mek da ©™

Dear diary,

Ya, inilah homestay dan transport yang kami telah booking. Lebih kurang RM 1000 untuk 4 hari 3 malam berserta dengan  'Urvan Van'.  Van ni boleh muat sampai 12 orang. 14 pun muat lagi kihkih. Selesa sangat!


Homestay yang kami pilih ni terletak di Taman Helang Perdana tak jauh dari Pekan Kuah. Bukan kami tak nak pilih homestay yang ada pool bagai.......... dah banyak tanya benonya. Apartment yang ada kolam bagai............ harga lebih kurang je. 

Bila difikir balik tak perlu kot yg ada pool ni, sebab niat kami ke sini nak jalan-jalan bukan nak terperap kat apartment hihi. Lagi satu, takut sebab anak-anak tak fokus gara-gara nampak kolam mandi. Konfem nak balik bilik je sebab nak main air hahahhahahahha!! Kejam :P


Korang baca sendiri apa yg bestnya homestay ni.



Bilik ada 4, sangat selesa untuk kami anak-beranak. Satu keluarga satu bilik hihi.

Berminat? 

Boleh call brader ni untuk book. Tak berkira sangat brader ni, masa hantar van baru amik duit. Masa nak book je bank in RM100.



Ke mana kita esok? Bersambung.............................

Till then, mek da.



Labels:
Reactions: 
0 Responses
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...