mek da ©™

Dear diary,

Kak mek ke PD untuk makan hehehe....... JJCM PD katanya............ 

Dah penat pusing2 PD dan jalan-jalan tepi pantai, kami singgah lunch di salah satu kedai makan viral di sini iaitu PD Famous Cendol Coconut shake power. Katanya famous kat sini... plan asal nak lunch di Restoran Nasi Kukus Cowboy (Ayam Panggang) tapi tekak ni rasa nak makan cendol & coconut shake pulekkkk.

........... jom kita cuba :P


Terdapat pelbagai pilihan makanan di sini... kedai berkonsepkan 'food court' dan layan diri.


Selain menjual aneka cendol dan coconut shake yang power, you all boleh mencuba pelbagai menu antaranya ikan bakar, sotong bakar, kambing bakar, nasi kambing blackpepper, pisang goreng, mee bandung, laksa, nasi ayam dan macam-macam lagi lah


Kak mek tertarik pada satu kedai ni sbb ia menyajikan menu signature nogori sembilan iaitu masak lomak cili api daging salai. Selain tu, set masak lomak ikan keli pun ada.

Set asam podeh pon hadoo you all...


Pergi nogori harus la cari yang podaih podaih ye dakk hiksss


Order cendol dulu naaa..



wow memikat........ rasa lemak-lemak santan tu mabelosss


Haikal dan zara order nasi ayam... budak-budak biasa la hehe


Kami  try set masak lemak daging salai ni... kaw you all masak lomakkk dia. Sedap, alhamdulillah.



Boleh lupa nak amik ulam-ulaman.. ulam free je kalo x silap tapi awas! dilarang membazir hehe


sejukkan tekak....... coconut shake


mangga float dan mango shake pun hadooo ok


MEM besar nak makan daging salai hehe


So tekak pun dah sejuk...... perut dah kenyang, meh kita sambung jalan-jalan lagi hiksss... jangan lupa singgah sini... area Pantai Teluk Kemang je you all !


PD Famous Cendol Coconut
AddressKampung Teluk Kemang, 71050 Port Dickson, Negeri Sembilan
Hours
Open ⋅ Closes 7PM



Recommended by mek*****

Till then, @mek_cda

Labels: ,
0 Responses
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...