mek da ©™

Dear diary,

Semalam 17/12/2016 bawa anak-anak tengok wayang di MM Cineplexes, City Square JB. Sebenarnya nih lah pertama kali diorang nih tengok wayang. Hehe... bukan tak nak bawa sebelum-sebelum nih, tapi bila memikirkan diorang nih susah nak duduk diam dan takut berlari ke sana kemari, niat untuk membawa mereka tu dipendam aje... so semalam baru jadi. Alang-alang cuti sekolah tak de gi mana... kihkih... Now diorang dah besar sikit, dah reti duduk diam-diam kat kerusi tapi still memekak, segan kat orang belakang kahkah. Lantak korang lah.. mak ko ni busy makan popcorn je pastu tido. 


Memula tu janji dengan diorang nak bawa tengok movie upin ipin jeng jeng jeng tu... pastu bila tengok review semua kata tak best, hasrat tu terkubur.... sampai la semalam tanya kat kaunter movie tu dah tak de kat panggung. Wakaka... so kami decide tengok ape je filem kanak-kanak yang ade janji bertemakan kartun. Akhirnya SING movie menjadi pilihan kami, pilihan mek sebenarnya hahaha! 


Meh kita baca sedikit sinopsis tentang filem ni. Google je... :P


Filem animasi barat berjudul “Sing” ini merupakan film yang bercerita tentang kisah dari seekor koala yang bernama Buster Moon yang memiliki penampilan rapi an juga usaha theater yang besar. Namun saat itu usaha theaternya sedang dalam masa-masa yang sulit dan hampir bangkrut. 
Buster Moon melihat hal yang dicintainya akan menghilang dan akhirnya dia segera menemukan ide dengan membuat sebuah kompetisi menyanyi terbesar di dunia.

Citer ni best jugak. Tak bosan sebab ia bertemakan animasi muzikal komedi. So layan lagu-lagu dan watak-watak comel dan lucu dalam tu. 


Sebelum masuk harus snap picture dulu kahkah. Harga tiket RM18 seorang. Beli satu set popcorn  + air RM 8.90 dan plus satu lagi popcorn ala carte rege RM 7.90.


Dah elok-elok pakai tudung.. masuk panggung terus bukak si zara nihhh...Astaghfirullah! Kui kui


Layan...... dari jam 11.30 am hingga 1.20 petang


Dah kuar masing-masing beku............ yukk cari makan!


Dengan harapan MCd city square ada playland, tak de rupanya... budak ni kalo masuk mekdi rela tak makan... dapat happy meal terus excited dapat mainan huhhh


Kahkahkahkah......


Lepas makan jalan-jalan pusing CS. Cuci mata tengok YES. Tengok aje..beli nya takkk..


Dah nak krismas kan.. macam-macam perhiasan dalam ni.. pokok krismas cantik-cantik je dorang hias.



 Dah boring ukur simen kat CS... kuar g Komtar pulak...haha..



Kat Komtar ni ada Taman Tema Angry Bird... 


Jalan-jalan posing-posing je


Cute jek hiasan bertemakan candy ni.. so sweet





Kat area ni ada playland... so budak-budak layan playland jap. Kesian diorang ni.....tak puas main sebenarnya diorang ni...









Lepas layan budak-budak ni......... masuk DAISO jap tengok barang cute-cute. Dah mengamuk nak beli mainan pulak... mek ignore je wakakaka... lantak la korang huhu

Dah balik............ penat!


Till then................................. mek da.

Labels: ,
Reactions: 
0 Responses