mek da ©™

Dear diary,

Bercinta betul nak makan kari kambing 40 hari ni. Dah banyak kali lalu masih tak berjaya sebab tak pernah tak ramai orang. Full house! Tapi kali ni baru dapat makan, alhamdulillah.... niat nak bawa ma dan abah makan kat sini akhirnya sukses kihkihkih :P


Restoran ni terletak di tepi Highway PLUS berdekatan ayer hitam, Johor. So, kami yang dari JB ni kena exit tol ayer hitam lorrrr. Parking kat sini agak terhad tapi still boleh lagi la.. dengan syarat korang kena gigih parking jauh sikit. Jiwa pun kena kental kalo datang restoran ni lagi-lagi kalo korang datang time lunch hour antara jam 11-1 tengahari. Time ramai gilerrr  tuuu!!!


Kami yang sampai sini dalam jam 11 lebih hampir-hampir tewas di pertengahan jalan bila mengenangkan ramainya umat tengah beratur ahhahahhaha... dahsyatt yg amat!! Nyesal lak tak plan kuar pagi-pagi buta... kami bertolak dari JB jam 10 pagi. Memang niat nak ke Ayer Hitam sebab nak ke restoran ni laaa!! So tak kan nak give up kannnn... bau kari kambing pun dah tak leh tahannn.. harus gigih jugak. Nak cari tempat duduk pun berjam hoiii matilanakkk kahkah!


Sedap hoiiiii... kak mek yang tak berapa suka nasi arab/briyani ni pun dah jatuh hati pada kari kambing ni. Nasi nya lembut sangattttt... kari kambing tu sedap bagi pendapat kak mek la... korang punya tekak tak tahu la kannn!


Menu yg menjadi kebiasaan di sini:-

Set dulang nasi arab (RM48 sedulang free air sejug)
Set pinggan nasi arab (RM13 sepinggan)


Korang juga boleh campur lauk ayam ok jika tak suka makan kambing....


Dah makan baru kak mek tahu kenapa orang selalu ramai kat sini :) Korang carilah jawapan dia sendiri :P

Kalo tanya kak mek nak pergi lagi ke tak ke restoran ni tentulah jawapan kak mek:-

NAKKKK!!!

Masih tak puas... yum yum

Nasi dia mmg masak dgn ikhlas....

Penggemar nasi arab/briyani kalo tak datang sini memang rugi ahaksss! 

Dibuka jam 7.30 pagi hingga 3.30 petang.

Disyorkan korang datang sini sebelum jam 10 pagi kalo ada niat nk lunch sini.


Restoran Kari Kambing 40 Hari

AddressAir Hitam- 86100 Yong PengJohor, Jalan Besar, 83700 Yong Peng, Johor
Hours
Closed ⋅ Opens 7:30AM Thu



Video nasi arab kari kambing power!!

Restoran Kari Kambing 40 hari... tempat makan best Ayer Hitam/Batu Pahat Johor :)

Till then,
Mekda
Labels: ,
Reactions: 
0 Responses
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...