mek da ©™


Dear diary, 

Pertama kali dalam hidup mek da mendonut hahaha!! Tau-tau aje lah mek da ni mana reti sangat bab-bab menguli kuih tradisional nih. Kuih moden apatah lagi. Kelaut semuanya hihi. Semenjak dua menjak ni ramai pulak orang duk post kuih keria lah, donut lah kat fb. Mana tahan duk tengok je.. mulalah gatal nk try test cuba buat kakaka...jadi tak jadi suku kira, janji dapat buat. 

Donut ni kegemaran anak-anak sebenarnya. Tak rugi kalo cuba buat, diorang suka makan! Maka dengan itu marilah kita semak resepi donut simple air tangan mek da nih ecehcehcehhhh...berkobar-kobar nak buat nihhh...tidur pun tak lena (tipu je).


Bahan-bahan:-

Bahan A:-

1) Secawan air suam
2) 2 sudu besar susu pekat manis
3) 2 sudu besar gula pasir
4) 1 paket yis kering, mek guna brand mauripan

Bahan B:-

1) 1/2 kilo atau 4 cawan tepung gandum
2) 2 sudu teh baking powder
3) 2 sudu besar marjerin
4) 1 sudu teh garam halus

* Gula kastor/aising untuk ditabur pada donut

Cara-caranya:-


Bahan A disatukan, biarkan hingga kembang.


Bahan B disatukan. Ramaskan hingga menjadi seperti serbuk roti.


Then, campurkan bahan A dan bahan B. Gaul rata.


Biarkan selama 1 jam. Pastikan bekas ditutup ye. Adunan akan mengembang dan menggebu selepas itu kakaka...


Selepas 1 jam tumbuk-tumbuk doh tadi untuk keluarkan angin. Kemudian ambil sedikit untuk dicanai dan diterap. 


Tabur sedikit tepung gandum kat tangan kalo tak mau doh tu melekat-lekat kat tangan uolss.


Terap jangan tak terap hehe. Tak cantik sangat bentuk donut mek ni.. tak pe first time kan. Ahakss..


Untuk donut yang lebih gebu biarkan selama 30 minit baru la goreng. Tapi mek da dah tak sabar-sabar nampaknya.. tak sampai 10 minit dah panaskan minyak hahaha...


Second time kena tunggu lama sikit kasi donut yang dah diterap ni kembang sedikit.


Dah ready untuk digoreng... lupa pulak nak snap picture tengah goreng kahkahakah.



Taaaraaa... dah masak pun. Nampak sedap ke tak wei? 


Kih kih kih.. goreng jangan lama-lama sangat tau nanti makan donut hitam lak. Biarkan kuning sedikit je. Tapi mek suka donut yang sedikit garing... cicah dengan kopi O meletop bebbbb ehekkk.. bila dah masak tu bolehlah digaul-gaul dengan gula kastor/aising. Dapnyaa... kalo suka sos coklat boleh simbah sos coklat..terpulang kat tekak korang heeeee...


Penggemar donut di luar sana, tolong jangan jilat skrin pc/handphone/laptop/tab anda hokkey kahkahkah..poyo jekk kan. Excited say pertama kali buat donut. Nih gara-gara duk follow drama Mr Donut Karamel la niiii... asyik tengok donut je.. terliur pulak mek tengok sheila rusly buat donut....emmm


Rasailah kenikmatannya hahaha!!!! gebu di dalam rangup diluar cehhhhhhhh


Donut versi bulat-bulat........ lagi senang nak telan. Lepas sebiji sebiji masuk mulut kuikuikui


Terima kasih encik doughnut cutter harga RM2 kerana merealisasikan impianku untuk mendonut hahahaaa.. next time nak buat donut bentuk bunga la pulak ngeee...


Selamat mencuba!!


Till then................... mek da.


P/s: Mok ra dan mok na jangan tenung lama-lama, buat jangan tak buat hahahaha wekkk! ✌✌

Labels: ,
1 Response
  1. Unknown Says:

    hahahaaa.....kena tenung lama dulu br lehhh uat....tq f resepi


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...