mek da ©™

Dear diary,

Sejak mula belajar memasak dulu-dulu, kak mek still tak dpt buat tomyam sesedap kedai. Banyak dah resepi yg kak mek cuba still tak menjadi. Apekah secret recipenya?

Adekah rahsianya dtg dari perencah yg digunakan?

atau dari sos ikan?

atau mungkin dari daun ketumbar?

takpun lengkuas!

Bila digabungkan kesemuanya, alhamdulillah. 

............  rasanya kali ni ada macam kedai sikit hahahahhahahaha....perasan!!


Tomyam Udang Thai Syle

Bahan-bahan:-

Udang 
Perencah tomyam
2 ulas bawang putih - diketuk
1 biji bawang merah - potong bulat
1 biji bawang besar - potong bulat
2 inci lengkuas -diketuk
2 batang serai - diketuk
2 biji limau nipis
3 helai daun limau purut
daun ketumbar
cili padi - diketuk
sos ikan
sos tomato
sos cili
sos tiram
garam
gula
Air secukupnya
Sayur - carrot/bunga kobis/cendawan 
Buah tomato dipotong kecil2

Cara-cara:-

Kak mek buat tomyam style rebus je semua. Tak tumis. Perencah tu pun dah berminyak.
Dalam periuk, masukkan air, perencah tomyam, serai, daun limau purut, 
lengkuas, cili padi, bawang merah, bawang putih, bawang besar, sos ikan, sos tomato,
sos cili dan sos tiram. 
Perah limau nipis, masukkan sayur seperti carrot dan bunga kobis.
Perasakan dengan garam & gula.
Kemudian, baru masukkan udang. 
Udang masuk last-last sebab tak nak kasi dia kecutttt giturrr...koh2.. nanti tak cantik
Reneh hingga menggelegak. Udang tak leh masak lama-lama k.
Masukkan buah tomato.
Taburkan daun ketumbar.
Siap!



Till then,
Mekda.

Labels: ,
Reactions: 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...