mek da ©™


Dear diary,

Kenangan manis 6 Disember 2019, cuti-cuti Port Dickson je. Kami menginap di Hotel Lexis Port Dickson.

Pada asalnya kak mek memilih hotel yang ada water park. Biasa la... mak mak ni pikir untuk anak je la kan... kalo yg ada waterpark lagi puas diorang main pool hehe.

Namun demikian, encik suami bagi cadangan, apa kata cari hotel yang boleh layan memancing cehhhh haha. Ok la.. nak puaskan hati encik driver maka kita pilih hotel yang boleh layan memancing ye bang kekekekek... emmm secara jujurnya hotel ni sebenarnya dah lama masuk dalam wishlist kak mek haha. Kesian kan........... baru berkesempatan menginap di sini hee.




Ok, pada yang keliru... (sbb memula kak mek keliru jugak haha) kat PD ni ada 3 hotel under Lexis. 

Hotel Lexis
Hotel Grand Lexis
Hotel Lexis Hibiscus


Hotel penginapan kami ialah Hotel Lexis. BUKAN yang grand yang ada pool dalam bilik tu. Hikss

Hotel Lexis dan Grand Lexis hanya bersebelahan je......... cuma Lexis Hibiscus je berlainan lokasi.


Kami book bilik deluxe water chalet.  Nak sangat memancing kan... kita stay je la kat bilik terapung atas air. Nak pegi Maldives hanya dalam mimpi je kan hahhahaha


Hotel ni banyak kemudahan. Staf-staf pun sangat mesra alam. Korang boleh guna buggy car ni untuk ulang alik ke bilik. Kalo nak layan view yang cantik boleh je jalan-jalan amik angin. Nasib la kalo dapat bilik yang jauh ke tengah laut hahahaaa. 


Check in jam 3. 



Bila korang dah bukak pintu bilik, first korang akan nampak benda ni. Abaikan kaki hakakkk haha.


1 king bed & 1 sofa bed


masuk-masuk je nampak tandas dulu kekkekee


Bersih, alhamdulillah


Harga dalam 400 - 500  lebih per night (Kena rajin tengok Agoda ke trivago ke hapee... ade time lagi murah)

Nanti kak mek citer mcm mana kak mek boleh dapat dengan harga RM320 je per night hehe. Next entry yeee



TV Peti wajib la adeee ee



Nih yang laki kak mek nakk... memancing dari balkoni hahahaa.. hamekkk



Ada kemudahan Gym centre


Ada movie room


Letss gooo............


                                        Maa....... harap ma suka bilik ni jugak hehe


Suasana malam.....


 Rindu.................


Lexis Port Dickson
AddressBatu 2, Jalan Seremban, 71000 Port Dickson, Negeri Sembilan
Hours
Open today · Open 24 hours
Phone06-653 2000




Bersambung lagi citer pasal Lexis ni........... heee

Till then, 

@mek_cda
Labels: ,
0 Responses
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...