mek da ©™

Dear diary,

Hari ni mek nak share resepi nasi ayam simple versi mek pulak lahhh..hihi.. favourite kami sekeluarga ni. Kalo boring-boring makan nasi putih tu boleh la tukar selera ke nasi ayam pulak. Sekali sekala memang layan!

Resepi Nasi Ayam Simple by Mek Da

➨ Bahan Nasi 

1) Beras
2) Serbuk pewarna kuning
3) Air rebusan ayam/sup kosong
4) Sedikit garam/perasa

➨ Cara-cara:-

Basuh beras, letakkan kuah sup/air rebusan ayam, pewarna kuning & sedikit garam/perasa. Masak nasi seperti biasa. 


➨ Bahan Sup Ayam

1)1 biji bawang merah
2) 2 ulas bawang putih
3) 1 inci halia dihiris
4) Garam/perasa
5) Ayam dipotong kecil-kecil
6) Air

➨ Cara-cara:-

Tumis bawang merah, bawang putih dan halia hingga naik bau. Masukkan ayam dan air dan biarkan sehingga menggelegak. Masukkan garam/perasa. 


➨ Bahan Sambal

1) 5 biji lada merah
2) Cuka
3) Sedikit air
4) Gula
5) Garam
6) Sedikit Perasa
7) 5 Ulas Bawang putih

➨ Cara-cara:-

Kesemua bahan dikisar/blend.


➨ Bahan Perapan Ayam

1) Ayam daripada sup yang dimasak tadi. Toskan terlebih dahulu.
2) Kicap
3) Sos tiram

➨ Cara-cara:-

Gaul rata ayam bersama kicap dan sos tiram. Perap ayam selama 30 minit. Goreng menggunakan minyak yang panas. Bila ayam hampir masak... kuarkan sedikit minyak then teruskan menggoreng dengan menambah lagi kicap pada ayam bagi ia melekat-lekat pada ayam... haa ini versi kicap lebih sepertimana tajuk di atas hehe....... balik-balikkan ayam tersebut okeh...... dah boleh angkat!

➨ Bahan Kuah Kicap

1) Kicap
2) 3 Ulas bawang putih
3) Satu senduk sup ayam tadi


➨ Cara-cara:-

Blend kicap dan bawang putih. Kalo suka pedas letak sedikit cili dan blend sekali. Campurkan bersama kuah sup tadi.


➨ Bahan Ulam

  • Daun salad
  • Tomato
  • Timun batang








Sedia untuk dimakan. Hehe...........abaikan dessert kat gambar tu. Puding coklat koktail yum yum.


Till then.............mekda.

Labels: ,
Reactions: 
0 Responses