mek da ©™


Dear diary,

Ada apa dengan peria? Yang mek tahu sayur peria ni hijau-hijau pahit. Dulu-dulu sangat tak suka tapi sebenarnya sayur peria ni mempunyai banyak khasiat lagi-lagi untuk pesakit dietbetis. Kalo kena cara masakannya memang sedap!! Mek belajar makan peria ni pun dari encik suami.. kikikiki emmmmmm lama-lama terjatuh hati pulak dengan masakan ni.. peria goreng telur. Simple, sedap & berkhasiat.


Resepi Peria Goreng Telur

  • 1 batang peria
  • 1 biji telur 
  • 2 biji bawang merah, dihiris/tumbuk
  • 3 ulas bawang putih, dihiris/tumbuk
  • Garam
  • Sedikit sos tiram sebagai perasa
  • Minyak untuk menumis


Cara-caranya

  • Peria dibelah 2, dibuang biji, dihiris sederhana lebar dan direndam dengan air garam selama setengah jam. Toskan.
  • Panaskan minyak. Tumis bawang putih dan bawang merah hingga naik bau dan garing. Masukkan sos tiram.
  • Masukkan telur. Kacau hingga telur masak.
  • Masukkan buah peria. Tambah sedikit garam. Gaul rata.
  • Boleh letak sedikit air.
  • Jika ingin pedas boleh letak cili.
  • Boleh tambah ikan bilis jika suka.
  • Sedia untuk dihidang.






Taraaa........ makan dengan daging goreng kunyit. Dapnyaaa..ngee


Till then........................................mekda.

Labels:
Reactions: 
1 Response
  1. pahit. tapi sedap.
    aida kalau peria ni, mesti letak udang skit.