mek da ©™
petikan akhbar:
Calon mohon KPLI kini perlu ada ijazah pengkhususan

mula2 mek nk bg komen. ayooo...nampaknya semakin ketat lah wei. sadis tol. mmg tak akan tercapai jd cikgu nih. mcm mek, pengkhususan dlm bidang pentadbiran perniagaan. so, subjek nih xde kat sekolah rendah kan? jadi........arghhhhh...korang pikir la sendiri. subjek pengurusan perniagaan ade kat sekolah menengah jek. tp tak ditawarkan dlm KPLI. cuma DPLI jek ade tawar subjek bisnes nih. yg mek tau, DPLI dah stopkan pengambilan. korang pikir la sendiri...arghhhhhhhh...

baca petikan akhbar:
Syarat Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI) kini diperketatkan termasuk mewajibkan calon memiliki ijazah dalam subjek yang ingin diajar, kata Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Datuk Asiah Meor Sharuddin.

Beliau berkata syarat itu yang bertujuan menghasilkan tenaga pengajar berkualiti dan guru pakar telah dilaksana sejak pengambilan tahun lepas.

"Kalau dahulu kita tak tekankan pada bidang pengkhususan pelajar semasa mereka di universiti kerana bagi kita memadai sekiranya mereka ada ijazah pertama.

"Tetapi sekarang mereka perlu ada ijazah dalam sesuatu subjek yang ingin diajar.

"Contohnya kalau mereka ingin mengajar subjek Matematik, mereka perlu ada ijazah dalam subjek itu bagi membolehkan mereka diterima mengikuti kursus ini," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Minggu Pengurusan Pelajar Baru KPLI ambilan Januari 2010, di Institut Pendidikan Guru Malaysia, Kampus Ilmu Khas di sini, hari ini.

Mengenai jumlah pengambilan pelajar pada tahun ini, beliau berkata seramai 1,473 orang daripada 60,000 pemohon dipilih untuk mengikuti 17 bidang pengajian di 27 buah kampus institut pendidikan guru yang pendaftarannya bermula semalam.

"Kita mungkin akan membuat dua kali pengambilan iaitu pada Januari dan Julai seperti yang kita buat pada tahun lepas. Namun ia berdasarkan kepada keperluan, sekiranya terdapat pengurangan barulah kita akan buat pengambilan," katanya.

Beliau berkata pemilihan calon juga akan mengambil kira keperluan kawasan asal pemohon berkenaan bagi memastikan pemohon yang layak akan kembali bertugas di negeri masing-masing.

"Contohnya kalau ada keperluan di Sabah dan Sarawak, maka kita beri keutamaan pada calon tempatan kalau mereka penuhi syarat," katanya.

- BERNAMA

* kerja la ape2 pun, janji anak dapat makan. sob sob
Labels:
11 Responses
  1. Mag Says:

    frust kan.time kite la dieorang nak ketat kan..farah pon minat nak sambung kpli or dpli


  2. alahai.... sabor la mekda...
    zaman skang ni sume da makin pandai.. sebabtu la die ketatkan...


  3. betol tu mek.. janji halal.. cume kalo kita usaha untuk capai ape yang kita nak x salahkan~so jangan putus asa k~


  4. ..nOj.. Says:

    oh nk jd cekgu ke mekda ni. cian la kan. xpe la xyah jd cekgu pun still leh mendidik anak gak. keje jela ape2



  5. mek da ©™ Says:

    ita: tinggal la aku yg kureng pandai ni



  6. mek da ©™ Says:

    noj: cita2 sejak kecik tak kesampaian


  7. edane Says:

    hehhe..sambung belajar mek da..


  8. mek da ©™ Says:

    iNsya Allah MEK KAK (DLM TEKAK) EEEEE


  9. ladyBEErd Says:

    aku sudah tdk mengharap lg....huhuhu


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...