mek da ©™

Dear diary, 

Dah puas pusing-pusing naik beca, kite jln kaki pusing lagi bandar hilir kikiki...
Ohoiii.. banyak betul muzium... tak sempat la nak masuk semua muzium... lalu dpn pun jadilah hahhahahha.. nampak ramai budak sekolah buat rombongan pegi muzium-muzium nih... lawatan sambil belajar giturrr... :)


Muzium Dunia Melayu Dunia Islam



Bergambar dekat kereta kuda.. nak naik takut!!


Ini jek gambar ramai2 yg ada.. terima kasih abam kuda sbb tlg snap kahkahkah... nk snap tak kena byr pun :P


model of the day, muzium setem melaka


lalu jekkkkk...muzium TLDM dekat je ngan muzium samudera & medan samudera

Till then, mekda.

Labels: , , 0 comments |
Reactions: 
mek da ©™








Dear diary,

Hello, haiii kuikuikui... berjumpa lagi kiter dalam entry Melaka 2017. Sorry ye kak non, dik non... jangan muntah ye.. seminggu dua ni tak sudah-sudah entry Melaka. Itu belum citer pegi over the sea.. kalo pergi over the sea.. 2 bulan hoi tak abis bercerita kihkihkih :p


Kesahnya kami teringin nak naik beca bertemakan kartun comel-comel nih... ade didi & friend, ade upin ipin, ade doraemon... tapi kami pilih HELLO KITTY! Sape yg pilih hello kitty tu? kak mek? zara? my maa? ohh jwb sendiri :)




Beca Melaka ni sangat legend. Kalo ada bajet lebih tak rugi pun naik... fun sangat hokkeh! Uollss boleh menaiki beca di Dutch Square, Melaka. Ala... kat bangunan merah-merah tuuu... 


Beca yg kami naik ni regenya RM25 untuk satu pusingan. Sambil pusing sambil dengar lagu.. suka sgt si zara bila lagu baby shark doo dooo berkumandang kikiki..


Kalo korang ke sini jgn lupa ye naik beca, if mahu lebih sejuk dan seronok.. korang naiklah waktu malam... tapi peluang bergambar taklah sebaik di siang hari hehe...


Kak  mek memulakan perjalanan berbeca ini start dari bangunan muzium setem kalo tak silap, pastu dia bawa round sampai le ke bangunan depan Christ Church Melaka. Kat situ dia stop jap dan dia bagi peluang kite amik2 gambo dan beli souvenir dalam masa 15 minit... then kembali ke perhentian di mana kite start naik td. hehe...seronok!


Jangan lepaskan peluang! iklan jap kihkihkih


Address:-
Beca Melaka, 
Dutch Square Melaka

Till then,
mekda.










Labels: , , 0 comments |
Reactions: 
mek da ©™

Dear diary, 


Christ Church Melaka, tempat paling cantik kot dalam bandaraya Melaka sebab bangunan semua kemerahan gituuu.. rugi jika tak bergambar kat sini. Hehe!


Ehem, setiap gambar harus silang kaki bagi menampakkan efek kurus gituu kahkahkah.


Nice view.... kan? 


Oh melaka, u are beautiful place lalala... 


Sedikit petikan sejarah tentang Christ Church Melaka...

Christ Church merupakan bangunan gereja tertua yang ada di Melaka. Bangunan ini telah dibina sejak abad ke 18 silam.






Di sekitar bangunan ni ada pelbagai gerai jualan terutamanya souvenir.  Juga menjadi tempat perhentian beca melaka yang comel-comel tu hikhik...






Christ Church 
Christ Church is an 18th-century Anglican church in the city of Malacca, Malaysia. It is the oldest functioning Protestant church in Malaysia and is within the jurisdiction of the Lower Central Archdeaconry of the Anglican Diocese of West Malaysia - Wikipedia
AddressGereja Christ, Jalan Gereja, 75000 Melaka, Malaysia
Opened1753
Height40′ 0″
Pastor(s)Rev.John.E. William




Love the view, 
till then, mekda.

Labels: , , 0 comments |
Reactions: 
mek da ©™

Dear diary,

Muzium Pengangkutan Melaka & Taman Bunga Merdeka. Di sini kak mek sempat juga merakam beberapa keping gambar kenangan. Paling menarik lokomotif KTMB nih kikikiki... gigih kak mek panjat tangga ketapi tu koh3. Lokasi ini terletak di Jalan Kota, Bandaraya Melaka.


Taman Bunga Merdeka, ada kereta lembu!






Suka budak-budak ni dpt tengok kepala keretapi ni dekat-dekat haha... 



rupa-rupanya kat dalam lokomotif ni boleh masuk.... free je.! ada jualan pulak tu kat dalam... 


kahkahkah........layan!

Kat dalam ada jual macam-macam souvenir. Encik suami cakap rugi dia tak beli topi koboi ni.. RM10 jekkk :p




Maa dan abah bergambar dengan Kapal Terbang Twin Pioneer CC MK1. Kapal terbang ni disumbangkan oleh pihak TUDM kepada Muzium Pengangkutan Melaka pada tahun 1994.


Abah kena paksa bergambar dekat Kereta Bomba hahahah!!!! 


Last, but not least... nak jugakkk hikhik


Address: 
Jalan Kota, Bandar Hilir, 75000 Melaka.


Till then, mekda.

Labels: , , 0 comments |
Reactions: 
mek da ©™

Dear diary,

Hello Melaka! Kota A Famosa bagaikan mercu tanda Melaka. Kalo datang Melaka tak bergambar kat sini memang rugi la kan.. wahh rugi gitueww koh3


Keadaan ketika itu amat panas, maklum le tengahari buta duk nak posing hehe.. cepat2 snap sbb masing-masing takut matahari :p

Haikal pula tak berapa sihat, terkena chicken pop pulak sehari sebelum nak ke Melaka. Sib baik suhu badan tak tinggi sgt & tak demam.


Orang terlalu ramai jadi tak mustahil setiap gambar ade je photo bombbb haha sabo je la :p


Gambar maa abah ni cantik sbb tak de pelancong asing dan orang asing kat belakang hahaha



Sedikit ulasan tentang sejarah Kota A Famosa.

Kota A Famosa telah di bina oleh Portugis sebaik saja berjaya menawan Melaka pada tahun 1511. A Famosa terletak di bandar hilir Melaka bersebelahan replika Istana Kesultanan Melaka dan Gereja St. Paul. Ia merupakan senibina Eropah tertua yang masih tinggal di Asia.


A Famosa was a Portuguese fortress located in Malacca, Malaysia. It is among the oldest surviving European architectural remains in south east Asia - Wikipedia
AddressJalan Parameswara, Bandar Hilir, 78000 Alor Gajah, Melaka, Malaysia
Year built1511
DemolishedAugust 10, 1807
In use1511–1807


Kenangan manis ...................... from melaka with luv

Till then, mekda.

Labels: , , 0 comments |
Reactions: 
mek da ©™

Dear diary, 

14/10/2017,
Kak mek ke melaka untuk makan! kohkohkoh. Kemain gumbiranya hati ko bila laki ko setuju nk g jjcm melaka bawa ma & abah. Last minute plan memang menjadi.. cayalah! Hikhik... eh eh padahal melaka dekat je ngan JB. Susah betul nak sampai sini kuikui nasib laa kak mek :P

Ok entry ni kak mek citer sikit2 je dulu eh pasal jln2 melaka ni. Ingat nk buat entry satu-satu untuk satu-satu tempat cewahhhhhh! Kami bertolak pagi sabtu jam 8.00 dan singgah breakfast di R&R Machap. Kak mek oder air teh tarik & hanya makan sandwich sardin serta kuih bakar saja ketika breakfast. Kami mkn ringan-ringan cuma abah kak mek je yg makan mee goreng.

Perjalanan hanya mengambil masa lebih kurang dua jam lebih. Kira-kira jam 10.40 pagi kami dah selamat sampai ke negeri Melaka! Alhamdulillah :)

Yg benonya kak mek dah listkan mana tempat nak pergi... harap-harap wishlist tercapai la ye hikhik. Siang malam kak mek google tau!! Gigih hokkeh... Dulu macam dah jejak sempadan negeri melaka ni cuma tak jalan-jalan je. Harap kali ni tercapai la yee... Siap bawa kitab travel lagi uollsss ... melaka je pun hahahah! Yang penting, waze sangat membantu.... huhu

Ok, mengikut kitab travel kak mek, tempat utama dan first kak mek akan tuju bila sampai melaka ialah kat area Bandar Hilir iaitu kawasan bersejarah tu haaa... ala yg ada A Famosa, bangunan merah bagai tu.. hikhik.. kak mek akan cerita kat entry lain hokkeh :)

  • Kota A Famosa
  • Beca Melaka
  • Muzium TLDM
  • Muzium Samudera
  • The Studthuys
  • Muzium Setem
  • Muzium Pengangkutan Melaka
  • Taman Bunga Merdeka


Dah penat pusing-pusing bangunan bersejarah, kak mek  mula mencari hotel. Untuk pengetahuan, kak mek hanya 'walk in' hotel je tau... jangan tiru macam kak mek ok haha. Kalo korang nk senang, korang book la awal-awal kat agoda, trivago bagai tuuu.. kohkoh.. sib baik ada bilik kosong weyy hotel yg kak mek dah aim tuuu... bila walk in gini harganya tinggi la sikit dari korang book awl2 kat internet tuuuu...  yg benonya kak mek mmg dah mencari apartment homestay dan tanya byk owner homestay kat area bandar hilir, malangnya bila last minute full booked lorrr ;( 

  • Hotel Euro Rich, Melaka


Dah selesai cek in, kak mek mula mencari restoran asam pedas. Kalo datang melaka tak merasa asam pedas memang tak jadi huhu. Bila dah kekenyangan masing-masing terus terbongkang kat bilik hotel........ rehat jap! 

  • Restoran Asam Pedas Zaiton, Melaka


Petangnya kami ke Pantai Klebang mencari coconut shake. Must visit kalo sampai melaka. Bila dah hampir senja kami gerak ke Masjid Selat Melaka.

  • Coconut Shake Pantai Klebang
  • Dataran 1Malaysia Klebang
  • Masjid Selat Melaka


Malamnya kami pusing-pusing sungai melaka naik cruise. Hajat nak ke Muara sungai duyung & jonker walk tak tercapai sbb dah kepenatan. Sian ma abah... hehe. Kami makan malam di area Melaka River Cruise saje....

  • Melaka River Cruise
  • Char Kuey Teow Sungai Melaka


Esoknya, kami bersarapan di Medan Samudera saje dan selepas itu kami mencari ole-ole untuk di bawa balik. 

  • Medan Samudera


Last check point, kuih keria antarabangsa & Laksa Limbongan.

  • Kuih Keria Antarabangsa Hj Jalil Limbongan
  • Laksa Penang Limbongan


Ok, kak mek akan review satu-satu hokkeh di next entry. 

Till then,
mekda
from Malacca with love  :)
Labels: , 1 comments |
Reactions: 
mek da ©™

Dear diary,

Hai....... kak mek ada ni, baru balik dari jjcm bandar melaka kahkahkah. Masih rindu lagi ni kat melaka sampai kan lemauuu xmo apdet blog kohkohkoh sangat poyo statement ini. By the way, 10 hari blog berhabuk alaaa.. baru 10 hari derrrrrrrrr.

Cendol House ni kat JB. Dekat gilllsss dengan rumah kak mek. Salah satu kedai cendol dan tempat mengeteh yg amat fofularrr di JB ni haaa...


Jumaat hari tu maa dan abah kak  mek baru sampai dari kelantan. Yesss!! maa datang lagi yuhuuu... bahagia rasanya bila maa abah ada di sisi!


Tak de g mana, petang tu kak mek ajak maa abah ngeteh kat area kg melayu je.. simpan tenaga sbb esknya nak ke Melaka! horeyyy :)

opSS!! entry melaka nextt yaa!


Macam-macam cendol ada kat sini.. boleh pilih.. rasanya not bad!


CENDOL HOUSE

Address41, Jalan Utama, Kampung Melayu Majidee, 81100 Johor Bahru, Johor, Malaysia
Hours
Open today · 12–7PM



Till then,
mekda.

Labels: 0 comments |
Reactions: