mek da ©™

Bahan- bahan Cekodok Sosej:-


  • Tepung gandum - 3 atau 4 cawan 
  • Telur 1 biji
  • Sosej - 5 batang
  • Air - 1/2 cawan
  • Planta
  • Garam - secubit
  • Daun sup - Potong halus




  • Gaul kesemua bahan dan goreng. Inilah hasilnya. Taraaaa...anak-anak suka! Cekodok sosej
    Labels: 0 comments |
    mek da ©™
    Dear diary, dah lama nak review pasal ni. Baru menjadi huhuhu... alkisah sejak join group #JBFOODDELIVERY, #JBHOMEFOODDELIVERY kat fb ni, nafsu makan mek menjadi-jadi. Hahaha.. ade je nak oder. Senang, just wassap pastu orang hantarkan makanan sampai ke pintu rumah. Waaaa keeelass gitu ko. hehe...  nampak sangat makin malas nak kuar ek hehe... kalo kat opis dah bosan makan area opis, eloklah oder food delivery ni huhu. Ok meh tengok beberapa menu yang pernah mek oder dari seller food delivery. Harga sangat berpatutan cuma kena bayar lebih sikit untuk caj penghantaran tu la....  ikut jarak, ade yg amik RM1 je pun caj hantar. Ok la..


    Hokkaido cupcake oder dari Liesyalicious. Sedap giler!


    Roti jala + kuah kari ayam


    Ayam organik, hantar ke pintu rumah



    Lunch box, nasi ayam hainan & bubur ayam


    Selera pantai timur, nasi kerabu, nasi dagang, laksam & pulut bakar



    Lunch set


    Tiramisu by Kyla Sweetcandy


    Lasagna beef & lasagna chicken by Kyla Sweetcandy



    kelapa warisan abah #kelapawarisanabah
    terbaik dari ladang!!


    Mangga Asam Boi


    Ok untuk uolss di sekitar JB boleh lah like pages FB seperti di bawah bagi memudahkan mendapat maklumat berkenaan menu food delivery yang ditawarkan sekitar Johor Bahru & Pasir Gudang. Mungkin boleh membantu uolss :-

    1. Delivery FoodFiesta JB
    2.Pesta Food Jb Delivery
    3.JB Home Food Delivery & Self Pick up
    4.JB FoodPorn Delivery
    5.JB Home Food Delivery
    6.JB Dilevery Makanan Ke Rumah
    7. Kumpulan online/delivery food jb
    8.JB Food Delivery


    Food delivery ni sekali cuba mmg gian... mesti nak lagi hahahaaaaaa... so jangan tak cuba kakaka!


    mek da ©™

    Dear diary, ANGAH D&C BISTRO taman suria JB. Menu western yang tak kurang hebatnya. hehe... sedap dan harga sangat berpatutan.


    Grilled chicken chop ni hanya RM8.


    Alhamdulilah...


    Yang ni paling win, single Meatball RM6, sedap :)
    Labels: 0 comments |
    mek da ©™

    Dear diary, kopi yang telah viral kat alam maya semenjak dua menjak nih. COFFEE NGENCESS nama diberi. haha! Baru semalam terpanggil nak mencuba. 



    Paling dekat dengan lokasi kami ialah Coffee Ngencess Mydin BBU, Jb
    Senang je nak cari gerai nih. Berhadapan pintu masuk pasaraya Mydin tu je...


    Grab dua menu, hazelnut coffee & coklat vanilla oreo
    Price: RM8



    Dah dapat sorang satu.... 


    Slurpppp..


    Labels: 0 comments |
    mek da ©™

    Dear diary... Kek Butter Moist. Favourite tapi tak reti sangat nak buat. Percubaan pertama nampaknya tak berjaya sangat hehehe... tak pe yang penting mencuba. 


    Resepi:-

    250 gm butter
    250 gm tepung naik sendiri
    1/2 cawan gula kastor
    1/2 cawan susu cair/segar
    4 biji telor


    Cara-caranya:-

    1. Pukul butter dan gula hingga kembang.
    2. Telor dimasukkan sebiji demi sebiji diselang-seli dengan tepung.
    3. Masukkan susu segar. Pukul sehingga sebati.
    4. Masukkan ke dalam loyang yang telah disapu sedikit mentega pada permukaan loyang.
    5. Bakar selama 40 minit



    Bolehlah... cubaan hihi.... yg penting moist tapi sayang tidak gebu huwaaa!!
    Labels: 0 comments |
    mek da ©™

    Dear diary, sambungan cerita ke Legoland. Hahaha.. tak abis-abis lagi woi nk story mori pasal jln2 ke Legoland nih kikiki.


    Kami pergi water park je pun. Budak-budak ni memang hantu air. eakkk!


    Bukan setakat budak-budak, mak budak lagi over sebenarnya hehehe. Bergambar kat pintu gerbang masuk tak abis-abis!!



    Kami banyak habiskan masa main-main air kat tempat budak2... biasalah kena pantau diorang ni main-main. Si Haikal ni kadang menghilang entah ke mana. 


    Si Zara memula xnak main sangat, tapi bila dah nampak lego-lego banyak tuuu dia dah mula excited. 


    Ok gemuk, iskk



    Sambil mandi sambil main lego. Tang ni yang best bagi budak. 




    Si Zara tukang kutip lego.











    Kat area ni sangat-sangat panas. huuuu




    Kami beli makan dengan baucer makanan yang diberi masa beli tiket. Ok la rasa tak la lapar sangat time tu sebab dah tibai nasi lemak sebelum masuk legoland.


    Satu set chicken wrap ni RM15. huhu.


    Okay dah nak balik. Next, Legoland Theme Park. 

    Enjoy!!


    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...