mek da ©™

Dear diary... sambungan daripada cerita banjir itu ari. Ye.. mek jadi blk kg pada 24 disember yang lalu biarpun pada masa tu bah kuning tengah melanda.....mek tekad untuk balik jugak.. melalui saat getir... x pernah merasai banjir yang sebegini teruk.. Ya Allah.. begitu payah dugaan ini tapi alhamdulillah selamat sampai ke kg walaupun masa nak bertolak tu pemandu bas ada bagitahu sekiranya tidak jadi mengikuti trip malam itu.. kitorang still masih sempat batalkan.. tp nekad.. nak balik jugak.. sepanjang perjalanan alhamdulillah lancar.. tak sangkut kat mana2 kawasan banjir. Bila dah sampai kota bharu... Ya Tuhan masa tu paras air semakin tinggi. Orang ramai dah mula berpindah. Rumah family mek yang sebelum ini tak pernah air banjir masuk sampai ke bahagian dapur tapi kali ini mmg betul2 tak dijangka. Paras air mmg luar biasa... tak sangka balik kampung kali ni terperangkap.dalam banjir... 8 malam jugak kat kampung...2x tukar tarikh tiket ke JB..
Sepanjang banjir ni.. banyak mengajar erti kesusahan...mungkin dah lama rasa selesa.. sekali sekala Tuhan nak uji... ini lah pengalaman pertama buat haikal dan zara. Hari pertama dan kedua banjir ok lagi.. nak makan abiskan stok2 lauk dari fridge.. lps tu mmg catu makan la.. nk kuar pun susah... kitorang tak berpindah.. mujurlah selamat semuanya.. dengan adik mek berada dalam pantang.. huu.. dugaan... yg paling menyedihkan bila tak cukup air putih... terpaksa catu untuk buat susu si kecik zara ni.. haiihh... baru terasa bergunanya air pada waktu ni... selama seminggu hidup dalam ketiadaan elektrik... lilin pun susah nak dapat....yaAllah ini semua ujian dan bingkisan rindu dariMu.. tapi kami still happy sebab secara tak langsung kami dapat berkumpul beramai-ramai walaupun dalam keadaan macam ni. Mungkin kawasan tempat tinggal family mek masih beruntung jika dibandingkan dengan Kuala Krai.. manek urai menangis... yaAllah.. :( apapun... semua adik beradik balik sekaligus meringankan sikit beban ma dan abah.. sepanjang seminggu itu juga tak online... henpon takde bateri... line problem.. tak tahu cerita dunia luar.. bila tibanya new year 2015 barulah dapat sinar baru.. air dah surut.. elektrik dan air dah ada.. mcm mimpi pun ade.. hihihi.. kenangan banjir 2014.. abadi dalam ingatan..

Labels: 0 comments |
mek da ©™

Dear diary.. 11 Januari 2015 tarikh keramat.. cewahh keramat tu...hahaha... haikal mula menjejakkan kaki ke sekolah kebangsaan mohd khir johari johor bahru. Wahhh dah darjah 1 anak mama ye... alhamdulillah, walaupun muka agak kelat pada hari pertama.. haikal tetap bersemangat untuk ke sekolah. Muka macam risau pun ade hihihi.. maklum la sekolah baru.. sekolah pun lagi besar dari tadika.. cikgu pun lagi ramai.. budak2 lagi la ramai.. semuanya persekitaran baru. Haikal bersekolah pada seisi petang.. kol 12 dah kena siap2 sbb12.30 dah nak kena ada kat sekolah. Pada hari pertama mek sengaja nak tengok pandai tak dia membeli di kantin.... sudahnya beratur dekat setengah jam...makanan kat depan dah abis.. huk alosss... duit kat tangan pun ilang seringgit xtau mana pegi.. anak oh anak.. x berapa mahir lagi nak membeli di kantin..xpe at least belajar.. so sampai hari ni mek still bekalkan dia dengan nugget/roti/ayam goreng/sosej.  Kdg2 dia ade beli air sendiri tapi nak kena pantau jgk.. emmm.. xpe la baru permulaan kan..  ke toilet pun dia dah tahu pergi sendiri... dia bgtau, cikgu tak kasi pergi ramai2 hehe.. Alhamdulillah jgk setakat ni dia tak buat hal untuk kesekolah... balik je umah terus tunjukkan homework yang diberi.. harap2 berterusan lah... Insya Allah.. semoga tuhan terangkan hati anak ini untuk mempelajari ilmu yang diberi.. aamin... semoga berjaya dalam hidup sayangku.. :)

Labels: , 0 comments |
mek da ©™

Dear diary....sejak mek dilahirkan di muka bumi ni...ni lah banjir paling teruk berlaku. Penghujung 2014 meninggalkan kesan paling dalam dalam hidup seluruh rakyat pantai timur khususnya negeri kelantan. Oh kuala krai, daerah yg paling teruk terjejas. Dugaan dan khabaran rindu dari Yang Maha Esa ini kami hadapi dengan tabah.. Insya Allah.. Gambar yg mek post kan kat sini adalah antara gambar yg menjadi viral dilaman sosial ketika kota bharu mula dinaiki air... terima kasih kpd tuan punya gambar ni ye.. kredit to uolss.. sangat sayang nk remove gambar ni dari henpon..so mek abadikan kat sini...... masa dapat gambar2 ni... mek tgh dlm dua nak blk kg ke tak... masa tu 24 disember... plan nak bertolak 24hb sebelah malam... balik by bus..tiket bas dah beli.. nak cancell sayang plak...... teringat plak nak jenguk anak sedara pertama yg baru lahir.... masa tu lak air banjir tengah naik.... kwn2 semua dah nasihatkan supaya batalkan dulu trip nk blk kg ni.. abah pun sama nasihatkan mek supaya batalkan dulu.. tp hati dah kat kg.. mcm mn? Emmmm ikuti kisah seterusnya... jadi ke tak blk kg ketika bah kuning melanda negeriku... heee

Labels: 0 comments |
mek da ©™

Dear diary, alhamdulillah walaupun dlm ketiadaan bekalan elektrik dan air ketika kelantan dilanda banjir minggu lepas, dapat jugak celebrate secara simple birthday mek zara
Syukur alhamdulillah masih diberi kesempatan oleh NYA. Celebrate pun dh lambat.. patut 30.12 tp potong kek newyear 2 januari... happy birthday sayang wan adelia izara.. :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...