mek da ©™




Dear diary,

Kak Mek akan ingat sampai bila-bila yang Perhentian Kuih Kampong ni adalah kedai makan favourite tok ma. Tok ma suka betul dengan kuih keria kat sini. Tapi masa Kak Mek pegi baru-baru ini kuih keria belum sampai ke apa.. belum ada nampaknya. 



Setiap kali datang sini of course amik sepinggan dua kuih-muih haha. Rambang mata punya pasal. Macam la kat JB tak de kuih-kuih ni semua hahhahahha

Dah makan kat situ tapau lagi. :)


Kat sini macam-macam hadooo.. nak makan Asam Pedas Pak Man pun onzz


Kalo datang selepas tengahari memang full house... Q lah ye. Ramai!




Sebabnya sini ramai yg jadikan sebagai port mengeteh. Agitchuuu


Pasti repeat lagi. Kali ni tak bawa Tok ma. Insya Allah ada rezeki panjang umur... kita bawa tok ma datang sini lagi.


Ok dah abis ceritera jalan-jalan Melaka pada cuti Merdeka 2020 yang lalu. Kesimpulannya banyak tempat tak boleh pergi.. almaklum waktu cuti-cuti macam ni terpaksa mengalah dan tengok dari jauh je. Pegi yang mana dapat je hahhahahhah. Nak repeat naik beca pun tak berjaya koooo... sadissss. 

Antara kedai makan lain yang Kak Mek cuba-cuba intai tapi malas nak proceed sebab kena Q ialah

Barakah Corner - Port Sarapan
Mee Goreng Hassan - Mee Bodo ( Tak frust sangat sbb mcm tak rasa craving terlampau haha ) 

Kak Mek boleh buat kesimpulan, tak semua kedai-kedai yang viral di Melaka ni semuanya sedap. Ada lagi kedai-kedai biasa tuu makanan dia cukup-cukup terasa, cukup rasa lah orang kata. Boleh makan dengan tenang, tak perlu berebut-rebut hehe. Janji ko tak kebulur menunggu.

Ada satu kedai nasi lemak di Ujong Pasir, kedai biasa-biasa je, Nasi Lemak dia sedap weiii... teringat-ingat niii. Rindu pulak ahakkkk.. ok tak pe kita datang lagi ye heheeee.

Okee jom balik Johor.

Till then,
@mek_cda







 

Labels: ,
0 Responses
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...