mek da ©™


Dear diary, Salam Ogos!
Masak-masak weekend aritu, Nasi tomato :)

Bahan-Bahan:

  • 4 cawan beras
Bahan untuk di potong halus
  • 3 sm halia*
  • bawang merah*
  • bawang putih*
Bahan-bahan lain yang berkaitan:
  • 6 cawan air
  • 3 tangkai bunga cengkih
  • 3 kuntum Bunga lawang
  • 5 biji buah pelaga
  • 2 batang kulit kayu manis
  • 1 helai daun pandan
  • 1/2 cawan kismis
  • 1/2 cawan susu cair
  • 2 cawan tomato puri
  • 1 senduk minyak sapi

Cara Penyediaan:

  1. Potong halus bahan bertanda *
  2. Panaskan minyak sapi, masukkan bahan yang dipotong halus bersama bunga lawang, bunga cengkih, daun pandan, buah pelaga dan kayu manis. Goreng sehingga kekuningan dan naik bau.
  3. Masukkan beras kacau seketika selama 1-2 minit. Kemudian Masukkan air dan masak sehingga mendidih.
  4. Masukkan tomato puri, susu cair, kismis dan garam secukup rasa. Apabila hampir kering pertahankan api, tutup tudung periuk dan tunggu hingga masak.


Nasi tomato sedap dimakan dengan acar timun...dan ayam masak merah/ayam tomato






ada tembikai dan air sirap selasih..........


Anak-anak & suami makan bertambah.......... cewahhhhhhhhh.. alhamdulillah

Till then,
mekda.

Labels: ,
0 Responses