mek da ©™

Dear diary,

26 April 2018 (Khamis)

Lebih kurang pada jam 9.00 pagi kak mek dan keluarga terchenta memulakan perjalanan ke Kuala Perlis dari Kota Bharu. Kitorang pegi dengan 2 bijik kete. Alhamdulillah cuaca baik...... harapan pada masa tu boleh sampai tepat pada waktu yang dijangka. Nak kejar feri last jam 7.00 malam oiiii!!


Bawa bekal untuk lunch dekat R&R Gerik, Perak. Mak masak yumm yummm.. sardin pedas, ayam berempah, ubi kayu sira, jagung rebus, ulam budu & air sirap....... mabelos!


Picnic tepi highway best oooo... hehe


Selepas kuar je dari R&R Gerik, salah sebuah kete antara kami breakdown! Ya Allah...... macam-macam rasa time tu. Terpaksa patah balik ke Bandar Gerik mencari workshop. Alhamdulillah, sempat repair tapi kami dah terlajak masa. Dalam hati duk pikir nak kejar feri jam 7.00 malam niiiii alahaiii dup dap dup dap jantung ni.


Meneruskan perjalanan ke Negeri Jelapang Padi.... Kedah. Lamanya tak jejak Kedah, tempat study dulu-dulu.


Niat nak berenti kopi-kopi terus tak jadi sebab dah tak sempat. Asalnya kami bajet sampai ke Kuala Perlis jam 5 gitu. Ini dah luar dari jangka....... dalam hati tak berhenti berdoa agar dipermudahkan hihi.


Jam 5 lebih, perjalanan terasa masih jauh....... dup dap dup dap


kami teruskan........ kalo tak sempat, terpaksa la burn tiket feri jam 7 tu uhukkk... redha



Bila dah nampak signboard Langkawi terus tenang........ dah pukul 6 ptg rasanya time tu....
Sib baik driver jenis yg Pro, tahu selok belok jalan... tak de sesat2. Kalo takkkkkk!!






Alhamdulillah, akhirnya sampai jugak ke Jeti Kuala Perlis lebih kurang jam 6.30 petang. Hampir jam 7 malam!!!!!!! HAHA. Seram..............

Adik uruskan tempat nak parking kete kat Jeti, kak mek pula berkejar-kejar ke kaunter dgn memegang  tiket feri yang telah dibeli secara online. Jam 6.50 gitu diorang suh standby untuk berlepas. 

Beli tiket di sini :-



Lega................


Baru boleh rehat. Tak sempat nak snap gambo kat jeti sbb dah kelam kabut. Lagipun dah gelap time tuu........


Tempat duduk No.1 hingga no 11.


Haha............ no 1 kemain lagi ehhhh... depan-depan tuuu mcm tak sabo jeee


tak ramai sgt orang time ni... boleh duduk mana ko suka hahaha



muka masing-masing mintak makan! laparrrrrrr


Tak sempat nak lepak-lepak sekitar jeti kuala perlis... patut jam 5 dah sampai situ, kalo tak dah boleh makan-makan dulu yee... emm


Perjalanan mengambil masa 1 jam. Lebih kurang jam 8 malam sampai la kami di Jeti Kuah, Langkawi. 

ALHAMDULILLAH

Ape tu? Coklat?



Bersambung..............................


Till then,
Mekda

Labels:
0 Responses
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...