mek da ©™

Dear diary, balik ke kampung hari tu kak mek sempat jugak la ronda-ronda di Pasar Besar Bandar Baru Tumpat ... pasar yang baru tuuu! Konon nak cari kuih tepung boko tapi tak de pulak ahh frusttt hakhak :P


Fakta tentang Pasar Besar Bandar Baru Tumpat 
Kredit to: FB Proaktof MK Resources


Bandar Baru Tumpat atau Uptown@Tumpat mempunyai kelebihan-kelebihan antaranya:

1. Projek usahasama dengan Majlis Daerah Tumpat dan dirasmikan oleh YB Datuk Menteri Besar Kelantan. Satu pengiktirafan tentang keupayaan pemaju dalam memacu ekonomi kawasan Tumpat untk menjadi zon pelancongan dan perdagangan perikanan antarabangsa.

2. Terletak hanya 300m dari interchage Lebuh Raya Pesisir Pantai yang menghubungkan Pengkalan Kubur terus ke Tok Bali dan setrusnya bersambung dengan Lebuh Raya Pantai Timur 2. Satu prasarana mega yang memangkinkan percambahan ekonomi yang sangat baik.

3. Pembangunan bersepadu yang meliputi 1 hypermarket (yang telah pun mempunyai super tenant iaitu Pantai Timur) seluas 80,000 kps bernilai RM 14.5 juta. Sebuah bazaar 2 tingkat (habis dijual), sebuah Stesen Bas, sebuah Pasar Awam (dimana pasar awam sekarang akan dipindahkan ke sini), sebuah surau dan sebanyak 129 unit Rumah Kedai 2 tingkat berharga dari RM 555k untuk dijual. Ada lagi kekosongan.

4. Berdasarkan laporan jualan dan pemasaran, pihak2 bank juga akan turut berpindah di sini. Ini menjadikan Uptown@Tumpat lebih menjadi tumpuan orang-ramai dan paras ekonomi akan melonjak jika terdapat bank dan pasar serta stesen bas di dalam satu bandar baru.



Nak cari kuih, last-last terjumpa Amerikaaaa... amir raja lawak ni hehe.. kitorang sama-sama tgh tunggu turn nak beli nasi berlauk atas pasar.......... ramai weh oranggg!  may be sbb time raya cina.. ramai rakyat melawat pasar baru huhu :)


sbb minat dengan lawak dia jadi kita snap la picture sekeping dua hakhak!!

Amir sempat lagi buat lawak time tuuu..kikiki

Till then, mekda.

Labels:
0 Responses
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...