mek da ©™
Alkisah bermula khamis kitorang blk kampung. Ziarah tok ma pasir mas (mentua aku) yg xberapa sihat. Terkejut gak tgk ma dah lain benar. Baru kena kencing manis dan darah tinggi. Badan dah susut. Yer la dia xde selera makan langsung. Cian ma. Encik abang risau sgt2 tuh. Haikal lak buat hal. X nak duduk ngan orang lain langsung. Sampaikan aku nak mandi pun xleh kalo xde papa dia la. Kena gilir2 ngan papa dia jek. Kalo org lain amik mesti mencari. Agaknya dia ingat aku nk tinggalkan dia kt kg lg mcm aritu kot. Hmm..ngan tok ma pasir pekan pun x nak. Padahal dulu ngan tok ma la siang mlm.
Heran..heran..tak leh aku bangun sikit...nk jek ikut...tuh belum pakai tudung. Bila tgk org bersiap mula la merengek. Hehe...haikal..haikal...

Hmm..layankan jek gambar masa kt kg. Sempat lg kutip buah. Sorry le xsemua aktiviti di ambil gambar ok. Malas nk snap ok. Layankan jek ok. Baper byk ok daaa...


Bestnya dok kampung. Tenang dan nyaman.



Mengait jek xpuas bang..panjat gitu...haaa itulah hasilnya...huhu




Saper tuh di atas pokok manggis? Haha...



Pokok buah salak. Manis..manis..


Aku dan durian ibarat irama dan lagu.kahkah..


Anak buah yg montel...syahirah


Haikal dan Shamira


Inilah kwn Haikal masa dia dlm 40 hari


Diana Shamira kesayangan tok ma pasir pekan


Tetiba mama melakukan aksi perasan di ruang tamu umah mentua di kala org lain tgh sebuk di dapur..hahahahaha..



Haikal plak posing kat umah tok ma pasir mas



Haikal dlm kete. sorry le kete cam kapal pecah.huhu

Nota: Alamak xsempat jumpa cik ladybeerd la. Wei naper x g umah aku. Hari sabtu
tercongok jek aku kat umah tuh. Ptg jek kuar cari brg kat Tesco. Wakaka!


...Bila mama menulis diari pada...27/7/2009
Labels: 6 comments |
mek da ©™


Nota:
Hhmm..patutnya mama kena bw Haikal pi klinik ari ni tp terpaksa postpone dulu di atas sbb2 yg tak dpt dielakkan. Next week baru pi check up.



...Bila mama menulis diari pada...22/7/2009
Labels: 6 comments |
mek da ©™







...Bila mama menulis diari pada...22/7/2009
Labels: 13 comments |
mek da ©™

Ada apa dengan semalam? Ekceli semalam adalah hari yang sangat penat bagi aku. Ceh ini bkn satu rungutan tp bebelan hihi. Haikal semakin lasak. Sibuk melayan dia. Encik abang lak kena kerja. Waaaaaa...



Hmm...mujur lah ader jejaka ini. Nih adik aku yg dok blaja kt Kemaman. Dtg JB semata-mata nk menjengok Haikal. Hmmm..ini lah ayah chik Haikal tuan2 dan puan2. Mlm nih dia bertolak blk ke Kelantan. Mesti Haikal bad mood. Dah xde kawan.



Sebelum kuar aku dan Haikal cuba membuat aksi poyo kat depan umah.



Haikal at GIANT. Temankan ayah chik shopping.



Haikal tgh tggu oder makan. Susu snow tarik satu. Kurang manis yer!



Aku dan Haikal tgh menunggu bulan jatuh ke riba. Aksi syahdu di halaman rumah. Amik angin petang2.Kuang...kuang...


...Bila mama menulis diari pada...20/7/2009
Labels: 8 comments |
mek da ©™

1. Tidak perlu mengandung

2. Boleh kencing merata-rata

3. Kerjanya sama, tapi gaji lebih

4. Kedut dan boroi lambang kejantanan

5. Orang tak pandang ke dada bila bercakap dengan mereka

6. Berbual di telefon 30 saat aja

7. Boleh pakai sepasang baju dan sepasang seluar untuk cuti selama 5 hari

8. Dipuji sebab berjaya keluarkan idea ciput

9. Boleh pakai seluar dalam RM9.90 sekotak (ada tiga helai)

10. Boleh pakai baju yang berkedut.

11. Apa yang ada dimuka semuanya ori

12. Stail rambut sama saja selama bertahun-tahun, mungkin berdekad

13. Boleh pakai sepasang kasut dan sepasang stoking, sampai koyak

14. Boleh pakai seluar pendek walaupun kaki macam.....!!!!

15. Misai berserabut.? No halllahhh...




...Bila mama menulis diari pada...17/7/2009
mek da ©™
Baiklah. Saya nk jwb tag. Tag nih saya copy dari blog emy. Aci tak mi kalo saya jwb tag nih. Tag yang sebelum tuh saya xnak jwb sbb dh pernah jwb. Ekekekek!

1. apa perasan sekarang – Bahagia tapi ader sesuatu yang menganggu fikiran!

2. saya nak makan – teringin nak mkn mee rebus lak.

3. saya x suka - orang yang gemar mengata kita dari belakang

4. impian saya - nak dapat kerjaya terbaik, happy famili dan bls budi ma abah

5. haiwan yg saya tidak suka – ular...eyyyyy...geli...takut

6. saya harapkan - KWSP, bank atau mn2 kementerian panggil saya bekerja secepat mungkin!

7. jika boleh diputarkan masa –saye nak tebus balik bidang yang saya lepaskan dulu

8. saya pada 10 thn akan datang – umur 37!!! hmm...dah ader rumah sendiri, anak 4, jd tokey restoran ataupun cc.kahkah.

9. hp saya adalah – nokia bukan norkiah ok

10. saya pernah bercinta sebanyak – byk kali sbb saya playgirl...hahaha

11. saya suka pada – kasut.suka kumpul kasut

12. kawan2 saya – semua best tp ader yg kurang asem mengata dari belakang. blah la ko

13. pernah dikhianati – semestinya...orang kalo iri hati mcm tuh la...xleh tgk org lebih sikit.

14. apa yang hendak dilakukan terhadap org yg mengkhianati anda
- biarlah tuhan saje yang balas segala dosa dia tuh. xkuasa saya nak layan

15. senaraikan 5 orang untuk di tag -

1. ladybeerd
2. mamalieyna
3. ladybeerd
4. mamalieyna
5. haha..aci tak nama yang sama.jgn mrh sila jwb


...Bila mama menulis diari pada...16/7/2009
Labels: 9 comments |
mek da ©™
Terjah punya terjah...ooo...ini rupanya kerja dia yer. Selain sibuk menyepahkan rumah, inilah kerjanya. Hahaha. Layan gambo sajo ler...

Tak berbaju...panas...panas...panas...


Dah blaja2 duduk tuuu...


Kontrol2...mama nak snap...perghh...


...Bila mama menulis diari pada...15/7/2009
Labels: 11 comments |
mek da ©™
Apo kaba semo? Haha...aci dok kalu ambo tuleh entri kali nih dgn kecek dialek kelate jah. Agok2 adik kakok hok bkn ore kelate tuh pehe dok eh? jgn la maroh...ambo sajo jah ari nih tetibo semangat kekelantanan nih tubik. Aduh...buat2 pehe je lah deh.

Adik kakok semo. Marin ambo MC. Ambo g jupo Dr Saadiah. Dr saadiah oyak ambo stress loni. Tuh ambo xlena tdo mlm tuh. Pah pagi gak ngantok weii.

Okay lah adik kakok. Ambo sebenar nk tunjuk beldo hok ambo buat ari ahad br nih. Beldo biaso jah nyo. Ore kelate panggil beldo koko. Kot bandar sikit gak agar2 coklat. Napok darat la dih sebut beldo. Bakpo eh panggil beldo? Ado sapo2 tahu dok? Acu oyak gak.

Adik kakok wei. Tgk la gamba beldo ambo buat tuh. Xdok sapo nk make kat umah tuh. Kalo Haikal leh make dah lama abis. Ambo pun x make mano. Ambo sajo jah nok habihkan tepung coklat takut kulat lama2. Atah beldo tuh ambo tabur milo pulop. Haha ambo nih gak eh. Hihi.



Bereh la adik kakok wei. Ambo perabih sini lah. Ado kje nk buak pulop nih. Sapa berjupo lagi di lain episod. Tata demo semo.




...Bila mama menulis diari pada...14/7/2009
Labels: 6 comments |
mek da ©™
Today is saturday. Aku kje half day. Hujan lebat gile pagi nih. Sejuk. Tetiba rasa nk mkn soto lak. So aku pi lah menge'teh sorang2 kt restoran dkt2 ngan opisku. Kira restoran nih la tempat aku beli mkn tiap ari. Jam baru kol 8. Masuk kje kol 9. Hmm..sempat lagi nih tibai soto. Panaskan badan cikit dgn supnya yang perghh... begedilnya yang perghh...sambal kicapnya yang perghh...ahakz...ekceli biaso jek. Kalo mkn soto sambal kicap kena lebih baru sodap gile.

Saya order teh tarik sbb kat umah saya xreti tarik teh. Ekekekek..


Alhamdulillah...kenyang pagi nih. Hehehehe.


...Bila mama menulis diari pada...11/7/2009
Labels: 10 comments |
mek da ©™
Takut plak aku bila terbaca artikel nih. Mmg la kalo kite dok asyik ngadap pc jek confirm mata berair n cepat penat. Kalo aku mengah2 gitu. Lagi penat dari buat kje opis cam biasa. Hehe...bab kata org biar berpada-pada la ek...jgn la ngadap pc tuh 24jam. Cam xde kje lain jek. Kalo kat umah, g la berkebun ke...joging ke...tanam-tanam bunga ke...eee...sungguh x besh. Jom baca artikel nih. Email dr seorang kwn.

Sejak akhir-akhir terdengar beberapa webmaster diserang dengan pelbagai jenis penyakit sehingga ada diantaranya begitu kritikal sehingga terpaksa dimasukkan ke wad hospital untuk pemantauan kesihatannya. Malah ada diantaranya telah sampai ke tahap kritikal sehingga diserang penyakit angin ahmar.

Ramai yang masih tidak sedar bahawa duduk terlalu lama di depan komputer atau bekerja selama berjam-jam secara pasif di atas kerusi akan membuat otot - otot tubuh kita terasa kaku, keras dan mata menjadi pedih. Malah selain keluhan ringan tersebut tersembunyi juga ancaman lain yang berisiko bagi kesihatan.



New Zealand Medical Journal dalam edisi terbaru, melaporkan kajian dari Institut Penyelidikan Perubatan New Zealand menunjukkan bahawa pekerja pejabat yang menghabiskan masa terlalu lama duduk di meja masing-masing berisiko tinggi menghadapi masalah darah beku. Penyelidik mendapati, satu pertiga daripada pesakit yang dimasukkan ke hospital kerana mengidap -trombosis pembuluh darah vena (DVT) atau darah beku, adalah mereka yang menghabiskan masa berjam-jam mengadap komputer.

Penyakit Deep Vein Thrombosis (DVT) ini adalah disebabkan darah beku yang menyebabkan salur pembuluh darah terutamanya di bahagian peha dan betis tersumbat. Keadaan ini berlaku kerana aliran darah yang tidak baik hasil dari aktiviti yang pasif dan rehat yang berlebihan.

Hal ini akan diperburukkan apabila bilik yang diduduki berhawa dingin dimana udara yang sejuk itu mempercepatkan kadar pembekuan darah terutama di bahagian kaki.

Ketua penyelidik, Profesor Richard Beasley berkata sebahagian pekerja pejabat yang mengidap masalah itu duduk di depan skrin komputer selama lebih 10
jam sehari. Masalah ini biasanya dihadapi oleh pekerja dalam industri teknologi maklumat dan pusat panggilan.

Sekitar 34 peratus dari 62 sampel yang mengalami gumpalan darah adalah mereka yang dalam jangka waktu lama bekerja dengan duduk di kerusi, sementara 21 peratus penderita lainnya adalah terdiri dari mereka yang melakukan perjalanan jarak jauh menaiki kapalterbang, seperti disiarkan oleh AFP.



DVT itu sendiri merupakan menurut pakar kesihatan adalah pembentukan gumpalan darah nadi bahagian dalam, paling sering dijumpai di kaki. Gumpalan tersebut boleh pindah ke jantung, paru-paru atau otak dan bisa menyebabkan rasa sakit di dada, sesak nafas atau bahkan kematian akibat serangan jantung atau angin ahmar.

Pakar Perunding Paru-Paru, Institut Perubatan Respiratori, Dr Ashari Yunus berkata darah beku ini datang dari kaki, tetapi juga boleh berpunca daripada pembuluh darah di lengan, bahagian kanan jantung malah hujung kateter yang ditempatkan dalam pembuluh darah. Dalam kes yang sangat jarang berlaku, lemak atau tisu dari tumor atau kelompok bakteria mungkin boleh berkumpul
di arteri paru-paru.

Mengapa pulmonari embolisme terjadi?

Manusia memiliki sepasang paru-paru. Darah secara konsisten dipam dari kanan jantung ke paru-paru dan kembali ke sebelah kiri jantung. Dalam paru-paru, darah mengambil oksigen dan mengeluarkan karbon dioksida, sisa metabolisme.

Arteri membawa darah yang kaya oksigen ke seluruh tubuh. Pembuluh darah pula membawa darah kurang oksigen kembali ke jantung. Darah beku yang terjadi dalam pembuluh darah boleh mengalir ke salur darah di kanan jantung sebelum masuk ke arteri paru-paru, di situ sekatan mungkin boleh berlaku.

Sekatan itu boleh terjadi pada arteri yang kecil tetapi paru-paru sangat ‘rapuh’ kerana semua darah dalam tubuh melalui paru-paru setiap kali diedarkan. Kerap kali, darah beku berisiko untuk terbentuk dan tersebar ke seluruh bahagian paru-paru.


Simptom
Cepat penat
Mengah
Sakit dada
Denyutan nadi laju
Lemah di bahagian kaki
Kurang selera makan
Batuk
Nafas pendek sama ada dalam keadaan rehat atau aktif.


Cegahan
1. Stokin untuk mengelakkan berlakunya darah beku dalam saluran darah (deep vein thrombosis). Ia berfungsi untuk mencengkam kulit dan mengempiskan vena supaya darah tidak bertakung
2. Perbanyakkan gerakan terutama di bahagian kaki
3. Elakkan meminum airbatu
4. ELakkan membuka hawa dingin terlalu sejuk
5. Sentiasa meminum air panas
6. Amalkan bersenam

Rawatan
Biasanya pesakit dirawat dengan ubat yang menghentikan dan memperlahankan darah beku seperti heparin dan warfarin. Kedua-duanya membantu mencegah darah beku sedia ada daripada menjadi besar dan menghentikan pembentukan darah beku yang baru.

Jika pulmonari embolisme yang dialami mengancam nyawa, biasanya doktor akan menyarankan terapi thrombolitik (mengeluarkan darah beku dari sistem tubuh dengan enzim yang bertindak memecahkannya).

Alamak...aku betul2 insaf la. Ngeh..ngeh..
Nak kena delete blog nih
wawawawwawawawwa



...Bila mama menulis diari pada...10/7/2009
mek da ©™
Lately...tugas memasakku 2+1. Sambil msk untuk encik abang and i...kena masak bubur gak untuk anak bujang. Kalo bln2 lps sekali sekala jek buat. Eeee..Skang nih dh jd rutin harian. Resepi bubur babyku simple jek. Nasi letak ayam, brokoli dan masa nak mkn tuh letak kicap manis bagi ader rasa sikit. Kalo tak sure Haikal buat2 muntah. Wekkk..

Sometimes letak kentang penyet. Penyet? Kentang yg dh dihancurkan sampai lembekk. Tak pun blender jek semua kasi lembik. Senang dia telan. Erm aper lagi eh...carrot pun ok.


Gambar yg diderma oleh pak cik Google. Saya mls nk snap. Poyo jek.

Korang yg bergelar mama...sila la kasi resepi bubur baby yg biasa korang buat. Tak de idea la. First time buat letak ikan bilis tau...tp sygnya Haikal sgt tidak suka. Rasa berpasir kt tekak dia kot. Huhu....




...Bila mama menulis diari pada...9/7/2009
Labels: 4 comments |
mek da ©™

Hmm..bln nih mama kasi Haikal dok dlm walker. So makin laju la dia ke sana ke mari. Kejap ikut mama ke dapur...kejap ke bilik tidur...nk pi toilet pun dia ikut. Mmg xleh dok diam.


Walker nih papa yang belikan. Beli yang simple jek. Lg pun jap jek dia dok kt walker tuh. Nih pun dh nak panjat2. Hihi.


Okay nih lak baju2 untuk dak ucuk. Mama ingat beli baju nih untuk di pakai raya nati.
Beli sikit2 dulu. Suar pun belum beli lg. Baju melayu haikal dah pun ditempah. Nenek dia yg uruskan. Hehe.....


From Puppy Winks, Anakku and Baby Pooh.


Nih plak buku pertama Haikal. Mari mengenal buah dan sayur-sayuran. Hihi. Ekceli Suh Haikal belajar tilik2 jek dulu buku nih. Tgk2 bukan pandai baca pun lagi. Keh..keh..dia gigit ader lah. Ingat nak beli yg jenis laminated tuh...ntah2 tetiba g amik yg nih.


Aper ader kat dalam?


Haikal pura-pura membaca. Dia takut kalo2 mama tarik balik hadiah dia. Hihi. Sila abaikan bedak yg bertompok kat dahi tuh.....hahaha.Itu tandanya baru mandi.


Huh sampai kecur air liur Haikal tgk buah2 tuh.



...Bila mama menulis diari pada... 6/7/2009
Labels: 10 comments |
mek da ©™


Aluuuuu…camat hari khamis semua. Tak sabar nk tggu hari minggu. Saya nak rehat puas-puas..Cepat tol masa berlalu kan. Haaaa…Haikal dah tujuh bulan umurnya. Ekceli dh byk ari masuk umur 7 bln…mama baru nk postkan entri neh…hihi.

Mcm biasa layankan aje aksi anak bujang saya nih.














Pada umur tujuh bulan nih Haikal dah pandai:

♥ Merangkak tp masih dlm speed 1
♥ Baru belajar nk berdiri..berpaut pada mama dan papa
♥ Ader gigi sebatang..hihi
♥ Bangun lambat…tdo pun lambat
♥ Marah2 mama kalo ader yang tak kena
♥ Suka melompat..susah tol nak mandikan dan basuh berak hihi
♥ Gemar panjat kita…jgn harap leh landing sebelah dia..wakaka!
♥ Suka sepahkan barang2..adussss


...Bila mama menulis diari pada...2/7/2009
Labels: 11 comments |
mek da ©™

Slm kwn2. Pagi td saya telah menerima satu bungkusan hadiah daripada kawan lama saya iaitu Emy. Maklumat lanjut mengenai Emy sila klik byk2 kat blog dia. Hehehe. Mi promote mi..Hehehe..Tenkiu Emy. Sila bagi bonus lagi.



Aper ader kat dalam tuh? Hehe...oh gelang berubat rupanya. Sorry mi kunamakannya gelang berubat.Kehkeh.. Pernah satu masa saya menceritakan kepada Emy yang saya diserang migrain. Tetiba Emy ckp nak hantar satu obat. Haaaaaa..nih la rupa obatnya.

Gelang batu berobat.Yang nih jenis Amethyst.Hihi.. Mengikut maklumat yg saya dpt daripada Emy...jika saya memakai gelang nih...Insya Allah penyakit tuh akan ok cikit.Berkhasiat gitu.Betul ke tidak kita serah pd Tuhan jek. Tawakal jek mi ye...haaaa katanya lg leh ilangkan insomnia, mengawal emosi dan tekanan..relaxs, mempengaruhi aktiviti otak kanan, lebih tumpuan dlm kerja (maklum la aku nih suka mengulorr..insaf aku mi)..........


Baiklah. Untuk maklumat lanjut korang singgah la blog batu Emy nih. Tadaaaaa! Yang aku tau Emy nih suka kumpul batu sebagai aksesori. Mcm2 batu ader. Batu bata...batu belah batu bertangkup, batu sungai, mcm2 batu lah. Hahaha.Ampun mi. Nama ko naik mi. Hahaha!


...Bila mama menulis diari pada...1/7/2009
Labels: 4 comments |
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...