mek da ©™

Dear diary,

Dah tua-tua suka makan apam balik pulak yer hihi. Jom buat sendiri di rumah.

Resepi Apam Balik Homemade:-



2 cawan tepung gandum
1 1/2 cawan air
1/3 cawan gula
1 sudu besar susu pekat
1 biji telur
1 sudu teh baking power
1 sudu teh yis mauripan
2 sudu besar minyak masak
secubit garam

Bahan tabur:

Kacang tanah yang dikisar
Gula
1 tin jagung manis cream
Mentega


Cara-caranya:-

  • Blend telur dan gula hingga kembang.
  • Masukkan baking powder, yis, minyak masak dan garam, blend lagi.
  • Masukkan air dan tepung.
  • Apabila bancuhan sudah sebati, rehatkan 1-2 jam.
  • Gunakan kuali non stick. Tak perlu letak minyak.
  • Sukat adunan dengan senduk.



Masukkan bahan-bahan tabur kacang dan gula.


Masukkan jagung. Biar sehingga masak kemudian lipat. Sapu sedikit marjerin pada permukaan apam setelah masak.


Jika inginkan apam balik krispy, guna sikit je adunan tepung dan oleskan bagi nipis.


Yum yum.. kopi mana kopi :P


Till then, @mek_cda




Labels: ,
Reactions: 
0 Responses
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...