mek da ©™

Dear diary,

Hari ni nak share resepi-resepi jek :)

Resepi Sayur Lemak Bayam Dengan Ubi Keledek

Bahan-bahan:-

  • 1 ikat sayur bayam
  • 3 biji ubi keledek
  • 2 biji bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 1 inci lengkuas
  • sedikit lada hitam
  • segenggam ikan bilis
  • santan
  • garam
  • gula 
  • sedikit kelapa lebih kurang 1 sudu
*Ikan bilis boleh diganti dengan sedikit isi ikan rebus yang ditumbuk

Cara-caranya:-

Tumbuk bawang merah, bawang putih, lengkuas, lada hitam/ikan rebus, ikan bilis dan sedikit kelapa.
Ubi keledek dipotong kecil dan direbus berasingan & toskan. Letak sedikit garam semasa merebus. Kak mek lebih suka direbus berasingan. Terpulang pd you all, nak campur terus dalam santan pun boleh.

Campur bahan tumbuk bersama santan. Biarkan menggelegak. Campurkan sayur bayam, garam & gula. Dah masak barulah campurkan ubi yang direbus tadi. Kahkahkah.

Lagi sedap guna keledek oren dari keledek purple ni!!




Makan bersama siakap bakar cicah cencaluk... perghhhhh sampai gelebekkkk abis bibir gatal2 mkn cencaluk hahaha!


Till then, Mekda
IG: @mek_cda
#daridapurmekda



Labels: ,
Reactions: 
0 Responses
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...