mek da ©™

Dear diary,

Entahlah.... tak tahu nak mula dari mana. Sejak PKP, nih la first time Kak Mek kembali log in blogger. Agak bersarang ye hehe.

Terlalu banyak yang ingin dikongsikan di sini, pelbagai kisah pahit manis sepanjang menjalani hidup berikutan rantaian Pandemik Covid 19  bermula dengan Fasa 1 hingga lah sekarang kita masih dalam PKP memasuki Fasa Pemulihan.

Benda ni berlaku secara tiba-tiba je, rasa macam mimpi pulak. Tak pernah-pernah kena berkurung 24 jam dalam rumah, norma baru katanya.

Sepanjang PKP hingga PKPB, Kak Mek terkandas kat kampung halaman. Kiranya ber PKP bersama ma & abah di kampung la ni. Banyak kenangan tercipta... banyak hikmah di sebalik semua ini. 

Di catatan lain Kak Mek akan kongsikan gambar-gambar kenangan semasa PKP... emm rasanya banyak gambar makanan je kot hihihi. Apa tak nya, setiap hari ada saja menu yang akan disajikan. Menu PKP katanya. Masing-masing feeling nak jadi chef hahaha.


Kak Mek copy tarikh-tarikh ini sebagai kenangan di masa hadapan.
  • Fasa 1: 18 Mac – 31 Mac 2020 (PKP)
  • Fasa 2: 01 April – 14 Apr 2020 (PKP)
  • Fasa 3: 15 April – 28 Apr 2020 (PKP)
  • Fasa 4: 29 April – 12 Mei 2020 (PKP)
  • Fasa 5: 13 Mei – 09 Jun 2020 (PKPB)
  • Fasa 6: 10 Jun – 31 Ogos 2020 (PKPP)
*(PKP) – Perintah Kawalan Pergerakan
*(PKPB) – Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat
*(PKPD) – Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan
*(PKPP) – Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan
Sampai berjumpa lagi... daaaa

P/S: Agak lain cara Kak Mek bersiaran kali ni haha. 
Nampak tak mcm skema sikit  :P

Till then,
@mek_cda
Labels: ,
0 Responses
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...