mek da ©™
Dear diary,
Haaaa... jom tengok resepi sambal udang petai versi kak mek mehhhh...
Favourite nih weyyy :)


Bahan-bahan:-

15 ekor udang saiz sederhana besar, lagi besar lagi kebabom
2 papan petai
Cili kering (kisar )
1 biji bawang merah (kisar)
2 ulas bawang putih (kisar)
1 inci halia (kisar)
1 biji bawang besar (hiris)
Sedikit belacan
Air asam jawa
Gula 
Garam



Cara-cara:-

1. Udang dilumur dengan sedikit serbuk kunyit, goreng seketika (separuh masak). Ketepikan.
2. Tumis bahan kisar bersama sedikit belacan dengan menggunakan minyak bekas menggoreng udang tadi. Tunggu hingga garing dan naik minyak. Sambil tu boleh masukkan sekali gula untuk warna sambal yang lebih cantik.
3. Masukkan air asam jawa, gula dan garam secukup rasa. Biarkan sambal menjadi sedikit pekat.
4. Masukkan udang yang telah digoreng kunyit tadi kemudian masukkan sekali bawang besar yang telah dihiris halus dan juga petai. Gaul hingga rata. Masak sekejap kemudian dah boleh tutup api. Jangan masak lama-lama nanti udang tu tak cantik hehe. Petai kasi rangup2 sikit baru best!
5. Sedia untuk dihidang.





Till then,mekda.

Labels:
Reactions: 
0 Responses