mek da ©™


Dear diary, Bucida Garden BBQ & Steamboat... salah satu restoran steamboat terkenal di Johor. Terletak di Bandar Seri Alam, Masai.

Restoran ni dah banyak tahun bertapak, nih first time Kak Mek ke sini. 

Harga sekarang RM 26.00 untuk dewasa, RM 13.00 untuk kanak-kanak. Rasanya untuk warga emas dan OKU sama harga dengan kanak-kanak. Kalo tak silap lah.



Bagi Kak Mek, kat sini banyak pilihan makanan. Tak yah cakap apa menu, standard la untuk steamboat tu. Semua ada! Makanan pun sentiasa di top up. 


Tak nak review panjang - panjang sebab ramai dah sedia maklum dengan Bucida Garden BBQ & Steamboat ni.




Amik yang mana nak makan je... tak banyak mana pun makan. Suami pun makan gitu-gitu je. Anak-anak lagi lahh. 



Menu goreng-goreng dia macam-macam hadooo.... mee goreng, nasi goreng. Nampak sodap je tapi Kak Mek layan spagetthi.



Celebrate birthday husband katanya...........


Secara jujur Kak Mek tak berani makan ayam walaupun dah elok masaknya hahahhaha...  mak mak punya peel

Kak Mek layan udang je. Ketam pun tak amik.


Macam-macam aiskrim, makan la sampai muntah. Itu mek zara lah haha.










Alhamdulillah, kenyang hehe. Recommended!

Till then,
@mek_cda



Bucida Garden Bbq & Steamboat

Address25, Jalan Suria 6, Bandar Baru Seri Alam, 81750 Masai, Johor
Hours
Closed ⋅ Opens 5PM
 

mek da ©™


Dear diary,

Sebelum Ogos 2020 melabuhkan tirai....... 13.8 genap usia Encik Suami 40 tahun.

Tiada yang lebih bahagia selain celebrate secara sederhana, sedikit surprise dan makan-makan saje hehe. 



Selamat ulang tahun suamiku. Semoga kemakmuran, kesihatan, kejayaan, kebahagiaan dan kesejahteraan akan sentiasa menyertai di setiap langkahmu.

Terima kasih untuk kebahagiaan yang telah kau berikan kepadaku selama ini sayang. Semoga aku menjadi isteri terbaik untukmu. Selamat ulang tahun yang ke 40 suamiku.....


Birthday surprise from Zara Azura Craft & Surprise


LYTJ abe..............



Eh macam bufday dia pulak ehekkkk


Kuar makan-makan steamboat jeee


TQ papa banje kek yumsss



Syukur ke hadrat Ilahi kerana telah dipanjangkan lagi usiamu. Terima kasih ya Allah kerana sudi mempanjangkan lagi umur suamiku. Sesungguhnya dialah jodoh yang paling terbaik untukku. Akan ku menyintainya sehingga ke akhir hayatku. Selamat ulangtahun kelahiran wahai suami mithaliku.

(AYAT GOOGLE hahaha)



Till then,
@mek_cda
 

Labels: 0 comments |
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...