mek da ©™
Dear diary,

Hari ni kak mek nak share resepi kari udang kak mek dengan menggunakan rempah kari dari kelantan. Ada banyak rempah-rempah / awah darat yang famous dari kelantan antaranya rempah cap orang terbang, rempah selising, rempah cap 'orang masak' dan yang kak mek gunakan ni cap kg.langgar. Balik kg next week nak top up stok rempah-rempah ni.



Bahan-bahan:-

Udang 10-15 ekor
Rempah kari cap kg.langgar
2 biji Bawang merah (Kisar)
3 ulas Bawang putih (Kisar)
2 cm halia (kisar)
Sedikit cili kisar (jika suka)
Daun kari
Santan 
Gula Melaka
Gula
Garam
Air asam jawa
Lada Hijau untuk hiasan (lagi elok jika ada lada solok)


Cara-caranya:-

1) Tumis bahan kisar bersama daun kari & rempah kari. Tumis hingga garing dan naik minyak.
2) Masukkan santan, gula melaka, gula & garam. Tambah sedikit air jika terlalu pekat.
3) Masukkan air asam jawa dan lada hijau
4) Kak mek masukkan udang part paling last sebab tak nak kasi udang tu kecut kehkeh.... dah masuk 
    udang tunggu masak sekejap je dah boleh tutup api... siap!


Kari udang kelantan nak kena ada rasa manis-manis sikit... manis tu tak tinggal oh kelantan ku kahkah

Till then, mekda.

Labels: 0 comments |
mek da ©™

Dear diary, 
Eanna Delights


Nice cafe at Larkin Perdana, Johor.




While waiting for foods, poyo time hakhak




Good food is all the sweeter when share with good friends.
Till then, mekda.

Labels: 0 comments |
mek da ©™

Dear diary,
Buat ape tu? meh la adik kakok jenguk2 dapur merah jambu kak mek nih kuikui. Ade ni haa tengah bz menggentel cucur manis kembung viral gitueww kohkoh!


Kali ketiga buat cucur manis ni.... 


assistant in crime wakaka!!


lps tu kak mek buat spaghetti cili padi pulak.. moh ler makan


Tengah giat mengumpul barang dapur wane pink nihhh.. semoga misi kak mek berjaya haha!!

Till then, mekda.

Labels: 0 comments |
mek da ©™


Dear diary,

Yeahhh handbag aritu dah dapat kawan dah hikhik.... kak mek suka ! Handbag beli kat JPO tapi purse beli kat Rantau Panjang hahahaha!!! Gred AA pun jadilah ye dok... kahkahkah


Wishlist:- Handbag colour hitam
                            Handbag colour pink belacan

Till then, mekda.

Labels: , 0 comments |
mek da ©™

Dear diary,
Makan dan makan... kak mek ooo kak mek :)


Masak sayur favourite, peria goreng telur




Ayam kicap dan brokoli goreng


cik abam goreng kueh teow dan buat stok lada jeruk


encik boss kasi bubur lemak manis


sesekali ngidam cheezy wedges


air durian belanda


roti jala delivery by my bff


cuba untuk kurangkan ais..cewahhh haha... limau panas


kat rumah tak de keropok ikan jadi kite makan keropok kat kedai hahhaha


bihun celup




burger ramly paling best!


siakap sweet sour & kerabu sotong


durian crepe

Till then, mekda.

mek da ©™

Dear diary,
Walaupun kak mek sukakan dapur bertemakan pinky pinkish......... jika suatu hari nanti ada rezeki dapat rumah baru (yang penting rumah sendiri :P) haa inilah tema dapur idaman kak mek. Putih suci bersih bertemakan MINIMALIS!!! Cantik sangat, nampak bersih dan kemas......... simpan dulu design dapur-dapur ni untuk rujukan di masa hadapan. Insya Allah... :)


Sumber: google









Till then, mekda.

Labels: 0 comments |
mek da ©™

Dear diary,
Dapur pinkish kak mek yang serba murah dan simple hehe...... biarlah kak mek begini. Janji bahagia hahaha...

Motif?
Nak tunjuk barang plastik kedai rm2 yang serba pinky gitueww
kahkahkah!


Banyak betul kak mek melabur di kedai rm2, eco, diy untuk membeli barang plastik tipuware nih.. kohkohkoh... niat nak ceriakan dapur buruk kak mek jekkk..kasi pinky sikit.. nak upgdare lagi dapur nih huwaaaaa.....dapur rumah sewa macam ni la...... sekoda jekkk






Banyak lagi plan untuk pink kitchen ni....... jeng jeng jeng poyo aihhh


Till then, mekda.

Labels: 0 comments |
mek da ©™

Dear diary,
Gulai Kuning Telur Itik. Sape suka? Mek suka......... jom tengok resepi versi kak mek hehe. Yang benornya inilah kali pertama kak mek masak Gulai Kuning Telur Itik hahahah!!! Dahsyattttt :P

Bahan-bahan:-

5 biji telur itik
2 cawan santan
3 biji bawang merah (kisar)
1 ulas bawang putih (kisar)
2 cm kunyit hidup/serbuk kunyit (kisar)
1 cm lengkuas (kisar)
2 keping asam gelugor
Garam gula secukup rasa

Cara-caranya:-

1) Masukkan santan, asam keping, air (jika perlu) dan bahan kisar ke dalam periuk.
2) Masak dengan api kecil hingga mendidih.
3) Pecahkan sebiji telur dalam mangkuk dan masukkan ke dalam kuah perlahan-lahan supaya kuning telur tidak pecah. Ulangi untuk setiap biji telur. Jarakkan supaya telur tidak melekat antara satu sama lain. Jangan kacau.
4) Bila telur sudah keras, masukkan gula dan garam secukup rasa dan kacau perlahan.
5) Padamkan api dan angkat.

Makan dengan nasi panas-panas... ulam budu wajib ada weiiiiiiiii..aummmm 

Till then, mekda.



Labels: 0 comments |
mek da ©™
Dear diary,
Haaaa... jom tengok resepi sambal udang petai versi kak mek mehhhh...
Favourite nih weyyy :)


Bahan-bahan:-

15 ekor udang saiz sederhana besar, lagi besar lagi kebabom
2 papan petai
Cili kering (kisar )
1 biji bawang merah (kisar)
2 ulas bawang putih (kisar)
1 inci halia (kisar)
1 biji bawang besar (hiris)
Sedikit belacan
Air asam jawa
Gula 
Garam



Cara-cara:-

1. Udang dilumur dengan sedikit serbuk kunyit, goreng seketika (separuh masak). Ketepikan.
2. Tumis bahan kisar bersama sedikit belacan dengan menggunakan minyak bekas menggoreng udang tadi. Tunggu hingga garing dan naik minyak. Sambil tu boleh masukkan sekali gula untuk warna sambal yang lebih cantik.
3. Masukkan air asam jawa, gula dan garam secukup rasa. Biarkan sambal menjadi sedikit pekat.
4. Masukkan udang yang telah digoreng kunyit tadi kemudian masukkan sekali bawang besar yang telah dihiris halus dan juga petai. Gaul hingga rata. Masak sekejap kemudian dah boleh tutup api. Jangan masak lama-lama nanti udang tu tak cantik hehe. Petai kasi rangup2 sikit baru best!
5. Sedia untuk dihidang.





Till then,mekda.

Labels: 0 comments |