mek da ©™
Dear diary,

Hari ni kak mek nak share resepi kari udang kak mek dengan menggunakan rempah kari dari kelantan. Ada banyak rempah-rempah / awah darat yang famous dari kelantan antaranya rempah cap orang terbang, rempah selising, rempah cap 'orang masak' dan yang kak mek gunakan ni cap kg.langgar. Balik kg next week nak top up stok rempah-rempah ni.



Bahan-bahan:-

Udang 10-15 ekor
Rempah kari cap kg.langgar
2 biji Bawang merah (Kisar)
3 ulas Bawang putih (Kisar)
2 cm halia (kisar)
Sedikit cili kisar (jika suka)
Daun kari
Santan 
Gula Melaka
Gula
Garam
Air asam jawa
Lada Hijau untuk hiasan (lagi elok jika ada lada solok)


Cara-caranya:-

1) Tumis bahan kisar bersama daun kari & rempah kari. Tumis hingga garing dan naik minyak.
2) Masukkan santan, gula melaka, gula & garam. Tambah sedikit air jika terlalu pekat.
3) Masukkan air asam jawa dan lada hijau
4) Kak mek masukkan udang part paling last sebab tak nak kasi udang tu kecut kehkeh.... dah masuk 
    udang tunggu masak sekejap je dah boleh tutup api... siap!


Kari udang kelantan nak kena ada rasa manis-manis sikit... manis tu tak tinggal oh kelantan ku kahkah

Till then, mekda.

Labels:
Reactions: 
0 Responses