni.......... terima kasih waze sbb tlg bawa kak mek ke masjid ni. Pelbagai kisah lucu mengekek-ngekek kami dlm kete sepanjang perjalanan ke masjid ni hahaha!!!


Yang ni gambar google... cantik kan?


sumber: google

Masjid ni dibina di atas permukaan laut di dalam kawasan pulau buatan yang diberi nama 'pulau melaka'.


Kebetulan balik dari Pantai Klebang dah nak maghrib, jadi terus la ke sini solat maghrib



Kat masjid ni ramai jugak org.. siap ade jualan makanan.. kalo nak lebih mudah sila bawa telekung sendiri, nak tunggu yg masjid punya mmg bercinta hehe... kena tggu org.. ikut turn.. ramai weh :)

Melaka kan negeri beratur hehehe...


MASJID SELAT MELAKA

AddressGarden City 8-Storey Apartment, Jalan Merdeka, Taman Pulau Melaka, 75000 Melaka, Malaysia



Alhamdulillah rezeki bersolat di sini.........

Selesai solat ke mana destinasi kiterrr seterusnya? tunggu hihihi.................

Till then,
mekda
don't mess with melaka

Labels: , 0 comments |
Reactions: