mek da ©™

Dear diary... hai semua. Ini kejadian last week, boring2 moh la kite buat aiskrim. Dah banyak kali jugak dok buat aiskrim ni mcm2 perisa. Kali ni baru terasa nak share and post kat blog. kehkeh. Resepi sama jek mcm korang jugak. Resepi google hahaha!


Aiskrim vanila pinky2 ala mek da, Bahan-bahannya ialah:-

Susu cair/susu full cream
Susu pekat
Telur 1 biji
Ovalett
Pewarna/Hiasan ikut suka


1. Blend susu cair, susu pekat, telur & satu sudu besar ovalett. 


2. Bahagikan kepada 2 warna. Terpulang pada uols. 


3. Sebenarnya plan nak buat corak marble selang seli pink hijau. Tak menjadi pulak hahahaa... so jadilah mcm ini. Ngeeee. Ready untuk disimpan dalam peti ais.



4. Yummeh. Dah beberapa jam dlm peti ais.. skang dah boleh makan. Cuba lah!!

*Kadang-kadang mek letak coklat cip dlm tu. Kasi crunchy2 sikit.

Huhu.
Labels: , 0 comments |
mek da ©™

Dear diary, Tiramisu Kastard. Simple tapi sedap. Senang je nak buat ni. Jom cuba:-


Bahan-bahan:

  • Biskut Marie Perisa Kopi/coklat/original ( Mek guna perisa kopi)
  • 1 tin Susu Cair
  • 1/2 tin Susu Pekat
  • 1 Cawan air
  • 4 sudu Tepung Kastard
  • 1 penutup kecil Esen Vanilla (tak letak pun tak pe)
  • Serbuk milo/nescafe


Cara-cara:
  1. Campurkan semua bahan kecuali biskut & serbuk milo. Gaul  di atas api yang kecil sehingga pekat. Biarkan sejuk seketika. 
  2. Susun biskut marie dalam dulang.
  3. Tuangkan adunan kastard yang dimasak tadi ke atas biskut marie yang disusun sehingga menutupi.
  4. Taburkan serbuk milo/nescafe
  5. Ulang step 2,3,4 sehingga habis adunan kastard tadi.
  6. Simpan dalam peti sejuk 2-3 jam.
Dah siap... !! Hikhik. Senang kan.

Labels: , 0 comments |
mek da ©™

Dear diary, Puding Roti Sos Kastard... my all time favourite. Ini bukan pertama kali buat, dah banyak kali sebenarnya. Hihihi... Jom semak resepi:-


Bahan-bahan Puding Roti:-

  • 8 keping roti
  • 1 tin susu cair*
  • 4 sudu besar gula kastor*
  • 2 sudu besar butter yang dicairkan
  • 2 biji telur*
  • 1 sudu teh esen vanila*
  • 1 sudu besar tepung jagung*
  • 2 sudu besar kismis


Bahan-bahan sos kastard:-

  • 1 tin susu cair
  • 2 sudu besar tepung kastard
  • 2 sudu besar gula kastor


Cara-caranya:-


Koyakkan roti dan susun dalam loyang yang telah digris dengan sedikit butter.

Gaul rata/blend bahan bertanda * dan tuang ke atas roti yang disusun tadi.

Biarkan sebentar agar roti terendam sepenuhnya.



Taburkan kismis di atas adunan.

Masukkan butter yang telah dicairkan.

Bakar/kukus selama 30 minit atau sehingga masak.



Cara membuat sos kastard:-

Campurkan semua bahan (susu cair, tepung kastard & gula kastor) dan didihkan dengan api perlahan. 

Bila bahan-bahan tu dah sebati atau kelihatan sedikit pekat, anda boleh tutup api. Dah siap!



Siram kasi meleleh... emmm sedapnya.. 


Dimakan bersama sos coklat pun sedap jugak. Anak-anak pasti sukakannya! Cubalah..

Labels: , 0 comments |
mek da ©™


Dear diary, rasanya semua orang suka makan kek coklat kukus nih kan... dan semua tahu buat kek ni kan hehehe... sangat mudah, kukus je. All time favourite nih.. tak luput ditelan zaman kek nih kakaka!! 

Actually dah lama tak buat... rasanya last buat kek ni pada tahun 2011. hamboiii kemain lama oi. kikiki... rajin bebenor gamoknyerrr yerr..

Semenjak dua menjak nih asyik tengok orang duk share resepi nih jek kat fb. Maka craving punya pasal, sempena cuti2 kemenangan Piala AFC aritu terhasillah kek coklat kukus versi mek da. Meh sini nak tepek resepi. 

Bahan A:-

1 cawan gula halus
1 cawan serbuk koko
1 cawan susu cair
1/2 cawan susu pekat
1 cawan minyak masak


Bahan B:-

1/4 cawan tepung gandum
1 sudu kecil soda bikarbonat
1 sudu kecil baking powder


Bahan C:-

4 biji telur (Diblend hingga kembang)
1 sudu kecil esen vanila 

Cara-caranya:-




Semua bahan A disatukan dalam periuk. Masak dengan api kecil sambil sentiasa kacau. Bila mendidih, tutup api. Tunggu hingga sejuk sedikit.






Masukkan bahan B & C secara berselang-seli. Kacau rata.


Masukkan dalam bekas acuan/loyang (mek menggunakan loyang empat segi size 8' ).

Pastikan air kukusan dah mendidih barulah adunan dikukus dalam anggaran 45 minit. Disebabkan adunan agak tebal, dah dekat 2 jam barulah masak kikiki...



Pastikan penutup pengukus ditutup dengan kain agar wap air tidak menitik. Mek menggunakan kertas aluminium foil untuk menutup loyang kek.


Sementara menunggu kek masak, moh la kiter menyediakan topping pulak.

Bahan topping:-

300 gm coklat masakan
1 sudu besar susu pekat
1/2 cawan susu cair 
2 sudu besar butter




Panaskan dengan kaedah double boiler.






 Siram kasi meleleh.. taraaaaa.. siap!!









Labels: , 0 comments |
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...