mek da ©™


Dear diary,

Kenangan dan pengalaman yang pasti tidak akan dilupakan bagi budak lelaki seperti Haikal. Bersunat!! 
Pada 1/12/2016, Haikal dah selamat bersunat/berkhatan/masuk jawi di Klinik Suria, Taman Putera Johor. Doktor yang menjalankan tugas ini ialah Dr Abdul Kadir Jailani Bin Duseh. Doktor ni memang doktor favourite kalo bab-bab sunat & khatan nih kihkihkih. Ramai parent memilih Klinik Suria untuk menghantar anak bersunat. Kaedah yang digunakan di klinik ni ialah Kaedah IsmailClamp. Nampaknya dah jadi anak bujang ye Haikal. 




Pada hari tersebut pagi-pagi lagi kami ke klinik sebagaimana waktu yang dijanjikan. Huihh pagi-pagi pun dah ramai yang menunggu turn. Ramai yang nak berkhatan hari tu...kihkih. Menunggu dengan sabar.........



Si adik layan mainan-mainan yang disediakan khas untuk kanak-kanak bermain di satu sudut klinik.




Haikal pun sama melayan mainan umpama tiada apa yang akan berlaku jap agi..macam tak takut je sunat hehe...lom rasa lagi tu...kihkih. Alaa lagipun kami dah ceramah panjang-panjang dah kat dia...bgtau sunat tak sakit pun, macam kena gigit dengan semut je...ececehhhh...senang je cakap...mek sendiri pun tak tau macam mana hahaha...






Ok masa dah tiba. Turn haikal kalo tak silap yang ke 7 atau 8 time tu yang nak bersunat.  Kami dipanggil masuk kebilik doktor. Zara pun ikut sekali. Sib baik semua boleh masuk. hahaha...Huihh ngeri jugak mek tenung alat-alat doktor tuuu.. tapi nak tengok hahaaa...harap haikal ok..jangan nangis ye :P



Haikal disiapkan oleh pak cik pembantu doktor. Sambil-sambil tu dia ada terangkan jugak tentang kaedah clamp & sape pengasas dia... ISMAILCLAMP



Masa nak inject bius tu cuak jugak mek dibuatnya. Bunyi haikal merengek macam sakit tapi sib baik tak menjerit dan melalak. Anak bujang mek ni manja cikit kekeke...selesai bius dan bila doktor dah ready nak jalankan sunat..makin berdebar si mek dibuatnya. Mek yang seram oiii ... sape suh masuk tengok haha! 

Haa.. dalam bape minit je may be 5-10 minit dah siap. Cepatkan... alhamdulillah selesai satu perkara. Dah selamat bersunat. Time ni haikal tak menunjukkan sakit lagi. Kuar je dari bilik doktor nampak ok je tu..tapi macam ade la kuar air mata sikit-sikit... kehkeh..tahan jangan tak tahan...nanti tak macho kehkeh.


Tengah tunggu si mek amikkan ubat dan buat pembayaran. Caj yang dikenakan RM150 termasuk ubat. Klinik akan kasi ubat antibiotik 2 botol, ubat cuci, ubat tahan sakit & vitamin. Seminggu selepas sunat kena datang balik bukak clamp tersebut. So hari ni la... 8/12/2016 huhu. Genap seminggu daaaaaa...







Balik rumah layan TV & PSP. Hari pertama masa nak kencing memang mengerikan. SAKIT! Ubat bius dah habis baru terasa sakit la nak oii..sian anak mama. Dengan mama pun rasa nak nangis. Tak leh tengok anak merengek sakit. Sabar ye sayang. Hari ni dah ok pun kan. Dah boleh berlari dan pakai suar pun. Jap je sakit tu..nak besar kan kena la kuat hehe...

Seminggu berpantang mek hanya kasi makan ikan. Kejam tak... ? rasa cuak lak nak kasi ayam. Rasa boleh kot kasi ayam.. takut gatal-gatal kat luka tu je...



Hari pertama berpantang, ikan selar bakar & sup sawi letak lada hitam.



Hari ketujuh berpantang, siakap stim asam boi.


Alhamdulillah, makan pun selera. Banyakkan makan sayur & buah-buahan.

Sebelum tu meh kite review sikit perbezaan sunat kaedah laser dengan kaedah smart clamp.

Perbezaan sunat kaedah laser dengan kaedah smart clamp

SUNAT KAEDAH LASER 

1) Menggunakan alat Diathermy (laser rod haba) sebagai alat utama
2) Kelebihan keedah ini adalah pendarahan yang minima berbanding sunat biasa kerana kulit & salur darah 
     kecil yang dipotong akan terus 'dibakar' dengan laser.
3) Jahitan perlu dilakukan seperti sunat biasa untuk menyambung kulit yang telah dipotong.
4) Risiko jangkitan kuman agak rendah berbanding sunat biasa.


SUNAT KAEDAH SMART CLAMP 

1) Smart clamp adalah alat utama untuk kaedah ini.
2) Kaedah sunat yang paling pantas dan mudah berbanding sunat biasa dan laser.
3) Pendarahan yang sangat minima.
4) Luka tidak perlu dijahit selepas kulit dipotong.



Ok....................till then, mekda.



Labels: ,
0 Responses
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...